Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Selasa, Mei 05, 2009

Travelog Oman - episod 21 : Memantau lagi

04 MEI 2009
Madinatu Sieb, Muscat Oman

Hari ni kami diberi peluang melawat ke dua buah sekolah lagi. Alhamdulillah, kumpulan saya yang terdiri dari Ust. Khairiel (JPN Melaka), Ust. Salleh (IPGM DRI Terengganu), Ust. Esibi (JPN Sabah), Ust. Najmuddin (GBA Perlis), Ust. Ikhmal (GBA Selangor) dan saya telah dibawa ke dua buah sekolah yang sangat cemerlang dari segi pentadbiran, dan pengurusan bilik darjah atau pnp.

Berbanding dari minggu lepas, saya ditugaskan oleh ketua kumpulan (Ust. Khairiel) untuk melihat pengajaran guru di kelas, namun pada kali ini saya diarah untuk menggantikan tempatnya bagi bertanya dan bertemu ramah dengan guru besar-guru besar kedua buah sekolah berkenaan dari segi pentadbiran dan pengurusan sekolah. Jadi saya tidak berpeluang pada kali ini untuk menikmati keseronokan pengajaran dan pembelajaran murid-murid dan guru arab di kelas. Namun demi tugas, saya sentiasa bersedia dan telah melaksanakan tugas saya dengan baik setakat kemampuan yang saya ada.

Ketibaan kami di sekolah pertama tetap disambut meriah
مدرسة نبوغ للتعليم الأساسي للصف 1 حتى 4

Antara hasil murid yang dipamerkan di bilik sumber


Persembahan selamat ulang tahun pertama mengikut tradisi masyarakat Oman

Persembahan penutup sebelum kami beredar pergi ke sekolah yang kedua


Saya bersama guru besar sekolah yang pertama
السيدة رقية بنت سعيد الجابرية
Pemandangan dari luar sekolah yang kedua
مدرسة المشارق للتعليم الأساسي من الصف 1 حتى 4
Persembahan kebudayaan menyambut ketibaan kami

Saya sempat menjengah pnp kelas tahun 1 untuk beberapa minit
Perjalanan pulang...


0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu