Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.
.
Memaparkan catatan dengan label E-Pelaporan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label E-Pelaporan. Papar semua catatan
Jumaat, April 20, 2012
Hasil mesyuarat penyelarasan e-Pelaporan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) pada 17 - 19 April 2012 di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) iatu saya sendiri bersama En. Ahmad Zakuan bin Md Khudzari serta wakil dari Lembaga Peperiksaan iaitu Cik Norazida binti Ibrahim, telah bersetuju dan memutuskan bahawa pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Bahasa Arab bagi tahun 2012 ini untuk dilaporkan dalam sistem e-PELAPORAN j-QAF telah diputuskan seperti berikut;
1. FORMAT PENTAKSIRAN
1.1 Kelas-kelas yang melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perlu melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sepertimana yang telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Siaran Bilangan 3, Tahun 2011.
1.2 Kelas-kelas yang masih melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) boleh meneruskan pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) sepertimana yang telah terlaksana pada tahun-tahun sudah.
2. PELAKSANAAN
2.1 Bagi kelas-kelas KSSR, guru perlu menjalankan PBS dengan menggunakan instrument yang dihasilkan sendiri oleh guru.
2.2 Manakala soalan PKSR Bahasa Arab pula akan disediakan oleh BPI dan akan dimuat naik di dalam laman sesawang bahagian tersebut (bukan lagi laman sesawang BPK).
3. FORMAT PELAPORAN
3.1 Format pelaporan yang perlu dilaporkan oleh guru dalam sistem e-Pelaporan j-QAF bagi pelaksanaan PBS ialah dalam bentuk rekod transit PBS yang akan dimuatkan dalam sistem tersebut untuk diisi sepanjang tahun pengajaran. Bagi pelaporan bulan MEI ia merupakan pelaporan semasa, manakala pelaporan OKTOBER pula adalah pelaporan akhir atau pelaporan sebenar.
3.2 Manakala format pelaporan bagi pelaksanaan PKSR pula ialah dalam bentuk markah 30 dan 70 yang perlu dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan MEI dan OKTOBER. Justeru, tiada lagi markah bulanan sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Arab sebelum ini.
Khamis, Februari 02, 2012
PKSR Bahasa Arab 2012
Ramai yang bertanya kepada saya tentang status pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) bagi mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah kebangsaan yang melaksanakannya.
Bagi tahun 2012, BPK telah memutuskan bahawa kelas-kelas yang menjalankan KSSR (iaitu tahun satu dan dua) hendaklah menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan menggunakan Dokumen Standard Prestasi yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Ini bererti, guru yang mengajar tahun satu dan dua pada tahun ini tidak lagi perlu menjalankan PKSR bagi mata pelajaran ini sepertimana tahun-tahun sebelum.
Sehubungan itu, pada tahun 2012 ini, PKSR hanya dijalankan kepada murid-murid tahun tiga, empat, lima dan enam sahaja. Konsep pelaksanaan PKSR bagi kelas-kelas ini adalah sama dengan tahun-tahun yang lepas, iaitu tahun tiga dilaksanakan pada setiap topik manakala bagi kelas-kelas tahap dua (tahun empat, lima dan enam) pelaksanaannya dilakukan pada pertengahan dan akhir tahun.
Bagi soalan PKSR tahun tiga, guru boleh menggunakan soalan sama yang digunakan pada tahun lepas. Ianya juga masih boleh dimuat turun di laman WEB BPK di
atau di pautan berikut ;
Soalan PKSR pertengahan dan akhir tahun bagi kelas-kelas tahun empat, lima dan enam pula, akan dimuat naik di dalam laman WEB tersebut selewat-lewatnya pada bulan April nanti. Ini berikutan BPK sedang berusaha untuk menambah baik soalan-soalan tersebut.
Kesemua markah murid dari PKSR ini perlu dilaporkan di dalam E-Pelaporan j-QAF sepertimana biasa.
