Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Sabtu, April 18, 2009

Kem Bestari Solat.. dulu dan kini.




Alhamdulillah.. Saya masih dikurniakan kesempatan dalam hari-hari terakhir sebelum terbang ke Oman untuk terus menyumbangkan bakti di sekolah pada hari ini. 


Hari ini telah diadakan kem bestari solat (KBS) siri pertama tahun 1 di sekolah saya. Sudah bulan April baru nak buat yang pertama untuk tahun 1. Semua ni gara-gara baju T-Shirt j-QAF yang ditempah daripada pembekal masih belum tiba sehingga ke hari ini. Akhirnya kami terpaksa juga menjalankan kem tersebut tanpa dapat mengedarkan baju t-shirt j-QAF itu terlebih dahulu kepada murid untuk memakainya di KBS memandangkan sekarang sudah pun masuk pertengahan April. Walaubagaimana pun, kem-kem bestari solat untuk tahun yang lain banyak yang telah dijalankan dan disempurnakan sebelum ini.

Tiba-tiba ingatan saya terimbau kenangan kem bestari solat tahun 1 yang pertama sejak sekolah ini menerima program j-QAF pada Februari 2005. Saya merasakan terlalu banyak perbezaan yang terdapat antara 2 kem tersebut. Tak tahulah di mana salahnya yang tidak dibetulkan hingga terdapat banyak perbezaan di antara kedua tahun ini.

Mungkin apa yang akan saya coretkan di bawah merupakan satu bentuk luahan perasaan saya terhadap isu KBS ini. Mungkin juga hasil tulisan saya ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati, kekesalan, mahupun persepsi dan reaksi yang pelbagai oleh orang-orang tertentu. Terpulanglah kepada yang menilainya. Saya mohon kemaafan.

Antara perbezaan yang amat ketara yang saya rasakan ialah ;

1. Tempoh masa KBS dilaksanakan.
- Tahun 2005 : kami melaksanakan KBS selama 2 hari (sabtu & ahad) tanpa bermalam dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
- Tahun 2009 : kami melaksanakan KBS selama 1 hari sahaja (sabtu) tanpa bermalam dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (waktu aktiviti kokurikulum).

ULASAN : Hal ini berlaku akibat kemerosotan kehadiran murid yang hadir ke KBS pada hari sabtu dan ahad tersebut dan diikuti dengan kemerosotan kehadiran mereka juga pada hari berikutnya (Isnin), setelah berpenat selama dua hari di sekolah pada 2 hari sebelumnya. Selain itu, komen-komen daripada ibu bapa juga terpaksa diambil kira memandangkan ramai dikalangan ibu bapa mempunyai masalah untuk menjemput dan menghantar anak-anak mereka disebabkan kekangan masa kerja mereka di seberang tambak.

3. Pengisian aktiviti KBS.
- Tahun 2005 : Walaupun tajuk-tajuk latihan dalam kumpulan (LDK) telah ditentukan di dalam buku panduan, namun kepelbagaian aktiviti dapat dihasilkan. Ini semua untuk menjadikan KBS ini sesuatu yang diminati dan murid seronok menyertainya. Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan ialah Bestari Solat Eksplorace, Bestari Solat Kotak Hikmah, Senaman Bestari Solat, Kuiz Bestari Solat dan sebagainya.
- Tahun 2009 : LDK tetap dijalankan tanpa mempelbagaikan aktiviti yang menarik untuk mencapai objektif LDK tersebut.

ULASAN : Hal ini mungkin disebabkan oleh kekangan masa guru-guru j-QAF yang terpaksa menggalas pelbagai tugas-tugas berat ditambah dengan "tidak campur tangan" guru-guru pendidikan Islam dalam aktiviti KBS ini kerana dihalang.

2. Guru pembimbing KBS.
-2005 : semua guru j-QAF dan guru pendidikan Islam (GPI) bekerjasama melaksanakan KBS.
-2009 : hanya guru j-QAF sahaja yang terlibat dengan KBS tanpa GPI yang membantu.

ULASAN : Setelah mendapat banyak rungutan dari guru-guru lain serta pentadbiran sekolah yang mempersoalkan guru-guru pendidikan Islam tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah, maka bermula pada tahun ini, KBS hanya dilaksanakan oleh 5 orang guru j-QAF sahaja. Hal ini terjadi berikutan KBS diadakan pada setiap hari sabtu di mana aktiviti kokurikulum juga diadakan. Ini menyebabkan GPI dan guru j-QAF tidak langsung terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah yang lain seperti unit beruniform, persatuan dan kelab permainan.

