Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Isnin, April 27, 2009

Travelog Oman - episod 11 : Ku lihat Oman...

24 APRIL 2009
MUSCAT, OMAN

Turun dari kapal terbang, kami menaiki bas dan menuju ke terminal. Pengalaman ini mengingatkan saya Lapangan Terbang Antarabangsa Subang suatu ketika dahulu.

Beberapa gambar tidak dapat saya masukkan di sini sebaik turun dari kapal terbang. Mungkin nanti saya akan link kan satu blog lain di mana di sana terdapat banyak gambar dari peserta-peserta kursus yang terlibat, yang masing-masing memuat naikkan gambar-gambar mereka di sana.

Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel

Pizza Hut Oman

KFC

Sejurus sampai ke Safeer Continental Hotel/Appartment.


Masing-masing mendapatkan kunci bilik masing-masing di Reception
Mendengar taklimat awal dari MSD Oman

Santapan pertama di Safeer Continental


Pintu bilik saya. Di sinilah saya akan menetap selama 25 hari yang mendatang.

Alangkah terkejut dan bertuahnya kami apabila pintu bilik di buka, hotel yang berupa appartment tersebut terlalu mewah (bagi saya). Lengkap dengan ruang tamu, dapur, bilik air dan bilik tidur serta 2 televisyen masing-masing di ruang tamu dan bilik tidur. Appartment yang berharga (Riyal Oman) RO60 (+-RM600) semalaman ini ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Sultanah Oman, khas untuk kami di sini, seunit untuk seorang, selama 25 hari kami di sini. Lengkap dengan dewan seminar, bilik gymnasium dan dewan makan, sudah cukup membuatkan kami semua tersenyum puas dan bersyukur. Semoga kelebihan dan kemewahan ini tidak menjadi penghalang untuk kami mencapai objektif kursus, dan tidak juga leka dan lalai dari tanggungjawab kami di sini.

Semuanya cukup. Cuma agak bosan kerana tiada teman bersembang. Masing-masing ditempatkan seorang untuk seunit appartment. Tambahan lagi kemudahan internet di sini perlu ditanggung sendiri.
(Sejam RO1 = RM10 / 24 jam RM8 = RM80).

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu