Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Selasa, April 28, 2009

Travelog Oman - episod 14 : Lawatan ke sekolah

27 APRIL 2009
Lawatan ke sekolah
Muscat, Oman.


Taklimat diberikan sebelum peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan yang akan melawati dua buah sekolah yang berlainan bagi setiap kumpulan
sekolah pertama المدرسة ثريا بن محمد البوسعيدية
Kehadiran kami disambut dengan aroma baharat yang sungguh mengasyikkan.

Disebabkan oleh keengganan guru terbabit untuk membenarkan kami merakam sebarang gambar, saya terpaksa melakukannya tanpa mereka sedari.

Kelihatan deretan kereta mewah milik guru-guru. Tidak ada satu kereta yang bukan mewah pun terdapat di tempat letak kereta guru tersebut.


sekolah kedua المدرسة المدينة سلطان قابوس للتعليم الصغار
Kehadiran kami disambut meriah!
Persekitaran sekolah

Persembahan murid-murid

Borang markah musyarakah yang diisi oleh guru

Dalam hal ini, saya melihat persamaan cara ketika menilai kebolehan dan kemahiran murid seperti yang kita laksanakan di Malaysia melalui PKSR. Namun cara yang guru terbabit laksanakan mungkin akan lebih memudahkan kita. Caranya adalah dengan :
1. Menyediakan satu kotak undi nombor mengikut bilangan murid dalam kelas tersebut.
2. Setiap murid telah hafal dan tahu akan nombor masing-masing. Ini juga menjadikan murid mahir dalam nombor.
3. Ketika pnp berlangsung, guru mungkin akan melaksanakan sesuatu aktiviti yang akan melibatkan murid. Salah seorang murid akan diminta untuk mencabut nombor terbabit dan guru menyebut nombor tersebut.
4. Murid yang berkenaan akan bangun dan akan menjawab soalan guru.
5. Sekiranya murid dapat menjawab soalan guru, nombor tersebut akan diletak di satu bahagian di meja guru. Begitu juga sekiranya murid tidak dapat menjawab dengan betul, nombor terbabit akan diletak di bahagian yang lain di meja guru tersebut.
6. Di akhir pnp, guru akan menyalin markah musyarakah tersebut berpandukan kumpulan nombor-nombor yang telah dikumpulkan di atas meja tersebut.
7. Mencari nombor lebih mudah dari mencari nama ketika mengisi borang markah tersebut.

Saya melihat banyak kelebihan yang terdapat dalam pengajaran guru-guru Arab ketika mengajar murid-murid mereka. Antaranya,
1. Mereka bercakap secara teratur, tidak tergesa-gesa dan suara yang jelas dan terang. Berbanding guru-guru kita yang suka bercakap bahasa Arab dengan laju sebagai menunjukkan mereka mahir berbahasa Arab atau langsung tidak bercakap bahasa Arab.
2. Tiga kelas yang saya masuk dan lihat proses pnp mereka, kesemuanya menjalankan aktiviti berpusatkan murid. Guru tidak banyak bercakap dan murid begitu aktif dalam aktiviti yang dijalankan.
3. Guru sentiasa membantu murid menjawab soalan dengan betul dan baik.
4. Tidak terkeluar satu perkataan yang tidak sepatutnya ketika proses pnp berlangsung, walaupun berkata "awak salah/awak tidak betul". Mereka menggunakan isyarat dengan mengetuk pen ke meja atau papan tulis sebagai isyarat murid perlu betulkan jawapan mereka.
5. Ketiga-tiga kelas tersebut sarat dengan pujian dan sokongan kepada murid. seperti "Ahsanta wa barakallahu fieka", "Anta tolib mujtahid", dan sebagainya.
6. Muka guru sentiasa ceria, senyum dan bergerak aktif di dalam kelas dengan gerakan yang menyenangkan murid. Saya juga sentiasa tersenyum keseronokan melihat guru tersebut mengajar anak-anak murid mereka.
7. Hadiah sentiasa diberikan kepada anak-anak murid mereka ketika mereka dapat menjawab dengan baik.
8. Aktiviti pnp sangat sarat dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Tidak berpandu 100% pada buku teks. Setiap aktiviti dinamakan "lu'bah" atau permainan.

dan sebagainya... InsyaAllah.. bila ulasan dan kesimpulan dari kami telah selesai di edit... perkara-perkara ini akan dikongsikan bersama guru-guru bahasa Arab di Malaysia kelak.

2 comments:

sepertinya sekolah perempuan ya ustaz..?sekolah pertama tu,nmpk tilmizah jer..

na'am.. yang kedua tu baru sekolah nya campur..

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu