Proposal Kajian Tindakan Bahasa Arab 2009
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPORSAL KAJIAN TINDAKAN
1. TAJUK | MENGATASI MASALAH MURID 5 MARIKH DALAM MENGINGAT NOMBOR 1-100 DALAM BAHASA ARAB. |
| |
2. PENYELIDIK | EN. MIOR SYAZRIL BIN MOHAMED SAPAWI |
| |
3. NAMA SEKOLAH | SEKOLAH KEBANGSAAN |
| |
4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU | - Sewaktu mengajar mata pelajaran bahasa Arab Tahun 5 Marikh, saya sering meminta murid menyebut nombor ketika saya menulis tarikh di papan tulis. Saya dapati murid kelas ini kurang mengingati tentang bilangan nombor dalam bahasa Arab seperti kelas-kelas yang lain. Apabila diajukan soalan, mereka sering terdiam dan berfikir tentang nombor dalam bahasa Arab yang perlu mereka sebutkan. - Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya melalui kajian ini. |
| |
5. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN | Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah murid mengingat nombor dalam bahasa Arab. Kajian ini adalah penting bagi murid-murid 5 Marikh kerana mereka telah mempelajari tentang nombor dari 1-100 sejak dari tahun 1 lagi hingga tahun 3. Apabila mereka sudah memasuki tahun 5 sekarang, sepatutnya masalah itu telah lama dapat diatasi. |
| |
6. OBJEKTIF UMUM KAJIAN | Murid mahir dalam mengingat dan menyebut nombor-nombor dalam bahasa Arab. |
| |
7. OBJEKTIF KHAS KAJIAN | 1. Membantu murid menguasai nombor dalam bahasa Arab. 2. Membantu murid menguasai kemahiran mendengar, menyebut, membaca dan menulis nombor dalam bahasa Arab. 3. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ketika guru mengaitkan tajuk pelajaran dengan nombor (seperti tarikh, muka |
| |
8. KUMPULAN SASARAN | Kajian ini melibatkan 39 orang murid Tahun 5 Marikh yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. |
| |
9. TINDAKAN YANG DICADANGKAN (METHOD) | 1. Menyediakan carta / banting tentang nombor bahasa Arab dalam kelas dan persekitaran sekolah. 2. Murid menghafal hanya 21 perkataan nombor bahasa Arab yang boleh diubah suai untuk mengira 1-100. 3. Memulakan setiap pengajaran dengan aktiviti menyebut nombor oleh setiap murid selama 3-5 minit sebagai set induksi. 4. Melakukan aktiviti menukar nama murid kepada nombor dalam bahasa Arab dan guru memanggil murid dengan nombor dan bukannya nama. 5. Menulis muka 6. Melakukan aktiviti-aktiviti matematik dalam bahasa arab. (contoh : penambahan dan penolakan mudah) 7. Kuiz bahasa Arab yang berkaitan dengan nombor. |
| |
10. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN | MAC – APRIL 2009 |
| |
11. JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON | Carta / Banting =RM 60.00 |
1 comments:
maaf mintak copy untuk rujukan sendiri dan rakan jqaf...masih tahun 4 sekarang ...syukran
Catat Ulasan