Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Rabu, Oktober 29, 2008

Muhasabah 4 siri kursus Oktober 2008

Alhamdulillah..
24 Oktober 2008 yang lalu adalah hari terakhir saya untuk 4 kursus dalam bulan Oktober tahun ni.


KURSUS YANG DIHADIRI

Kursus 1
Kursus Pemantapan GPI j-QAF Kohort 2007 (siri 3)
12-14 Oktober 2008
Hotel Seri Malaysia, Mersing

Kursus 2
Kursus Pendedahan SP & HSP Tahun 2 Kegunaan Tahun 2009 (siri 2)
16-18 Oktober 2008
Hotel Seri Malaysia, Mersing

Kursus 3
Kursus Pemantapan GPI j-QAF Kohort 2007 (siri 4)
19-21 Oktober 2008
Hotel Selesa, Pasir Gudang

Kursus 4
Kursus Pendedahan SP & HSP Tahun 2 Kegunaan Tahun 2009 (siri 4)
22-24 Oktober 2008
Klebang Beach Resort, Melaka


TAJUK-TAJUK SLOT YANG DISAMPAIKAN
1. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah
2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 2 (baru)
3. Peruntukan PCG Bahasa Arab & Pendidikan Islam Sekolah Rendah
4. Pengurusan Fail & Panitia Bahasa Arab & Jawatankuasa j-QAF
5. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)


MUHASABAH
Kursus kali ini banyak memberi saya pengalaman baru dalam menjalankan tugas sebagai JLU (untuk tahun yang ke2) ketika menyampaikan tajuk-tajuk slot yang diamanahkan oleh jabatan.

Pada tahun lepas, saya hanya memberi tumpuan kepada slot pengurusan fail panitia dan bengkel. Tetapi pada tahun ini, lebih banyak tajuk telah diamanahkan untuk saya sampaikan dalam slot-slot kursus.

Pada saya, saya telah berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan slot-slot yang diamanahkan dengan baik dan jelas. Setiap slot, saya cuba fokus kepada perkongsian maklumat agar peserta dapat faham dengan mudah apa yang ingin saya sampaikan.

Namun saya mengaku, masih terdapat banyak kelemahan pada diri saya samada yang tidak disengajakan mahupun sebaliknya. Dan itu semua tidak melemahkan semangat saya untuk terus memperbaiki diri saya pada masa-masa yang akan datang.

Secara keseluruhan dari borang muhasabah kursus yang diisi oleh peserta untuk slot yang saya sampaikan, banyak yang memberi markah 3 dan 4 (markah penuh 4) kepada saya. Hanya terdapat beberapa individu sahaja yang memberi saya markah 2. Namun begitu, saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan positif kerana saya sendiri menyedari kelemahan-kelemahan yang saya ada.

Apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor terutama Ustaz Ahmad Zakuan & Ustaz Kahar yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan slot-slot yang diamanahkan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.

Ucapan terima kasih juga untuk semua peserta-peserta kursus yang sudi mendengar dengan baik seterusnya memahami apa yang saya sampaikan dalam setiap slot.

Semoga kita semua akan terus saling bantu membantu dalam menaikkan lagi kecemerlangan Bahasa Arab di Negeri Johor khasnya.

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu