Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Rabu, April 29, 2009

Travelog Oman - episod 18 - Sekolah Antarabangsa

29 APRIL 2009
The International School of Choueifat

Bahasa pengantar : Bahasa Inggeris
Bahasa kedua : Bahasa Arab & Perancis

Jumlah murid : lebih dari seribu orang
Bangsa murid dan guru : dari seluruh dunia

Jenis sekolah : Private School
Yuran semester : +- RM20 ribu seorang


Tatkala kami sampai, murid-murid sedang rehat.

Perbincangan dengan ketua bahagian bahasa arab IMAD NASR sebelum melawat persekitaran sekolah.
Persekitaran sekolah yang kondusif, bersih, lengkap dan canggih.
Di hadapan kolam renang sekolah.
Padang bola yang cantik

Bersama Mohd Amir Hazim (berbaju putih). Beliau merupakan seorang dari 5 orang anak rakyat Malaysia yang bersekolah di situ. Tahun ini merupakan tahun kedua beliau bersekolah di sekolah ini bersama 3 lagi adik beradiknyanya yang lain. Berusia 14 tahun dan sebelum datang ke Oman, beliau bersekolah di Subang Jaya. Berpindah ke Oman kerana mengikut ayahnya yang bekerja di pelantar minyak di sini.
Seorang lagi anak rakyat Malaysia yang bersekolah di sini. Namanya Manja dan berusia 7 tahun.
Carta bintang ini dipaparkan di dalam kelas. Pelekat bintang dilekatkan pada nama murid sebagai penanda aras kecemerlangan murid di dalam kelas.
Sempat melihat pengajaran bahasa Arab di kelas 7 tahun. Sangat teratur dan menarik.
Hasil kerja murid dipaparkan.

Melihat pengajaran kelas bahasa Arab untuk murid-murid 14 tahun

Kami juga berkesempatan melihat ujian mingguan dijalankan. Kertas tidak digunakan kerana semua soalan dan jawapan perlu dibaca dan dijawab di dalam komputer. Ini akan menjimatkan masa guru menanda kertas dan merekod markah.

1 comments:

bersih sungguh negara oman ni kan....sebutir sampah pun tak nampak..........kalaulah malaysia camni mesti rakyat takde penyakit langsung........

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu