Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Ahad, Januari 03, 2010

PKSR 2010 & 2011

Sebagai langkah awal bagi persediaan guru-guru bahasa Arab j-QAF melaksanakan PKSR bahasa Arab pada tahun ini, saya terpanggil untuk menulis sedikit catatan berkenaan dengannya setelah ianya disebut oleh Akh Nazri dalam chat box saya di blog ini.

Setelah diperbincangkan berkali-kali diperingkat kebangsaan oleh jawatankuasa PKSR Bahasa Arab peringkat kebangsaan, PKSR tahun 2010 dan 2011 adalah berbeza diantara keduanya dan tahun-tahun yang sebelumnya.

Secara ringkas, berikut adalah hasil mesyuarat terakhir saya bersama Jawatankuasa PKSR Bahasa Arab di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM yang berlangsung di Seaview Hotel Langkawi pada 8 - 10 Disember yang lalu. Mesyuarat ini dibawah kendalian Ustazah Faseha (BPK) dan diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Lutfi bin Haji Abu Bakar (Penolong Pengarah j-QAF JPN Perak).

-------------------------------------------------------

PKSR 2010

TAHAP SATU
Tahun 1 & 2 : berjalan seperti sebelum ini (PKSR setiap bulan)
Tahun 3 : Penilaian* 4 kali setahun (Seperti yang dibentangkan di Kursus JLU Kebangsaan di Goldcost Klang tahun 2009 yang lalu. Soalan disediakan oleh BPK).

TAHAP DUA
Tahun 4, 5 & 6 : PKSR dijalankan pada pertengahan & akhir tahun. (Seperti sebelum ini, soalan disediakan oleh BPK)

-------------------------------------------------------

PKSR 2011 dan seterusnya...

TAHAP SATU
Tahun 1, 2 & 3 : PKSR setiap bulan (10 soalan lisan setiap bulan dan disediakan oleh BPK)

TAHAP DUA
Tahun 4, 5 & 6 : PKSR pada pertengahan & akhir tahun (Soalan disediakan oleh BPK)

-------------------------------------------------------

* Sekiranya ada dapat perhatikan, PKSR 2010 untuk tahun 3 tidak dipanggil dengan nama PKSR bahkan disebut "PENILAIAN". Juga kita dapat dilihat bahawa penilaian tersebut hanya dilaksanakan pada tahun 2010 sahaja. Jawapan bagi persoalan tersebut adalah kerana format yang telah dibincangkan bagi pelaksanaan penilaian empat kali setahun tersebut tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Oleh yang demikian, jawatankuasa mesyuarat telah sepakat untuk menamakannya dengan nama "Penilaian" dan akan dilaksanakan format empat kali setahun tersebut hanya pada tahun 2010 sahaja, seterusnya akan berubah pada tahun 2011 mengikut format PKSR yang sebenar, yang sama formatnya dengan tahun satu dan dua.

Penerangan lanjut berkenaan PKSR ini akan saya perincikan pada entri yang akan datang.

Sekian untuk makluman semua guru-guru bahasa Arab j-QAF.

Walaubagaimanapun, segala keputusan strategi/cara penilaian/PKSR ini MUNGKIN akan berubah mengikut perbincangan-perbincangan yang masih belum selesai dalam mesyuarat di BPK yang akan datang. Segala perubahan akan diberitahu kelak.

5 comments:

Salam.. info tentang PKSR ini saya akan salin dan tampal di blog SKSV...
Harap maklum.

terima kasih atas makluman. sblum ni sgt confuse. dok fikir2 sendiri. minta izin ye ustz.. utk copy n paste kan info ni kat blog kami. mg2 semua kita blh manfaatkannya. jazaakallah~

harap penilaian ini lebih menjurus kepada kebolehan murid bukan berorentasikan peperiksaan semata-mata. Juga kepada guru-guru yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan /penilaian bahasa arab agar lebih jujur , pastikan penilaian benar-benar dilaksanakan..dan bukan hanya markah diambil begitu sahaja.

Fantastic website. Lots of helpful info here. I am sending it to a few friends ans additionally sharing in delicious. And of course, thanks in your effort! affordable car insurance for high risk drivers

Wow, excellent data regarding this issue. You might want to let me know how long will it take? Because I like to write the thesis or may be it would be nice to detect the thesis writing service. Thank you very much.

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu