.
Sabtu, Ogos 29, 2009
Rabu, Ogos 19, 2009
1 Majlis, 2 Sempena.
Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Labels: SKTS
Sabtu, Ogos 15, 2009
Majlis Solat Hajat UPSR
Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Rabu, Ogos 12, 2009
Kursus Mentoring utk Guru Pembimbing j-QAF
Isnin, Ogos 10, 2009
Rekaan murid-murid

Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Sabtu, Ogos 08, 2009
Hadis Palsu Rejab & Sya'ban - Dr. Asri
"Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.
Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
.............................
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
.............................
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.
Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”
Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.
Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.
Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w."
Posted by miorjqaf | Permalink | 2 comments
Khamis, Ogos 06, 2009
Analisa E-Pelaporan j-QAF Johor Bahru Jun 2009





Posted by miorjqaf | Permalink | 0 comments
Labels: E-Pelaporan
Rabu, Ogos 05, 2009
Kursus Pendedahan & Pembelajaran Bahasa Arab SRAB
Read More......
Posted by miorjqaf | Permalink | 2 comments
Labels: bahasa arab | Cabaran | Kursus
Selasa, Ogos 04, 2009
Tangisan dalam Ketawa
Posted by miorjqaf | Permalink | 3 comments
Labels: Cabaran | Ihtifal j-QAF | Muhasabah | Program
Updated blog
-
Harga Emas 999.9 PG (GAP) Mac 2025Sehari yang lalu
-
Sensory Overload dan ADHD Dewasa5 hari yang lalu
-
Nigerian workers strike over cost of living crisisSetahun yang lalu
-
Resepi Puding Milo SimpleSetahun yang lalu
-
10 Foods to Boost Male Health From WebMD5 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
-
2017 permudahkanla sehingga selesai phd7 tahun yang lalu
-
Pakej Umrah Terbaik 20178 tahun yang lalu
-
Matlamat Pendidikan8 tahun yang lalu
-
SENI KHAT : KEDIAMAN EN. AZIZAN CHANGLUN KEDAH9 tahun yang lalu
-
Mak yang hebat...9 tahun yang lalu
-
MINAT KEPADA BISNES9 tahun yang lalu
-
UPSR guna format baharu tahun depan9 tahun yang lalu
-
Kuliah Maghrib Dato TITM9 tahun yang lalu
-
BINGKISAN TAHUN BARU10 tahun yang lalu
-
-
KEMBALI KEPADA DOMAIN BLOGSPOT10 tahun yang lalu
-
-
FAIL ELAPORAN JQAF 2013-SEDIA DOWNLOAD11 tahun yang lalu
-
Diharamkan Mengumpat12 tahun yang lalu
-
Fikiran yang mengharukan Umno12 tahun yang lalu
-
KENANGAN AMBIL IJAZAH MATAN ARBAIN(HADITH 40)12 tahun yang lalu
-
Kucing Beranak! Why ME??12 tahun yang lalu
-
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 201113 tahun yang lalu
-
Puasa Efektif: Benteng Diri Daripada Fahsya’13 tahun yang lalu
-
Promosi Gerai TKRS Corner (Hari Kantin) 201113 tahun yang lalu
-
Konvo jQAF14 tahun yang lalu
-
TERIMA KASIH CIKGU..14 tahun yang lalu
-
-
Isu Penggunaan Nama Allah15 tahun yang lalu
-
Dari j-QAF ke MSD Cairo15 tahun yang lalu
-
oh blogku...15 tahun yang lalu
-
-
Khutbah Eidul Fitri15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-