DEBARAN 2009
Puas bercuti?
Memang puas.. Sampai dah nak berkarat kot kepala otak ni kalau cuti ditambah lagi seminggu. Betul orang kata.. cuti lama-lama ni tak bagus jugak!
Lagi beberapa hari kita akan memasuki tahun baru. Tahun 2009. Lagi beberapa hari juga kita akan memasuki musim persekolahan yang baru. Berdebar rasanya nak melangkah ke musim itu. Apa tidaknya! Hanya tinggal 2 tahun saja lagi penilaian j-QAF akan dinilai keseluruhannya.
Ramai yang terlalu fokus kepada pencapaian al-Quran untuk akhir 2010 nanti, hingga mereka terlupa kepada pencapaian Bahasa Arab itu sendiri, yang mana ia juga satu kompenan dalam j-QAF yang akan dinilai pada akhir 2010 nanti.
Banyak kali saya jumpa dan dengar perbincangan tentang penilaian j-QAF ni. Ada yang marah bila j-QAF dilabel sebagai gagal untuk tempoh setakat ini. Katanya j-QAF belum boleh dinilai selagi belum akhir tahun 2010. Ada juga yang menyokong sebaliknya pula. Namun, bagi saya... Walaupun j-QAF akan dinilai pada akhir 2010, penilaian setiap tahun itu penting juga untuk menentukan tahap pencapaian murid-murid j-QAF setakat ini. Sekiranya kita tidak tahu tahap pencapaian murid untuk setakat ini, bagaimana kita hendak lakukan pelan tindakan dan strategik?
Pelan tindakan dan strategik perlu dirancang oleh guru-guru j-QAF untuk memastikan tahap pencapaian pada akhir 2010 nanti tercapai dengan cemerlang. Namun perancangannya mestilah berpandukan pencapaian sedia ada. Bukan hanya berangan kosong dan merancang sesuatu yang tidak mampu untuk dilaksanakan. Yang akhirnya akan menjadi penyebab kepada kegagalan j-QAF dan Bahasa Arab itu sendiri khasnya.
Saya berpesan kepada diri saya sendiri...
Sebelum melangkah ke musim yang baru ini, persiapkanlah diri bukan sekadar mental dan fizikal, bahkan jiwa dan raga juga perlu difokuskan kepada matlamat kita. Biar penuh semangat kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada agama, bangsa dan negara ini.
Selamat maju jaya.
0 comments:
Catat Ulasan