Hal ini tidak dapat dielakkan kerana jumlah KBS yang perlu dilaksanakan sudah meningkat dari tahun ke tahun apabila mencapai ke tahun 5. Jumlah kem 4 kali setahun untuk satu aliran menjadikannya 20 kem perlu dilaksanakan sepanjang tahun oleh jawatankuasa j-QAF sekolah dari tahun 1 hingga 5. Pelaksanaan KBS yang tidak boleh dijalankan pada waktu pnp menjadikan hari sabtu kokurikulum sebagai waktu yang paling sesuai untuk melaksanakannya.

Sekiranya buku panduan pelaksanaan j-QAF dirujuk, akan terdapat penyataan dimana Kem Bestari Solat juga merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum. Hal ini jarang mendapat makluman dan perhatian guru-guru dan pihak pentadbiran sendiri. Sekiranya ini difahami, bagi saya aktiviti KBS juga perlu melibatkan lebih ramai guru yang bukan hanya dikalangan guru pendidikan Islam dan j-QAF sahaja. Dengan cara itu, pasti guru pendidikan Islam dan j-QAF juga boleh sama-sama terlibat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain.

Terkadang saya melihat juga GPI yang tidak membantu KBS ini hanya duduk-duduk di belakang kelas sahaja dalam kumpulan aktiviti kokurikulum yang disertainya kerana fungsi mereka di sana hanya benar-benar diperlukan apabila tidak ramai guru yang hadir pada hari tersebut dalam kumpulan mereka. Jadi, dimanakah rasa tanggungjawab terhadap didikan solat terhadap anak kecil yang lebih wajib dilaksanakan dari hanya duduk dan membantu mengawal murid-murid tahap 2 yang menjalankan aktiviti berbanding murid-murid tahun 1, 2 dan 3 yang belajar solat? Dimanakah keprihatinan mereka sebagai pentadbir, guru, juga ibu bapa (terhadap anak-anak mereka) dan sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab menyebar dan meluaskan syiar Islam sejak anak-anak masih kecil lagi. Adakah mereka juga hanya berdiam diri apabila anak-anak mereka sendiri tidak pandai solat bila usia mencecah 10 tahun? Mengajar solat bukanlah perkara mudah yang boleh dilepaskan segalanya di bawah tanggungjawab guru j-QAF. Fikir-fikirkanlah apa akan terjadi terhadap anak bangsa seagama kita apabila urusan solat itu sendiri dipermudahkan oleh golongan-golongan sebegini...

GAMBAR KENANGAN KBS TAHUN 1 2005
SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU





SEKITAR KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1, 2009
SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU





4 comments:

Mior...mmg byk perbezaannya. tahun 2005 dan 2009. ana pun terasa kelainannya. bila bc entri ni, mmg nampak sanagt pentadbir tak paham konsep KBS atau buat2 tak paham sbb ni program jqaf.

KBS mmg aktiviti kokurikulum. ana ada gak lihat ada pentadbir yg bagi support. sampai import fasi luar, semua guru tak kira latar belakang turun padang dsb.

pentadbir ana pun pernah cakap dalam miting, KBS hanya wajib utk gpi jqaf sahaja, utuk GPI hukumnya sunat.

Ana bangun utk betulkan, ana kata gpi jqaf dan gpi sama2 wajib dgn amanah utk buat KBS. yang dikira mmbantu ialah guru akademik.

bukan niat nak melawan, cuma rasa hak utk betulkan. ana tak nak kesatuan antara gpi dan gpi jqaf yg kian utuh hanya akan lebur bila pentadbir kata mcm tuh..

moga kita tabah dgn ujian ini...

laksanakan amanah ini bersama

bg mana skolah pun KBS la yg paling berat sbb kena buat byk kali. kat skolah akak buat 1 KBS perdana yg melibatkan semua guru. yg lain2 tu gpi dan guru j-qaf jer la yg pulun

Kedatangan program j-QAF bagi GPI biasa adalah membebankan. Bagi saya mereka ni dah lesu sebelum kedatangan j-QAF. Memang patutlah mereka tidak terlibat. So, kitalah yang akan membangkitkan semangat mereka dengan apa cara sekalipun. Alhamdulillah di sekolah ana, semua guru terlibat. :)

Terima kasih atas komen dan reaksi.. teruskan memberi komen kerana ini menjadi bukti bahawa jQAF terus berjaya dan akan berjaya. Komen-komen begini amat berguna sebagai contoh dan alternatif yang mungkin boleh diguna pakai dan dijadikan penyelesaian bagi sekolah-sekolah bermasalah yang berkaitan.

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu