Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Isnin, April 13, 2009

Aduhai...

Aduhai... lama tak tulis entri baru..


Dah bertalu  pesanan yang saya terima bertanyakan tentang khabar berita terbaru tentang saya. Terima kasih semua.. terima kasih sahabat..

Sebenarnya saya agak sibuk melangsaikan beberapa tugas penting di sekolah sebelum meninggalkan sekolah selama sebulan bermula 21 April depan. Dijangkakan saya akan kembali ke sekolah pada 27 Mei, iaitu kurang tiga hari sebelum cuti pertengahan tahun bermula nanti. Pihak sekolah pula telah menyuruh saya meneruskan cuti dan kembali ke sekolah selepas naik cuti masuk semester kedua nanti (15 Jun). Wah.. lama tu! Hampir dua bulan! Rindu la pada anak-anak murid yang manja-manja di sekolah tu nanti... Uhuhuhu...

Ramai yang msg dan beranggapan saya sudahpun terbang ke Oman mengikuti Kursus Pemantapan Bahasa Arab seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Saya minta maaf kerana menyepi tanpa khabar dan berita tentang kursus tersebut. Saya tahu, ramai yang ingin mengikut perkembangan kursus di Oman tersebut. Saya berjanji untuk cuba menyediakan siri-siri khas untuk kursus di Oman ini tidak lama lagi, yang akan saya namakan siri tersebut dengan nama "Travellog Oman"!

Tunggu.........

:)

2 comments:

SALAM ustaz..untungnya dapat ke sana.. ana lepasan universiti tempatan..yg langsung tiada kursus agama(UPM)kecuali Bahasa Arab yg disenaraikan sebagai Bahasa Asing.. Pernah jabatan (ustaz Abd Halim Mohammad) buat kertas kerja untuk menghantar 2 pelajar UPM ke JORDAN sebagai usaha memantapkan kemampuan bahasa pelajar..tapi,x kesampaian bila sampai ke pihak atasan..sudah diluluskan tapi biasa la..kalau perkara bersangkut politik ni..akhirnya..ana masih di sini..emmm..mungkin ada hikmah di sebaliknya..
ya..ana dah nmpk hikmahnya..pengaruh persekitaran membantu pemerolehan bahasa.. macam ana,kursus yg ana ambil BacSastera Bahasa Arab..tapi tak mantap pun lagi..sebab sekadar teori..tapi tiada aplikasi dalam kehidupan harian..yela..nak cakap dgn classmate pun ramainya kecek klate je..maaf..jgn ada yang terasa..

jadi..atas sebab itu..ana nak menggunakan peluang ni menggunakan persekitaran sepenuhnya untuk membantu anak didik ana belajar bahasa arab..MENDENGAR lebih banyak istilah2 arab..

dan ana..dah tentunya belum pun setahun jagung..mungkin benih yang baru saja disemai..mohon kakak-kakak dan abang-abang yang lebih 'arif dengan bidang ni..tunjuk ajar saya..apa yang salah tu cepat2 diperbetulkan..

tak sabar menunggu blok baru dibuka..dapat bilik j-QAF baru yang lebih selesa dan insyaALLAH ana akan manfaatkan sepenuhnya..

ni dah macam entri baru..komen yang pjg dan x berkaitan dengan topik..sbbnya ana tak jumpa mana link nak tulis entri..ke ustaz aje yang boleh..?he2

salam..
ilal liqaa..

Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan pendapat.

Memang tidak dapat dinafikan, sememangnya persekitaran banyak membantu kemampuan seseorang itu utk mahir dalam bahasa Arab.

Kerana itu saya selalu menekankan kepada guru-guru bahasa Arab Johor dan Johor Bahru khasnya supaya sentiasa menggunakan semaksima mungkin bahasa Arab di sekolah dan di kelas. Jika ini sentiasa dilakukan di sekolah, ia akan melahirkan lebih ramai murid-murid yang cemerlang dalam bahasa Arab.

Er.. Memang saya seorang je yang boleh tulis entri. Tetapi komen yang panjang juga amat bagus untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca yang lain. Kan!?

Shukran kathiran.
:)

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu