Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Isnin, Mei 18, 2009

Travelog Oman - episod 29 : Malam yang sayu...




17 MEI 2009 (AHAD)
SAFEER CONTINENTAL HOTEL

Malam ini merupakan malam yang sedih dan sayu bagi semua peserta kursus bahasa Arab di Oman ini. Manakan tidak kerana malam ini merupakan malam terakhir kami semua di Oman,bilad yang sungguh aman, tenang dan asyik.

Masa berlalu begitu pantas. 24 hari berlalu tanpa disedari. Tiba-tiba kami sudah berada hari terakhir kami di sini. Saya terasa bagai satu kejutan apabila akhirnya saya sudah tiba ke hari terakhir kursus ini.

Setelah tamat kursus pada jam 2.30 petang tadi, saya bersama Azizi (wakil Kedah) menaiki teksi ke pasar Mutrah untuk mencari beberapa barang yang dirasakan perlu dibeli sebelum pulang. Sampai ke hotel lebih kurang jam 5 petang, terus berkemas barang-barang. Jam 7.30 malam kami sudah bersiap sedia di dewan hotel untuk upacara penutupan rasmi kursus ini. Timbalan menteri pelajaran telah hadir untuk bersama-sama kami dalam majlis ini.

Setelah ucapan diberi, kami dianugerahkan sijil tamat kursus bersama cenderamata yang amat berharga buat kami, yang tak mampu kami beli di sini. Seterusnya jamuan makan dan diakhiri dengan acara bersalam-salaman dan berpelukan dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kami selama 25 hari berkursus di sini. Terasa alur kecil akan keluar di celah mata sekiranya pelukan erat ustaz-ustaz dan doktor-doktor itu semakin lama dengan ucapan-ucapan yang amat menyentuh perasaan... 

Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya kami bersama mereka di bumi bertuah ini...
Semoga ini bukanlah pertemuan pertama dan terakhir...







0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu