Petang tadi telah berlangsung satu mesyuarat jawatankuasa Ihtifal j-QAF 2009 peringkat daerah Johor Bahru yang dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai setiausaha Panitia Bahasa Arab daerah Johor Bahru, mewakili pengerusinya (iaitu guru besar saya, Pn. Yos Fatimah binti Selamat) yang terpaksa menguruskan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan LDP di sekolah pada petang ini tadi. Mesyuarat yang bertempat di bilik mesyuarat SK Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR1) dihadiri oleh semua jawatankuasa 15 buah sekolah yang terlibat. Kehadiran pegawai-pegawai PPD yang baru iaitu Penolong PPD Johor Bahru Unit Pendidikan Islam (UPI) Ustaz Norzaidi dan pembantunya (Penyelia Agama UPI) Ustazah Norhashimah, menjadikan mesyuarat ini tadi merupakan mesyuarat pertama bagi mereka berdua bersama guru-guru j-QAF Johor Bahru sejak lantikan mereka pada April dan Mei yang lalu.
IHTIFAL j-QAF 2009 satu TRANSFORMASI
Pada tahun ini, Ihtifal j-QAF peringkat daerah Johor Bahru akan mengalami sedikit transformasi apabila ianya akan diadakan dalam bentuk rakaman video bagi menggantikan pertandingan pada peringkat zon.
Memandangkan 91 buah sekolah j-QAF di daerah Johor Bahru akan layak menyertai ihtifal ini, maka cara yang sedemikian (pertandingan melalui rakaman video) difikirkan dapat menyelesaikan masalah kesuntukan masa bagi memilih kumpulan dikir barat dan kalam jamaie yang terbaik sebagai wakil daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri Johor pada 31 Julai ini nanti.
Setiap sekolah akan mendapat surat edaran makluman berkenaan pertandingan ini dalam minggu ini juga. 10 JULAI 2009 adalah merupakan tarikh akhir penghantaran hasil rakaman video persembahan oleh sekolah yang ingin menyertai. Rakaman akan dinilai oleh juri luar yang akan dilantik oleh pihak UPI PPDJB. Hanya 5 kumpulan terbaik dikir barat dan 5 kumpulan terbaik kalam jamaie sahaja yang akan terpilih untuk bertanding secara langsung pada peringkat daerah nanti iaitu pada 25 JULAI 2009 (seminggu sebelum pertandingan peringkat Negeri Johor).
Berikut adalah pelan tindakan panitia BA JB dan UPI PPD JB untuk menjayakan Ihtifal j-QAF Johor Bahru pada tahun ini ;*
23/06/09 - Mesyuarat pertama jawatankuasa
24/06/09 - Surat edaran makluman pertandingan diedarkan
10/07/09 - Tarikh akhir penyerahan rakaman video ke PPD
13/07/09 - Penghakiman oleh juri
15/07/09 - Keputusan diumumkan melalui telefon dan surat
20/07/09 - Mesyuarat kedua jawatankuasa
25/07/09 - Pertandingan peringkat daerah JB
31/07/09 - Pertandingan peringkat Negeri Johor.
*tertakluk pada perubahan.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Syarat-syarat dan undang-undang pertandingan ini masih terpakai sepertimana yang telah digunakan pada tahun-tahun lepas. (Sila rujuk panduan Ihtifal j-QAF).
Namun begitu, untuk transformasi yang berlaku dalam ihtifal pada tahun ini di peringkat daerah Johor Bahru, sedikit syarat tambahan telah dipersetujui, iaitu;
1. Rakaman mestilah jelas dengan menggunakan perakam gambar yang bersesuaian seperti camera digital atau sebagainya. (Rakaman melalui telefon bimbit yang kabur atau tersekat-sekat dan suara yang tidak jelas akan ditolak)
2. Rakaman boleh disediakan dalam apa juga jenis perisian seperti mpeg, avi, dvd atau sebagainya.
3. Rakaman persembahan boleh dipotong dan disambung-sambung, tetapi hendaklah lengkap dari mula hingga akhir.
4. Sila sertakan senarai lengkap nama peserta dan lirik/skrip persembahan dalam format Microsoft Word di dalam CD yang hendak dihantar ke PPD.
5. Rakaman yang hendak dihantar mestilah dimasukkan dalam CD yang bertulis nama sekolah, nama guru dan nombor telefon guru.
6. Rakaman mestilah sampai ke PPD sebelum atau pada 10 Julai 2009.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi ;
Ustaz Norzaidi PPDJB
Ustazah Hashimah PPDJB
Ustaz Mior Syazril SK Taman Suria
Ustazah Maizathul Sazila SK TAR1
Read More......