Hit carian terbanyak - RPT
Mungkin entri ini agak terlewat meskipun penulisan tentangnya telah saya mulai seawal 1 Januari 2012, namun ianya tidak mampu disiapkan dek kekangan kerja yang bertambah dalam ruang lingkup masa yang tidak pernah pun bertambah. Malah tidak akan! Justeru, entri ini terpaksa di tulis semula memandangkan isi penulisannya sudah tidak lagi sesuai dengan masa dan keadaan ketika ini. Dalam erti kata yang lain, telah sampai ke tarikh lupus.
Kini, minggu persekolahan telahpun masuk minggu ketiga sesi 2012. Fikir saya sudah tentu tidak ramai lagi yang tercari-cari Rancangan Pengajaran Tahunan atau nama ringkasnya RPT bagi subjek-subjek yang diajar pada tahun ini. Tentu ramai rakan guru yang telah memilikinya sebagai memenuhi permintaan pihak pentadbir sekolah yang berkehendakan semua guru telah melengkapi butiran penting dalam buku rekod mengajar yang baru pada tahun ini (termasuk penyediaan RPT). Namun ramai juga yang dapat menyediakan RPT tersebut bukan kerana hanya ianya suatu tuntutan dari sebelah pihak (pentadbir), malah kesedaran pada tanggungjawab diri sebagai guru untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun ini mengikut situasi sebenar di sekolahnya juga memang patut dipuji. Inilah guru yang cemerlang dan terbilang!
Saya amat jarang melihat statistik pengunjung ke blog ini di Nuffnang yang telah lebih kurang 3 tahun saya menjadi antara jutaan agen iklan-iklannya. Bayaran yang saya terima juga tidaklah sehebat blog-blog mantap rakan-rakan blogger yang lain. Namun ianya berfaedah! Jadi saya cuba melihat statistik yang dicatatkan oleh Nuffnang terhadap pengunjung di blog saya di awal sesi persekolahan ini. Seperti yang dijangka RPT menjadi kata kunci untuk hit tertinggi pencarian pengunjung memasuki ke blog ini.
Saya amat jarang melihat statistik pengunjung ke blog ini di Nuffnang yang telah lebih kurang 3 tahun saya menjadi antara jutaan agen iklan-iklannya. Bayaran yang saya terima juga tidaklah sehebat blog-blog mantap rakan-rakan blogger yang lain. Namun ianya berfaedah! Jadi saya cuba melihat statistik yang dicatatkan oleh Nuffnang terhadap pengunjung di blog saya di awal sesi persekolahan ini. Seperti yang dijangka RPT menjadi kata kunci untuk hit tertinggi pencarian pengunjung memasuki ke blog ini.
Statistik Pencarian Bulan Lepas
Statistik Pencarian Minggu Lepas
Statistik Pencarian Minggu Ini
Saya melihat lambakan RPT yang bertebaran di internet, saya memuat turunnya satu persatu untuk melihat perancangan tersebut. Menarik dan lengkap! Namun walaupun sekiranya saya masih berada di sekolah, saya tidak akan menggunakan RPT yang dirancang oleh orang lain. pengalaman saya selama mengajar di sekolah, saya tidak pernah menggunakan mana-mana RPT yang dirancang oleh orang lain. Kesedaran terhadap tugas guru yang seharusnya mampu untuk merancang dan melaksanakan pengajaran telah tersemai sejak di bangku maktab perguruan lagi. Guru bukan hanya sebagai pelaksana malah tugas sebelumnya adalah merancang! Guru yang mampu merancang dengan baik adalah guru yang mampu melaksanakan dengan lebih baik.
Saya pernah berkongsi cara-cara membina RPT sendiri dalam entri-entri saya yang lalu. Kali ini, saya akan cuba sampaikan dalam bentuk yang berbeza dalam tips 7 langkah mudah hasilkan RPT sendiri pada entri yang akan datang. Tips tersebut pernah saya kongsikan dalam jelajah kursus pendedahan KSSR tahun 2 pada tahun 2011 yang lepas di beberapa buah negeri dan zon (tidak semua).
0 comments:
Catat Ulasan