Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Jumaat, Mei 08, 2009

Travelog Oman - episod 25 : Menapak

06 MEI 2009
8:00 malam

Selepas makan malam di hotel, saya bersama 6 orang JU2 daripada Terengganu, Pahang, Kedah, Penang dan Selangor masing-masing berpakat untuk menapak ke kedai-kedai sekitar hotel tempat kami menginap. Niat kami nak try rasa KFC Oman, tetapi disebabkan perut yang  masih kenyang kerana baru lepas makan di hotel, akhirnya kami batalkan sahaja niat kami malam tu. Kami menapak sampai habis kedai dan berpatah balik. Dalam perjalanan berjalan kaki tu berbagai cerita, celoteh dan lawak lucu timbul menambahkan kemesraan antara kami.


Penat berjalan, akhirnya kami berhenti minum jus di sebuah restoran dan ada di antara kami yang sememangnya biasa dengan "shisha" tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya malam itu. Saya cuba rasa-rasa juga, tetapi disebabkan dah memang tak biasa dari dulu, tidak ada rasa apa-apa pun bagi saya. :)



Jam hampir pukul 10 malam, baru kami beransur pulang ke hotel dan melalui bulatan di hadapan masjid tempat kami bersolat.


3 comments:

cemana rasa shesha tuh.. rasa mabuk2 ke ?

:).. kalau mabuk kami dah kena langgar kot masa berjalan kaki balik ke hotel.. hehehe ;P

hehehhe.....mana la tau tak penah rasa.......tengok gaya org yg hisap shisha dlm gambar tu mcm lalok je mate dia hahaha jgn marah ye tuan punya gambar.........

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu