Travelog Oman 2009 - episod 1: Pendahuluan
Alhamdulillah..
Dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT yang mencipta dan menjadikan alam ini, aku amat bersyukur dengan limpahan nikmat yang Allah kurniakan dalam hidupku ini. Semoga diri ini akan terus menjadi hambaMU yang bersyukur atas segala kurniaan yang Engkau berikan.
Terima kasih kepada semua sahabat dan teman yang sudi menjadi tempat saya mengadu dan meluahkan kegembiraan dan kesedihan (selain Izan, zaujah tercinta). Semoga Allah memberkati hidup kalian dan mengurniakan kebahagiaan, kesenangan serta limpahan nikmat di dunia dan di akhirat disamping IA terus membimbing hidup kita bersama-sama di jalan yang diredhaiNYA.
TRAVELOG OMAN ini adalah catatan perjalanan susah, senang, suka dan duka (minta dijauhkan kesusahan dan kedukaan) dari awal hingga saya kembali ke Malaysia seperti yang dijangkakan pada 26 Mei Nanti. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan teman yang selalu mendoakan dan menyokong penglibatan saya dalam kursus di Oman ini sejak dari awal lagi. Moga-moga ukhuwah yang ikhlas ini akan berpanjangan hingga ke syurga.. Amin..
Sejak keputusan untuk menyertai kursus ini saya ketahui dan saya paparkan di blog-blog saya, tidak putus-putus sahabat, teman dan saudara mara menghantar pesanan bertanya itu dan ini, dan tidak kurang banyaknya juga yang mengucapkan tahniah. Hinggakan apabila tarikh kursus ini telah ditunda dari satu tarikh ke satu tarikh yang lain, ramai juga yang menghantar pesanan mengucapkan selamat jalan kerana menyangka hari tersebut adalah hari saya akan berangkat ke sana. Sedangkan tarikh tersebut telah dua tiga kali ditunda oleh pihak kementerian dek beberapa masalah yang saya sendiri kurang pasti.
Terima kasih kepada ibu dan bapa saya, isteri dan ahli keluarga tercinta.
Kepada Ustaz Zakuan (Pegawai Khas Bahasa Arab, Jabatan Pelajaran Negeri Johor JPNJ) yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk saya menerima dan memikul tanggungjawab ini.
Sahabat dan teman JLU yang sama-sama ke temuduga kursus ini di Melaka dahulu, Ustaz Nazihar dan Ustaz Mohaizan. Doakan saya dan bila balik nanti kita kerja sama-sama ya!
Jurulatih utama-jurulatih utama (JLU) Negeri Johor dan seluruh Malaysia yang sentiasa berhubung dengan saya.
Sahabat-sahabat guru j-QAF Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di Negeri Johor dan seluruh Malaysia yang tidak jemu-jemu menghubungi dan bertanya kepada saya.
Guru-guru dan kakitangan SK Taman Suria serta semua yang mengenali diri saya.
Kalian memang sahabat dan teman yang hebat! Terima kasih kerana mengambil berat terhadap diri saya yang tidak seadanya ini. Terima kasih semua! Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Nah.. inilah catatan Travelog Oman saya untuk tatapan sahabat-sahabat dan teman sekalian. Semoga kita sentiasa dekat di hati walau nun jauh di mata.. :)
0 comments:
Catat Ulasan