Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Khamis, Jun 25, 2009

Kursus Pendek Kelolaan IPG - Kaedah Dalam P&P Bahasa Arab untuk guru-guru j-QAF Daerah Johor Bahru


24 & 25 Jun 2009 adalah dua hari saya bersama 49 orang guru-guru j-QAF bahasa Arab daerah Johor Bahru dan Kulai berkursus di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan PLGDP di Bandar Tenggara Kulai. Kursus pendek anjuran IPG ini telah disampaikan sepenuhnya oleh Dr. Noorhayati, pensyarah bahasa Arab dari Institut Perguruan Temenggong Ibrahim IPTI, Johor Bahru.

Kursus yang menekankan aspek teknik pengajaran melalui bahan ICT ini dimulai dengan slot mengenalpasti masalah guru dalam P&P, masalah murid, masalah yang berkaitan dengan sukatan, buku teks dan juga yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar BBM. Namun sedikit kelemahan yang berlaku di sini ialah masalah dan isu-isu yang telah diutarakan oleh peserta hanya tinggal senarai masalah yang dipaparkan di LCD, tanpa perkongsian dan perbincangan bagi mengeluarkan pendapat untuk mengatasinya.

Dr Noorhayati juga telah memberikan pendapatnya berkenaan istilah "BBM" yang kerap kita gunakan di sekolah. Baginya penggunaan istilah BBM (bahan bantu mengajar) tidak sesuai digunakan. Alasan yang diberikan adalah guru tidak perlu kepada bahan bantuan dalam pengajaran kerana guru merupakan insan yang sepatutnya cukup persediaan untuk mengajar dari segi ilmu dan teknik. Sebaliknya murid-murid di kelas yang tidak mempunyai ilmu dan persediaan itulah yang sebenarnya perlukan kepada bahan bantuan untuk mereka belajar di kelas. Oleh itu istilah BBM perlu ditukar kepada istilah BBB iaitu membawa maksud Bahan Bantu Belajar.

Di dalam kursus ini juga, Dr. Noorhayati banyak memaparkan hasil bahan bantu belajar yang telah dihasilkannya melalui perisian Microsoft Power Point. Memang tidak dinafikan bahawa beliau sememangnya mempunyai kepakaran dan idea yang sangat kreatif dalam mencipta bahan-bahan seperti itu. Malangnya bagi kami kerana tidak mendapat keizinannya walau setelah dirayu untuk meng'copy' bahan-bahan yang telah dihasilkannya itu. Walaupun begitu, beberapa teknik telah diajarkan dan dikongsikan kepada kami di dalam bengkel untuk kami menghasilkan sendiri bahan-bahan bantu belajar murid di sekolah seperti yang telah dihasilkannya.


Alangkah seronoknya apabila dapat bertemu rakan-rakan semaktab dulu.
Macam-macam cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama.

3 comments:

WAH SERONOK DAPAT JUMPE SEMULA USTAZAH NORHAYATI... OO SEKARANG DAH DR NORHAYATI YERK, ITULAH PENSYARAH YANG OBSERVE SAYA..

MEMANG DAH AGAK DAH, USTAZAH NORHAYATI X AKAN IZINKAN COPY APA2 JUA BAHAN YANG DIA BUAT

Memang dah tahu dah dia macam tu.. tapi kut2 laa dia dah berubah.. Hmm.. nampaknya kuat betul pegangan dia.. :)

Wah.. mesti hebat la Ust Ipin kita ni kalau dah kena observe dgn dia.. Tul tak? Mesti banyak ilmu yang diturunkannya...

ala.. x hebat pun... biasa jerk. klo nak ikutkan saya ni x layak ajar bahasa arab, dulu kat sekolah arab nie cukup2 makan je lulus. mcmn la saya leh terpilih..

masa interview awal2 dulu pun, diorg suh contohkan untuk ajar bahasa arab, ada 2 benda yg salah.

tentang penggunaan haza ngan hazihi untuk anggota badan, pastu kaki lak saya confius, saya x pasti masa tu rojulun ke rijlun ke rujlun.. mmg abis la masa tu, malu..

tapi skrg alhamdulillah la, wlpn begitu, saya cuma ambik cabaran ni dgn kuat dan masih dlm proses belajar lagi banyak tentang bahasa arab

pantang jumpa ada buku bahasa arab, insyallah saya akan beli.

setakat nie nak ajar di peringkat rendah tu boleh la, sek ren.. klo akan datang diminta mngajar kat sek men,mmg teruk la saya...

hehhe

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu