Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Jumaat, Mei 08, 2009

Travelog Oman - episod 24 : Taqyeem au Taqweem

06 MEI 2009
المديرية العامة للتربية والتعليم 
للتقويم ودائرة الإعلام التربوي

Hari rabu yang lalu, kami seramai 26 orang telah dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk dibawa melawati 3 jabatan penting dalam Kementerian Pelajaran Oman. 3 Jabatan tersebut ialah Jabatan Kurikulum, Jabatan ..., dan Jabatan Penilaian. 

Alhamdulillah, saya merasa amat bersyukur kerana dimasukkan dalam kumpulan yang akan melawati ke jabatan penilaian yang sangat berguna dan ada bersangkut paut dengan projek PKSR saya pada tahun lepas.

Kami sampai ke jabatan tersebut lebih kurang pada jam 9 pagi. Ketibaan kami disambut baik oleh timbalan pengarah jabatan Dr. Salim. Satu taklimat mendalam yang ringkas telah diberikan kepada kami tentang keberfungsian dan perjalanan jabatan tersebut.

Jabatan ini mengendalikan tiga perkara penting iaitu pelaksanaan, penandaan, dan pemarkahan. Namun banyak perkara yang sangat menakjubkan kami tentang pelaksanaan penilaian di sini. Antara yang menarik adalah berkenaan dengan sistem pembelajaran yang bukan berasaskan peperiksaan, tetapi penilaian "taqweem" dan bukannya "taqyeem" sepertimana yang kita laksanakan di Malaysia. Itulah satu perbezaan yang ketara. Peperiksaan setara hanya dilaksanakan pada murid-murid Saf 12, dimana ia seperti peperiksaan SPM kita di Malaysia. Di situ murid-murid diperhatikan sepenuhnya oleh kementerian.

Manakala tahun-tahun yang lain, penilaian hanya dilakukan oleh guru, dan rekod juga hanya untuk disimpan oleh guru sahaja. Contoh soalan penilaian yang sangat menjurus kepada soalan PKSR seperti yang kita laksanakan di Malaysia juga disediakan oleh kementerian tetapi itu merupakan satu alternatif bagi guru-guru yang kurang komitmen dalam perkhidmatan. Guru-guru di sini digalakan untuk menyediakan soalan sendiri berdasarkan penilaian 4 kemahiran iaitu mendengar, menyebut, membaca dan menulis.

Tempoh pelaksanaan penilaian pula terpulang kepada guru dan pihak sekolah untuk menentukannya sendiri. Maka satu soalan telah saya ajukan kepadan timbalan pengarah tersebut berkenaan pemantauan dari pihak kementerian, dan jawapan yang diberikan adalah ya. Pihak mereka sentiasa turun ke sekolah melihat pelaksanaan "taqweem" tersebut untuk membantu guru-guru melaksanakannya. Soalan saya kedua adakah kehadiran mereka ke sekolah secara mengejut atau dengan memberitahu terlebih dahulu? Maka sambil ketawa mereka menjawab, kami bukan polis untuk buat "taftish" (pemeriksaan) pada sekolah, tetapi kami datang ke sekolah untuk membantu dan menunjuk cara. Sudah tentu kami pasti akan memberitahu sekolah terlebih dahulu akan kehadiran kami sebelum kami hadir.

Dihujung semester kami (pihak kementerian) akan turun ke sekolah untuk melihat markah-markah penilaian yang telah terhasil dan hanya markah murid-murid yang lemah dan pandai sahaja yang kami akan bawa ke mesyuarat jabatan dan kementerian. Selebihnya markah-markah tersebut disimpan oleh guru dan diserahkan kepada ibu bapa penjaga.

Namun perkara yang penting yang berlaku di sini, penilaian ini wajib dijalankan oleh semua guru dan ianya dijalankan berterusan setiap minggu, bulan atau akhir tajuk. Itulah perbezaan "taqyeem" dan "taqweem". Taqyeem hanya satu penilaian tanpa kita ketahui nilai sebenar yang terkandung di dalamnya, sedangkan taqweem pula bukan setakat penilaian tetapi juga ia merupakan pemantauan yang berterusan terhadap murid-murid.







0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu