Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Jumaat, April 20, 2012

KSSR = PBS, KBSR = PKSR

Hasil mesyuarat penyelarasan e-Pelaporan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) pada 17 - 19 April 2012 di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) iatu saya sendiri bersama En. Ahmad Zakuan bin Md Khudzari serta wakil dari Lembaga Peperiksaan iaitu Cik Norazida binti Ibrahim, telah bersetuju dan memutuskan bahawa pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Bahasa Arab bagi tahun 2012 ini untuk dilaporkan dalam sistem e-PELAPORAN j-QAF telah diputuskan seperti berikut;

1. FORMAT PENTAKSIRAN
1.1 Kelas-kelas yang melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perlu melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sepertimana yang telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Siaran Bilangan 3, Tahun 2011.

1.2 Kelas-kelas yang masih melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) boleh meneruskan pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) sepertimana yang telah terlaksana pada tahun-tahun sudah.

2. PELAKSANAAN
2.1 Bagi kelas-kelas KSSR, guru perlu menjalankan PBS dengan menggunakan instrument yang dihasilkan sendiri oleh guru.

2.2 Manakala soalan PKSR Bahasa Arab pula akan disediakan oleh BPI dan akan dimuat naik di dalam laman sesawang bahagian tersebut (bukan lagi laman sesawang BPK).

3. FORMAT PELAPORAN
3.1 Format pelaporan yang perlu dilaporkan oleh guru dalam sistem e-Pelaporan j-QAF bagi pelaksanaan PBS ialah dalam bentuk rekod transit PBS yang akan dimuatkan dalam sistem tersebut untuk diisi sepanjang tahun pengajaran. Bagi pelaporan bulan MEI ia merupakan pelaporan semasa, manakala pelaporan OKTOBER pula adalah pelaporan akhir atau pelaporan sebenar.

3.2 Manakala format pelaporan bagi pelaksanaan PKSR pula ialah dalam bentuk markah 30 dan 70 yang perlu dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan MEI dan OKTOBER. Justeru, tiada lagi markah bulanan sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Arab sebelum ini.


8 comments:

ust, sy ada soalan, klau pelaksanaan pksr markah 30 & 70 jd xperlu buat utk bulanan lg k?dan sy juga ada bc entry ust pksr b.a 2012 ada tertlis utk thn 3 buat spt biasa spt thn lpas..mohon penjelasan

Ya, benar.
PKSR Bahasa Arab untuk tahun 3 hingga tahun 6 pelaksanaannya adalah 2 kali setahun dengan setiap kali markah yang perlu di isi adalah 30 dan 70. Tiada lagi markah bulanan seperti sebelum ini. Ini bertujuan untuk meringankan beban guru dan guru boleh memberi tumpuan pada pelaksanaan PBS yang masih baru dilaksanakan agar ianya semakin mantap.

Berkenaan entri saya sebelum ini yang mengatakan PKSR Bahasa Arab bulanan perlu dilakukan oleh guru Bahasa Arab, itu merupakan keputusan awal tahun yang telah dibuat oleh mesyuarat unit Bahasa Arab di Bahagian Pembangunan Kurikulum. Pada waktu itu, PKSR Bahasa Arab masih dibawah kelolaan Bahagian ini. Namun bermula pada mesyuarat awal April yang lalu, BPK merasakan PKSR Bahasa Arab sudah tidak menjadi kepentingan kepada pihak penggubal kurikulum seperti kami di Bahagian ini, tetapi ianya amat penting untuk dilaporkan dalam laporan program j-QAF iaitu e-PELAPORAN j-QAF yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Islam BPI. Untuk itu, pada mesyuarat awal April tersebut, satu kata putus telah disepakati bahawa PKSR Bahasa Arab akan diambil alih sepenuhnya oleh BPI dan hasilnya, PKSR Bahasa Arab tersebut telahpun disepakati untuk bentuk pelaksanaannya 30 dan 70 bagi kelas2 KBSR dan PBS bagi kelas-kelas KSSR.

soalan pks ba tahun 3 - 6 telah dibeli dari mgb. adakah saya perlu tunggu unuk soalan dari pihak BPI untuk pks tahun 1 dan 2 ataupun saya menyediakan solan lain sebagai inisiatif jika solan dari BPI lambat di uploadkan.

ustaz,mohon upload soalan pksr thn 3-6 dgn kadar segera.sy ingin melaksanakan xam b.a serentak dgn exam stgh thn yg akan dijalankn isnin depan.mohon kerjasama ustz

slm...saya mi kurang faham tentang markah 30 dan 70 tu.... 30 tu utk ape dan 70 tu utk ape? saya guru yg baru ajar BA tahun ni, dan sekolah ni tiada major BA...minta tolong tunjuk ajar ustaz...

slm...saya ni guru yg baru ajar BA...dan tiada major BA di sekolah saya..saya kurang jelas dgn markah 30 dan 70...30 utk ape dan 70 utk ape...? minta tunjuk ajar ustaz

slm...saya ni guru yg baru ajar BA...dan tiada major BA di sekolah saya..saya kurang jelas dgn markah 30 dan 70...30 utk ape dan 70 utk ape...? minta tunjuk ajar ustaz

30 markah adalah markah penuh bagi kertas 1 yang dinilai secara lisan.

Manakala 70 markah pula adalah markah penuh bagi kertas 2 yang dijawab oleh murid secara bertulis dalam tempoh satu jam.

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu