Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Selasa, Julai 29, 2008

Mengapa Saya Tidak Mampu Habiskan Sukatan Bahasa Arab? Bah. 3

Bertemu kembali!
Hmm.. Lama jugak saya tak sempat nak sambung siri ni. Maklumlah.. Musim Ihtifal j-QAF. Jadinya, banyak perkara yang perlu diuruskan sehinga tertangguh penulisan blog ni. 'Ala kulli hal.. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni.

Sebelum saya menyambung siri ini, ingin saya betulkan sedikit maklumat yang salah, saya baru saja perasan. Dalam siri pertama saya ada menyebut nama Ust. Hamdan yang memberi taklimat dalam mesyuarat HSP Bahasa Arab tahun 2 di Putrajaya baru-baru ni. Sebenarnya saya tersalah taip. Yang saya maksudkan dengan Ust. Hamdan tu adalah Ust. Hasmadi Hamdan. Perkataan Hasmadinya tertinggal. Ribuan maaf saya pohon di atas ralat tersebut, lebih-lebih lagi tuan empunya nama.

Baiklah..
Saya akan teruskan bicara kita berkenaan masalah guru yang tidak mampu habiskan sukatan Bahasa Arab bila tiba saja penghujung tahun.

Sebenarnya masalah ni sering terjadi dikalangan guru-guru yang mengajar subjek berkenaan yang TIDAK TAHU dan TIDAK MAHU menggunakan huraian sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran mingguan/tahunan. Sebaliknya guru lebih suka dan dengan mudah sering terus menggunakan buku teks sahaja untuk merancang P&P. Inilah kesalahannya sehingga menjadikan guru tidak mampu menghabiskan sukatan tersebut.

Saya fahami juga, terkadang guru-guru tidak mampu menurut rancangan pengajaran mingguan/tahunan yang telah ditetapkan disebabkan oleh kekangan masa, aktiviti sekolah ataupun cuti. Selepas itu guru juga tidak mampu untuk membuat kelas tambahan bagi mencover atau mengejar semula ketetapan rancangan mingguan yang tercatat dalam rancangan pengajaran mingguan tu! Akhirnya ramai guru membiarkan saja rancangannya ketinggalan dari perancangan sebenar hingga akhirnya guru gagal menghabiskan sukatan bila tiba penghujung tahun.

Sebenarnya rancangan adalah satu rancangan. Setiap rancangan mungkin berubah mengikut keadaan yang sentiasa berubah-ubah. Namun, objektif yang perlu kita capai... tetap perlu dicapai walau apa cara sekalipun. Sukatan tetap perlu dihabiskan.

Kesimpulan dari apa yang saya coretkan di atas. Kesalahan guru hingga menyebabkan sukatan gagal dihabiskan adalah kerana guru lebih suka mengajar berpandukan buku teks daripada berpandukan sukatan dan rancangan.

Cara penyelesaiannya yang saya ingin kongsikan bersama di sini adalah... GURU PERLU MERANCANG P&P GURU DENGAN SENTIASA BERPANDUKAN SUKATAN SELAIN RANCANGAN PENGAJARAN YANG TELAH DISEDIAKAN.

Bagaimana nak merancang atau mengajar menggunakan sukatan tanpa mengutamakan penggunakan buku teks?

Ikutilah siri seterusnya...

@Mior Syazril

Read More......

Rabu, Julai 23, 2008

Mengapa Saya Tidak Mampu Habiskan Sukatan Bahasa Arab? Bah.2

"Kullukum qiaman!, Assalamu'alaikum.."
Murid-murid pun menjawab, "Wa'alaikum salam ya ustaz!"
"Sobahal Khair!"
"Sobahan Nur ya ustaz!"
"Kaifa haalukum?"
"Nahnu bikhair.. Alhamdulillah"

Selepas guru menyuruh murid-murid membaca doa dan duduk, guru pun berkata..
"Thaiyib!... IFTAHUU SOFHAH WAHIDUN WATHALATHUN".. sambil guru pun menulis nombor 31 dalam bahasa arab di papan tulis, tanpa set induksi tanpa apa pun! Konon-konon tak nak buang masa.. Sukatan banyak yang perlu dihabiskan. Hmmm.. Betul ke?

Hmm... Tapi.. ada juga yang bagus di situ.. kaedah cikgu menyuruh murid membuka buku teks dalam bahasa Arab tu!.. Lebih baik daripada guru berkata..
"Baik!... semua murid-murid buka buku teks muka surat 31"

Betul kan!? Gunalah bahasa Arab dalam kelas supaya murid-murid sentiasa berpeluang mendengar patah-patah kalimah arab. Dari mana lagi yang dia dapat dengar selain dari mulut kita sendiri yang mengajar bahasa tu! Kalau cikgu mengajar bahasa Arab cakap melayu.. macammana murid nak pandai bahasa Arab!

Tapi masalah cikgu cakap bahasa melayu dalam kelas P&P Bahasa Arab bukanlah fokus saya kali ni.. Saya nak fokuskan kepada "MENGAPA RAMAI GURU-GURU BAHASA ARAB TIDAK MAMPU MENGHABISKAN SUKATAN DALAM TEMPOH SETAHUN P&P BERLANGSUNG"

Mengapa ya!?
Tunggukan siri yang seterusnya...

@Mior Syazril

Read More......

Selasa, Julai 22, 2008

Mengapa Saya Tidak Mampu Habiskan Sukatan Bahasa Arab? Bah. 1

Seringkali saya terdengar luahan guru-guru Bahasa Arab yang tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran Bahasa Arab sepanjang tahun kita mengajar. Agak-agaknya.. mengapa perkara begini boleh terjadi? Sedangkan ahli-ahli panel yang menggubal sukatan tu, telah berhempas pulas membuat kajian yang paling tidak hampir tepat utk seorang guru Bahasa Arab itu dapat mengajar perkara-perkara yang dimuatkan dalam sukatan.

Baru-baru ni, 11 JULAI 2008 saya ada menghadiri mesyuarat di Putrajaya berkenaan penggunaan buku teks tahun 2 yang baru, yang akan kita guna pakai pada tahun 2009 ini nanti. Dalam mesyuarat tu, Ustaz Hasmadi Hamdan ada menyebut masalah yang sama. Dan penyelesaian bagi tajuk di atas mungkin kita boleh kongsi bersama-sama di sini.

Sebenarnya, kebanyakan guru-guru Bahasa Arab yang mengajar Bahasa Arab di sekolah rendah telah melakukan satu kesilapan yang besar dalam melaksanakan P&P Bahasa Arab di sekolah.

Kesilapan itu mungkin kita tidak sedari... Tapi itulah puncanya mengapa kita sering tidak mampu menghabiskan sukatan pelajaran bila tiba penghujung tahun...

Untuk mengetahui jalan penyelesaiannya... ikutilah jawapannya dalam siri yang akan saya cuba kongsikan bersama nanti.. tungguuuuuu...


@Mior Syazril

Read More......

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu