Travelog Oman - episod 15 : Mutrah
27 APRIL 2009
SUOQ MUTRAH, OMAN
Selepas makan malam, kami telah dibawa bersiar-siar di pasar taqlidie -Suoq Mutrah. Pasarnya terlalu besar dan bersimpang siur. Barang-barang yang dijual adalah pakaian-pakaian taqlidie, baharaat, dan barang-barang antik. Sayangnya saya terlupa untuk mengambil beberapa keping gambar ketika di dalamnya.
Dihadapan Suoq Mutrah tersebut terdapat sebuah pelabuhan yang ada padanya sebuah kapal pelancongan besar milik Sultan Qabus.
Kami juga telah dibawa bersiar-siar di Istana Sultan Qabus yang letaknya tidak jauh dari Suoq Mutrah itu tadi.
Setelah penat berjalan, saya bersama rakan-rakan yang lain rehat sebentar sambil menikmati 'asir (jus) dan syawarma (kebab). Lihat sajalah gelas jus yang saya pesan. Mujur dapat habiskan juga. Harga segelas jus tersebut ialah RO1.5 (RM15)

0 comments:
Catat Ulasan