Ahlan wa Sahlan ila j-QAF ambiln Jun 2009
Ahlan wa Sahlan, wa marhaban bikum... untuk semua pelatih j-QAF ambilan Jun 2009 di seluruh negara, dan khususnya untuk pelatih-pelatih di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim IPTI Johor bahru.
Kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih pada Ustaz Suhaimi (Penyelaras j-QAF ambilan Jun 2009, di IPTI) yang sudi menjemput saya untuk berkongsi dalam menyampaikan taklimat berkenaan "Persediaan Melangkah Ke Sekolah" bagi memenuhi sesi minggu pengurusan pelajar baru di IPTI petang tadi.
Terima kasih saya juga kepada semua pelatih-pelatih j-QAF yang dapat memberikan penumpuan terbaik sewaktu penyampaian saya itu tadi. Semoga apa yang telah saya sampaikan dan kongsikan tadi, dapat dijadikan sedikit panduan sebelum melangkah buat pertama kalinya ke sekolah dengan title seorang guru j-QAF.
Seperti yang telah saya katakan petang tadi, saya diundang hari ini ke IPTI mungkin kerana saya adalah bekas pelatih j-QAF terbaik IPTI untuk kohort 2005 yang merupakan kumpulan j-QAF pertama. Namun, saya tidak akan mengharapkan anda semua menjadi sebaik saya untuk menjadi guru j-QAF terbaik di maktab. Malah apa yang saya harapkan adalah, anda semua bakal dan akan menjadi pelatih j-QAF yang jauh lebih baik daripada saya dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang j-QAF ini.
Walau pelbagai cabaran dan dugaan akan anda hadapi.. ingatlah.. Niat.. Minat.. Itulah kunci kejayaan saya sehingga terpilih sebagai pelatih j-QAF terbaik ketika itu.. Niat yang betul dan ikhlas, akan memandu kita kepada kejayaan dan diberkati Allah. Minat yang kuat dan mendalam, akan membawa kita kepada juhud yang tak berkesudahan untuk terus mencapai kejayaan samada untuk diri kita sendiri, mahupun anak bangsa agama kita sendiri.
Selamat maju jaya...
2 comments:
makin ramai guru GPI j-QAF di sekolah, maknanya... kena kerja keras lagi ler tuh.
moga kita dapat laksanakan tugas dan tanggungjawab ni dengan baik... insyaAllah
assalamualaikum ustaz...
saya antara ambilan Jun 2009 di IPTI dan antara yang hadir mendengar pengalaman ustaz sebagai guru j-QAF.Setiap pesanan dan nasihat yg dititipkan insyaAllah saya cuba tunai dan laksanakan,agar berjaya menjadi pelatih j-QAF yang beroleh kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang j-QAF ini.Niat dan Minat menjadi KUNCI kejayaan buat diri saya...insyaAllah..Terima Kasih ustaz...wassalam.
Catat Ulasan