MIORjQAF : Semoga guru dapat melaksanakan penilaian dan pentaksiran dengan lebih baik tanpa rasa terbeban.
KEMASKINI - 4 MEI 2012
PERHATIAN!
SILA DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI
BERKENAAN PELAKSANAAN
PKSR BAHASA ARAB 2012
Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Labels: E-Pelaporan | KSSR | peperiksaan | Persoalan | PKSR
Jumaat, November 26, 2010
Bagaimana Melaksanakan PKSR Sewaktu P&P? Bah. 1
Sepertimana topik atau isu "Bagaimana melaksanakan P&P Berkesan Berpandukan HSP" yang telah saya kupas dalam entri saya lebih kurang tiga bulan lepas, topik atau isu kali ini (Bagaimana Melaksanakan PKSR Sewaktu P&P?) tidak kurang pentingnya dalam menghasilkan mutu pengajaran bahasa Arab dengan lebih baik dari aspek penilaian yang lebih holistik dan telus.
PENDAHULUAN
PKSR atau nama penuhnya Penilaian Kendalian Sekolah Rendah bagi mata pelajaran bahasa Arab bukanlah satu perkara asing bagi guru khasnya guru-guru bahasa Arab (yang ingin saya fokuskan mereka di sini). Malahan sejak dari awal pelaksanaan j-QAF ini lagi guru-guru bahasa Arab j-QAF telah bertungkus lumus dalam melaksanakan "PKSR mengikut skala kadar" yang telah ditentukan oleh penggubal dasar dan termaktub di dalam buku panduan pelaksanaan j-QAF ketika itu. Ketika itu juga pelaksanaannya pernah menjadi isu besar guru-guru bahasa Arab j-QAF seluruh negara bilamana kaedah tersebut tidak praktikal untuk dilaksanakan di sekolah, lebih-lebih lagi bagi sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang banyak dalam satu aliran termasuk sekolah saya walaupun bilangan kelasnya hanyalah sederhana (3 atau 4 kelas untuk satu aliran).
Saya masih teringat bilamana hampir kesemua guru bahasa Arab yang saya temui samada di dalam daerah, dalam negeri mahupun di negeri-negeri lain, masing-masing tidak mampu melaksanakan PKSR mengikut skala kadar tersebut. Kebanyakkan mereka hanya mengisi data markah yang direka cipta melalui "teknik sihir" bagi memenuhi data e-pelaporan j-QAF ketika itu. Maka sudah tentulah analisa pelaporan tersebut merupakan bukan analisa sebenar bagi menunjukkan prestasi bahasa Arab j-QAF ketika itu.
Bertitik tolak dari situ, ketika saya pernah diajukan soalan oleh pegawai khas bahasa Arab Jabatan Pelajaran Johor (ketika itu Ustaz Ahmad Zakuan bin Md Khudzari) tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru bahasa Arab j-QAF di negeri Johor, saya lantas mencadangkan agar fokus diberikan kepada penyelesaian masalah pelaksanaan PKSR bahasa Arab oleh guru-guru bahasa Arab j-QAF negeri Johor. Maka, bermulalah tugas saya dalam membentuk satu konsep baru PKSR bahasa Arab yang berlandaskan prinsip dan ciri-ciri PKSR yang telah digariskan di dalam buku panduan pelaksanaan j-QAF. Bengkel pertama telah diadakan di Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat bersama 20 peserta dikalangan jurulatih utama bahasa Arab dan guru-guru bahasa Arab negeri Johor.
Akhirnya dengan izin Allah, konsep PKSR yang baru ini siap di bina dengan model-model soalan yang lengkap bagi semua aliran. Dengan izinNYA juga, konsep ini telah dibawa ke kementerian dan dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat sebelum ianya diterima pakai dan dapat dilaksanakan di seluruh negara. Alhamdulillah.
Bersambung...
Read More......
Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Labels: bahasa arab | Cabaran | E-Pelaporan | Mesyuarat | Muhasabah | peperiksaan | PKSR
Khamis, Ogos 06, 2009
Analisa E-Pelaporan j-QAF Johor Bahru Jun 2009
Kepada semua guru-guru j-QAF di Johor Bahru...
Inilah hasil yang boleh kita sama-sama lihat daripada apa yang telah kita sama-sama usahakan sepanjang 6 bulan pertama tahun ini terhadap kerja kita j-QAF di Johor Bahru. Lihat dan nilaikan sendiri. Tahniah kepada yang bersungguh-sungguh, dan semoga terus maju juga kepada yang masih leka dan lalai. Oktober 2010 semakin menghampiri kita untuk menentukan kejayaan program j-QAF kita ini. Allah pasti senantiasa bersama usaha murni kita ini. Teruskan usaha kita bersama.
CARTA ANALISA EPELAPORAN j-QAF
DAERAH JOHOR BAHRU
JUN 2009
-------------------------------------------------------------





Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Labels: E-Pelaporan
Khamis, Julai 30, 2009
Mesyuarat Pengumpulan Data e-PELAPORAN j-QAF Peringkat Negeri Johor bagi bulan Jun 2009
Tarikh : 30 Julai 2009
Tempat : Pusat Sumber SMK Dato' Syed Esa Batu Pahat
Masa : 8.00 AM - 4.30PM
Posted by k a s e h K A M I | Permalink | 0 comments
Labels: E-Pelaporan | Mesyuarat
Rabu, Julai 29, 2009
Seharian mesyuarat PKSR di BPK
29 Julai 2009
Jam 3 pagi lagi saya sudah mula tersedar dari tidur walaupun sebenarnya jam itu sendiri akan berbunyi tepat jam 3.3o pagi mengikut tetapan yang telah saya lakukan sebelum tidur jam 11 malam sebelumnya. Walaupun saya telah sedar dari tidur, tetapi saya hanya bangkit menuju ke bilik air jam 3.45 pagi untuk mandi dan bersiap. Saya telah berjanji dengan Ustaz Nazihar akan mengambilnya di tol Plus Kulai lebih kurang jam 4.3o pagi, dan tibanya saya di sana memang tepat pada waktunya.
Kami sebenarnya perlu menghadiri mesyuarat modul kurikulum bahasa Arab di Bahagian Pmbangunan Kurikulum (BPK) KPM di Putrajaya hari ini. Mesyuarat sehari ini adalah rentetan dari mesyuarat yang telah kami hadiri minggu lepas di Empress Hotel Sepang selama tiga hari dua malam di sana. Namun pada waktu itu hasil mesyuarat tidak dapat kami sempurnakan. Oleh kerana itulah ianya disambung semula hari ini dan kami dipanggil untuk menyelesaikan segala-galanya di sini.
Seawal jam 6.45 pagi kami telahpun berada di perkarangan Putrajaya. Awal pagi membolehkan kami mendapat tempat letak kereta yang hampir dengan bangunan BPK. Setelah sarapan pagi dan berehat sebentar di kafeteria, kami bergerak ke Bilik Mesyuarat Kenyalang di aras 7 Blok E9 tersebut. Kami merupakan ahli mesyuarat yang paling awal hadir selain pengerusi mesyuarat, Pn. Hjh Faseha.
INTIPATI MESYUARAT
Sejak di Empress Hotel lagi kami telah bermesyuarat tentang dasar pelaksanaan pentaksiran PKSR yang tidak praktikal dan realiti sepertimana yang ada sekarang. Rata-rata sekolah dan guru bahasa Arab tidak mampu melaksanakan PKSR setiap kali masuk ke kelas sepertimana yang tertulis dalam buku panduan j-QAF yang ada.
Sebenarnya masalah ini telah banyak dibincangkan oleh JU² negeri termasuk Johor. Contoh soalan PKSR yang terdapat di dalam blog ini juga merupakan salah satu alternatif yang dihasilkan oleh JU² bahasa Arab negeri Johor bagi menyelesaikan kemelut kepayahan melaksanakan PKSR pada setiap p&p seperti yang diminta. Hasil dari alternatif tersebut, saya mampu menyediakan markah penilaian 4 kemahiran murid setiap bulan tanpa menghadapi masalah² besar dengan menggunakan modul² soalan yang telah kami hasilkan itu.
Mesyuarat kali ini cuba menyelesaikan bahan-bahan berkaitan sebagai penyelesaian bagi masalah ini sekaligus akan mengubah dasar pentaksiran PKSR bahasa Arab sepertimana sebelum ini. Fokus diberikan kepada subjek bahasa Arab tahun 3 sebelum ianya di laksanakan ke tahun-tahun yang lain.
Setelah mendengar pelabagai luahan, pendapat dan pandangan, masalah dan isu serta idea-idea baru yang muncul dikalangan kami, akhirnya kata sepakat dari semua ahli mesyuarat bersetuju dengan pentaksiran PKSR bahasa Arab di ubah dari pelaksanaan setiap kali p&p kepada 4 kali setahun sahaja.
Pelbagai idea muncul dalam melaksanakan modul PKSR yang baru ini. Semuanya dibincangkan bersama ahli mesyuarat sebelum ianya diputuskan. Alhamdulillah... segalanya telah selesai pada petang tadi juga (lebih kurang jam 5 petang) sebelum ianya boleh diproses dan akan dibentangkan dalam Kursus Jurulatih Utama Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung di Hotel Gold Cost, Klang pada 1 September nanti.
InsyaAllah di entri yang akan datang. akan saya perincikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan modul PKSR yang baru ini. Mungkin ianya boleh menghasilkan beberapa pandangan pembaca sekaligus dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam pelaksanaan PKSR bahasa Arab di sekolah rendah.
Jam menunjukkan 12 malam, masa untuk berehat kerana esok jam 8.30 pagi saya perlu berada di PPD Batu Pahat pula untuk menghadiri mesyuarat data pelaporan j-QAF peringkat negeri pula. Sehingga bertemu lagi...
Ahli mesyuarat daripada Johor bersama Ustaz Zubaidi (JU BA Selangor)
Orang kuat bahasa Arab Negeri Johor Ustaz Zakuan.
psst Zakuan.., entah bila dapat bergambar dengan enta lagi lepas ni :)
(jangan marah)
Ketika mesyuarat berlangsung
Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Labels: E-Pelaporan | Mesyuarat | PKSR
Rabu, Julai 22, 2009
E-Pelaporan Jun 2009
PPD Batu Pahat, 21 Julai 2009
Bengkel pengumpulan data e-pelaporan peringkat Negeri Johor telah berlangsung di bilik mesyuarat PPD Batu Pahat hari ini. Kesemua wakil-wakil daerah di Negeri Johor telah hadir membawa data e-pelaporan masing-masing yang telah sempurna dikumpulkan dari sekolah-sekolah yang terlibat dengan program j-QAF dan bukan j-QAF.
Saya juga bertanggungjawab untuk membawa data e-pelaporan daerah Johor Bahru sepertimana yang diamanahkan kepada saya oleh PPD Johor Bahru. Kesemua data e-pelaporan 86 buah sekolah yang terlibat berjaya dikumpul dan disemak satu persatu oleh Ustazah Norasikin Atan (SK Kompleks Uda) sebelum diserahkan kepada saya petang semalam (20 Julai) untuk dibawa ke pusat pengumpulannya di sini untuk diproses.
Walaupun kehadiran saya ke tempat pengumpulan agak terlewat satu jam dari masa yang telah ditetapkan (8.30 pagi), namun saya berjaya menyatukan kesemua data tersebut dalam perisian EPPD versi 9.6 sebelum rehat makan tengahhari tanpa sebarang masalah. Malangnya seperti tahun-tahun sudah, masalah bilangan murid yang tidak sama dalam setiap bahagian pasti akan berlaku. Di situlah perlunya kesabaran, ketekunan dan kecekapan seorang JU e-pelaporan untuk mencari kesalahan-kesalahan yang terselindung di sebalik helaian-helaian yang terselindung dalam perisian e-pelaporan tersebut. Kesalahan data perlu dicari dan dibetulkan untuk mendapatkan hasil e-pelaporan yang betul dan terpakai.
Banyak kesalahan sama yang masih dilakukan oleh beberapa sekolah yang sama. Setelah dirujuk buku catitan saya yang saya gunakan pada tahun lepas, sekolah yang sama itulah yang masih melakukan terlalu banyak kesalahan dan kesalahannya adalah kesalahan yang berulang. Saya juga tidak pasti adakah satu hari nanti saya akan paparkan juga nama-nama sekolah tersebut sebagai ingatan dan teguran agar pihak yang berkenaan lebih berhati-hati ketika mengisi data e-pelaporan tersebut agar tidak menyusah dan memeningkan kepala sesiapa yang memproses data-data tersebut.
4 kesalahan yang banyak dilakukan ;
1. Tidak memasukkan kod sekolah.
2. Tidak memilih pilihan penilaian yang ada, tetapi menaipnya sendiri. Akibatnya perisian tidak boleh memproses penilaian yang diberikan dan data menjadi tidak valid.
3. Pelajar bukan muslim mempunyai markah amali wudhuk, solat, khatam quran dan jawi
4. Data murid tidak diisi dengan lengkap.
Read More......
Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Labels: Cabaran | E-Pelaporan | Mesyuarat | Muhasabah
Langgan:
Catatan (Atom)
Updated blog
-
MAHA 20262 minggu yang lalu
-
-
Nigerian workers strike over cost of living crisis3 tahun yang lalu
-
Resepi Puding Milo Simple3 tahun yang lalu
-
10 Foods to Boost Male Health From WebMD6 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT8 tahun yang lalu
-
-
2017 permudahkanla sehingga selesai phd9 tahun yang lalu
-
Pakej Umrah Terbaik 20179 tahun yang lalu
-
Matlamat Pendidikan9 tahun yang lalu
-
SENI KHAT : KEDIAMAN EN. AZIZAN CHANGLUN KEDAH10 tahun yang lalu
-
Mak yang hebat...10 tahun yang lalu
-
MINAT KEPADA BISNES10 tahun yang lalu
-
UPSR guna format baharu tahun depan10 tahun yang lalu
-
Kuliah Maghrib Dato TITM10 tahun yang lalu
-
BINGKISAN TAHUN BARU11 tahun yang lalu
-
-
KEMBALI KEPADA DOMAIN BLOGSPOT12 tahun yang lalu
-
-
FAIL ELAPORAN JQAF 2013-SEDIA DOWNLOAD13 tahun yang lalu
-
Diharamkan Mengumpat13 tahun yang lalu
-
Fikiran yang mengharukan Umno13 tahun yang lalu
-
KENANGAN AMBIL IJAZAH MATAN ARBAIN(HADITH 40)14 tahun yang lalu
-
Kucing Beranak! Why ME??14 tahun yang lalu
-
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 201115 tahun yang lalu
-
Puasa Efektif: Benteng Diri Daripada Fahsya’15 tahun yang lalu
-
Promosi Gerai TKRS Corner (Hari Kantin) 201115 tahun yang lalu
-
Konvo jQAF15 tahun yang lalu
-
TERIMA KASIH CIKGU..16 tahun yang lalu
-
-
Isu Penggunaan Nama Allah16 tahun yang lalu
-
Dari j-QAF ke MSD Cairo16 tahun yang lalu
-
oh blogku...16 tahun yang lalu
-
-
Khutbah Eidul Fitri17 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-

