Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Khamis, Disember 02, 2010

Modul Pengajaran KSSR. Jangan Keliru!



Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih dikenali dengan KSSR sudah hampir sampai kepada tempoh pelaksanaannya di sekolah pada awal JANUARI 2011 akan datang. Pendedahan demi pendedahan telah dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi memastikan semua guru yang berkenaan di sekolah mendapat pendedahan tentang pelaksanaannya nanti. Kurikulum Standard Bahasa Arab Sekolah Rendah (KSBASR) juga menerima proses yang sama dengan mata pelajaran yang lain. Dalam pada itu, perbincangan demi perbincangan telah saya lihat dan sebahagiannya telah pun saya ikuti dalam mendapatkan dan memberi kefahaman yang lebih terhadap pelaksanaannya itu nanti.

Bermula dari Dokumen Standard yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai gantian kepada Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang mengandungi tiga elemen penting yang terdiri daripada Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, seterusnya penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah berubah bentuk format penulisannya, sampailah kepada isu yang dilihat besar oleh sebahagian guru iaitu pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah.

Di sini saya ingin menyentuh isu terakhir yang saya sebutkan tadi, iaitu Pembinaan Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah".

Dalam sebuah laman web popular guru j-QAF semalaysia, ada menyebut tentang "guru j-QAF tidak perlu menyediakan modul pengajaran" tersebut. Ianya hanya diwajibkan kepada pelatih-pelatih guru di institusi-institusi pendidikan guru Malaysia di seluruh negara.

Setelah membaca kenyataan tersebut, saya berpendapat bahawa kenyataan ini boleh disalah ertikan oleh guru-guru j-QAF yang tidak begitu memahami konsep sebenar KSSR dan pelaksanaannya. Ia boleh menjurus kepada pengabaian modul empat fasa terarah ini oleh guru-guru j-QAF, seterusnya menjadikan pelaksanaan KSSR tidak menepati standard yang telah ditetapkan. Ini sangat bahaya!

Walaupun tidak terdapat mana-mana pekeliling dari kementerian berkenaan pembinaan modul pengajaran oleh guru, namun itu tidak membuktikan bahawa guru perlu mengabaikan pembinaan modul tersebut. Inilah yang perlu difahami oleh guru sebaiknya. Bagaimana?

Sebelum saya jelaskan mengapa, ingin saya menyentuh maksud pembinaan modul pengajaran empat fasa terarah ini mengikut kefahaman saya. Pada awalnya saya juga terkeliru tentang apakah yang dikatakan modul ini. Adakah ia berbentuk latihan murid bagi tajuk-tajuk pengajaran? Maka ramailah yang bercita-cita  membinanya untuk dijadikan salah satu punca rezeki melalui cetakan buku atau modul dan dipasarkan. Namun ianya salah! Adakah pula ianya sebuah kertas perancangan pengajaran berpandukan dokumen standard atau sukatan? Bagaimana pula bentuknya? Pelbagai pandangan dan mazhab telah dilontarkan oleh golongan-golongan tertentu berkenaannya. Ada yang betul dan ada juga yang kurang tepat. Namun, setelah melalui beberapa perbincangan demi perbincangan bersama individu-individu penting dalam pelaksanaan KSSR ini di kementerian, begitu juga dengan melihat hasil-hasil bengkel pembinaan modul yang diadakan di peringkat kementerian, akhirnya saya mendapat sebuah kesimpulan berikut.

Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah ini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap, yang terdiri daripada empat fasa, bermula dengan Fasa Persediaan, diikuti dengan Fasa Imaginasi, seterusnya Fasa Perkembangan dan diakhiri dengan Fasa Tindakan. (Saya akan bercerita tentang empat fasa ini di lain waktu).

Pengajaran berteraskan empat fasa ini merupakan langkah pengajaran kreatif yang menggantikan cara lama pengajaran iaitu pendahuluan, set induksi, langkah 1, 2, dan 3 serta penutup, yang selama ini kita praktikan  di sekolah, hasil pembelajaran kita sewaktu di maktab dahulu.

Suatu waktu dahulu (ketika kita di maktab), inilah langkah-langkah pengajaran yang kita praktikan di dalam latihan-latihan pengajaran kita samada di dalam pengajaran mikro mahupun makro. Ianya telahpun sebati dalam diri kita. Kita hanya melakukan penulisan rancangan pengajaran yang lengkap sehingga berhelai-helai  banyaknya hanya ketika kita di dalam latihan atau praktikum sahaja. Setelah itu, ianya sudah menjadi nadi pengajaran kita setiap hari tanpa membina rancangan seperti itu lagi.

Namun, bagaimana pula dengan langkah-langkah pengajaran kreatif melalu empat fasa terarah yang ditekankan di dalam KSSR ini? Adakah kita juga sudah sebati dengan pelaksanaannya? Apakah yang perlu guru lakukan dalam setiap fasa tersebut? Soalan bagaimanakah yang perlu guru ajukan di dalam setiap fasa tersebut? Apakah yang murid perlu lakukan dalam setiap fasa tersebut? Semua ini masih baru lagi bagi kita!

Maka di sinilah perlunya kita memulakan langkah pertama kita dengan membina modul pengajaran kreatif melalui empat fasa terarah ini. Bentuk modul ini tidak salah andai saya katakan ianya menyerupai penulisan rancangan pengajaran sewaktu kita di dalam tempoh praktikum dahulu. Sememangnya banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk membiasakan dengan kaedah pengajaran kreatif ini. Namun alah bisa, tegal biasa. Lama-kelamaan, kita sudah tidak perlu lagi membina modul pengajaran kreatif ini kerana kita sudah terbiasa dengan pelaksanaan empat fasa terarah dalam pengajaran kreatif ini. Bayangkan andai guru itu terus mengabaikan pelaksanaan pengajaran kreatif melalui empat fasa terarah ini di dalam modul yang sepatutnya dibina, sudah tentu guru tersebut akan mengajar murid-muridnya menggunakan Dokumen Standard dengan cara yang lama (pengajaran biasa seperti sebelum ini). Wallahu'alam.

8 comments:

salam ustaz, biler kite da buat modul 4 fasa terarah ni, RPT kene buat jugak kan?

salam.

Modul pengajaran kreatif dengan 4 fasa terarah akan membantu guru untuk melaksanakan proses pnp dgn lebih baik dan berkesan.

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) pula akan membantu guru untuk merancang pengajaran guru bagi tahun semasa dengan agihan tajuk dan minggu-minggu pengajaran.

RPT juga akan membolehkan guru mengajar tajuk2 tertentu tanpa mengikut aturan tajuk (mengikut kesesuaian semasa) dan juga menggabungkan dua atau tiga tajuk dalam satu waktu mengikut kebolehan murid dan guru.

Tanpa RPT ini seolah-olah guru mengajar tanpa haluan dan nakhoda. Inilah yg akan menjadikan ramai dikalangan guru tidak mampu untuk menghabiskan silibus. \

Perancangan tahunan sangat penting dan ia mestilah mengikut taqwim sekolah masing-masing.

terima kasih ustaz :)

salam....Modul ni KPM yg sediakan atau guru itu sendiri...?

Salam ust..terima kasih di ats entri KSSR ini dn terima kasih di atas segala usaha dan curahan ilmu ustaz utk mmbantu para pendidik khususnya di dlm p&p b.arab.
Sy brsetuju dgn ust jika pelaksanaan modul kpd 4 fasa terarah tdk dilaksanakan oleh para guru,sy pasti proses p&p masih brjln spt cara lama.
Pemahaman tentang KSSR masih samar2dn sy pasti ramai guru yg tdk brapa fhm trhdp proses pelaksanaan KSSR B.Arab di dlm P&P,pembinaan rph,pembinaan rancangan tahunan mengikut takwim,pembinaan modul berasaskan 4 fasa terarah krn sdh trbiasa dgn cara lama..namun KSSR msti dilaksanakan pada tahun hadapan dgn pemahaman yg masih samar2.
Sy berterima kasih kpd pihak atasan krn tlh mmberi pendedahan demi pendedahan trhdp KSSR ni.Sy memohon jasa baik pihak atasan utk menyediakan cth2 utk dibuat rujukan kpd guru2 spt penulisan rph brpandukan DS..pembinaan modul yg masih samar2,pembinaan RT dn apa2 yg brkaitan dgn KSSR ni.
Adakah pembinaan modul ni perlu ditulis di dlm rph?adakah cth penulisan rph akn dibekalkan oleh pihak atasan ke sk2?
Sekian terima kasih,maaf krn sy mencoret trlalu panjang di sini,krn sy adlh slh seorang guru yg msh samar2 tntng KSSR B.A,wlaupun pd thn hadapan sy tdk mngajar B.A thn 1 krn dibantu oleh 2 org guru gpi yg lain..tetapi sbg guru B.A di sekolah sy trpaksa memahamkn diri sndiri demi memahamkan guru GPI trhdp pelaksanaan KSSR di sk sy.
Sy ada melawat laman web BPK,sy tlh mndownload bahan bantu b.arab(alhamdulillah dpt membantu dn memberikan kefahaman serba sedikit cth pembinaan modul)dan juga DS ..Terima kasih!
Sy brharap pelaksanaan KSSR BA ni terus diberi penekanan dn pemahaman dari semasa ke semasa.
Terima kasih dan terima kasih..pohon maaf andai ada trsalah bicara.

Assalamu'alaikum..

Kepada "tanpa nama".. Modul ini akan dibina oleh guru itu sendiri. Walaubagaimanapun, pihak BPK di kementerian akan mengedarkan contoh2 modul sebagai panduan guru2 di sekolah.

Terima kasih juga kepada "mimi" di atas komen/ulasan yang baik dan bernas. Saya amat hargai apa yang telah anda utarakan.

Saya juga amat bersetuju dengan anda bahawa rata2 dikalangan guru, kebanyakkannya masih samar tentang pelaksanaan KSSR pada tahun hadapan. Masalah ini telah dapat dilihat oleh pihak kementerian sendiri sepertimana yang telah diberitahu kepada saya. Untuk itu, pendedahan demi pendedahan akan terus dilakukan terhadap guru dalam pelbagai cara termasuk kursus pemantapan dan bengkel demi merialisasikan matlamat kerajaan ini.

Untuk makluman saudari juga, beberapa bengkel di peringkat kementerian telah berjalan untuk menyediakan beberapa contoh modul, rph dan sebagainya untuk panduan guru-guru di sekolah. InsyaAllah, saya akan cuba dapatkan contoh2 tersebut dan akan kongsikannya di sini nanti.

Sepertimana hasrat kementerian, kita juga seharusnya sama-sama membantu untuk menyebarkan maklumat berkaitan KSSR ini kepada semua guru di sekolah. Mudah-mudahan usaha murni ini dapat dijadikan sebagai satu ibadah kepada Allah dalam melengkapkan amal jariah kita menghadapi hari yang kekal abadi. InsyaAllah.. Amin..

Syukran jazilan ya ust,walhamdulillah ala hazihil ijabah wal ma'lumat almufidah lana...syukran2...

ad u'u laka binnajah wattaufiq insyaAllah...

salam ustaz, boleh tak ustaz beri contoh2 modul? Ia boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan modul tersebut.

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu