Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Sabtu, Mei 29, 2010

Anugerah Ilahi..

Alhamdulillah...

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, Tuhan Yang Memiliki Segala Kekuatan, Kelebihan dan Kekayaan. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Diri ini merasa semakin kerdil di hadapanNya. Namun pun begitu, diri ini merasa pula semakin besar bebanan tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang telah diletakkan pada diri ini. Walauapapun, semua ini anugerah Allah yang wajib disyukuri dan bukannya dikufuri. Daya juang dan usaha perlu ditingkatkan di atas anugerah ini.

Hari ini (27 Mei 2010) merupakan kali ke ketiga dalam tempoh enam bulan kebelakang saya menerima anugerah yang berkaitan dengan perkhidmatan saya. Bermula pada akhir Disember 2009 yang lalu, saya telah merasa terlalu kerdil untuk menerima Anugerah Kualiti Khas Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Pada bulan Mac yang lalu pula, pihak sekolah telah menganugerahkan kepada saya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009, dan hari ini Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Johor Bahru 2010, telah menganugerahkan kepada saya Anugerah Guru Aktif bagi Kategori Guru Aktif Sekolah Rendah.


Keikhlasan dalam bekerja menjadi kunci utama saya dalam memajukan diri, menjayakan misi, seterusnya menjadikan matlamat kita tercapai. Semakin kita ikhlas, semakin tinggi komitmen yang akan kita berikan terhadap tugas. Semakin kita ikhlas, semakin banyak ilham dan anugerah pemikiran yang Allah berikan kepada kita. Kerana itu apabila kita mengajar dengan ikhlas, Allah akan sentiasa mengilhamkan kita pelbagai cara, teknik dan kaedah yang lebih berkesan untuk menjadikan anak didik kita lebih berjaya.


Itulah intipati kata-kata seorang guru cemerlang yang pernah bertanyakan kepada saya tentang bagaimana saya mendapat ilham pada teknik-teknik pengajaran yang cuba saya praktikan. Jawab saya hanya kerana minat yang tinggi dalam bidang pendidikan membuatkan saya terfikir untuk mencipta dan memberikan sesuatu yang lebih baik kepada kerjaya dan anak didik saya. Sangka saya itulah jawapan yang paling tepat yang terfikir oleh saya. Namun, jawapan itu telah disangkal oleh beliau dengan menyatakan bahawa, ilham yang datang dalam diri saya adalah kerana keikhlasan saya terhadap tugas dan amanah. Semakin saya ikhlas, semakin banyak Allah ilhamkan kebaikan dalam diri kita. Allahu Akbar, saya tertunduk malu kerana kealpaan saya terhadapNya.


Oleh itu, menjadikan tugas dan tanggungjawab kita sebagai salah satu ibadah kepadaNya dengan disusuli niat yang ikhlas keranaNya, insyaAllah pelbagai kebaikan akan dikurniakan Allah untuk kita.


Bekerjalah sebagai ibadah, dan bekerjalah dengan ikhlas. Semoga kita tidak lari jauh dariNya. Semoga kita tidak lari dari matlamat, misi dan visi hidup kita. Iaitu hanya untuk bertemu dengan Nya.

Read More......

Isnin, Mei 24, 2010

PKSR oh PKSR...

Cuti pertengahan tahun semakin hampir. Ramai yang menantikan kehadirannya. Bahkan bukan hanya murid, tetapi guru, ibu bapa dan penjaga juga menantikan saat itu.

Setelah puas warga pendidikan bersuka-ria dan berseronok dengan sambutan hari guru yang baru berlalu (meskipun kemeriahannya masih terasa), tugas dan tanggungjawab yang banyak juga sedang menanti untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat iaitu pelaksanaan PKSR pertengahan tahun.

Sehingga kini, saya masih menerima berbagai soalan dan pertanyaan tentang pelaksanaan PKSR samada melalui private messages, email, mahupun panggilan telefon. Nampaknya masih ada yang masih belum jelas tentang pelaksanaannya. Mungkin keliru, dan mungkin juga terlupa! Tak mengapa, memang itulah fitrah manusia. Sebagai manusia juga, kita perlu saling bantu membantu, dan ingat mengingatkan. Barulah bumi ini akan bertuah!

PKSR TAHUN 1 DAN 2

Pelaksanaan PKSR bagi dua aliran tahun ini selalu menjadi masalah kepada kebanyakan guru-guru bahasa Arab. Ketidakpastian dan kekeliruan tentang pelaksanaannya.

PKSR TAHUN 1 DAN 2 DILAKSANAKAN SETIAP BULAN ATAU SETIAP AKHIR SESUATU TAJUK PELAJARAN.

Ini memberi erti, PKSR bahasa Arab tahun satu dan dua bukanlah berbentuk ujian peperiksaan seperti tahun-tahun yang lain. Markah murid pada setiap bulan yang dinilai dihimpun selama lima bulan dan dijadikan markah pertengahan tahun, dan ianya ditulis di dalam rekod pencapaian murid untuk makluman kepada penjaga dan ibu bapa.

Soalan bagi penilaian ini adalah sepertimana yang termaktub dalam buku panduan j-QAF iaitu penilaian melalui skala kadar. Namunpun begitu, hasil maklum balas yang diterima daripada guru-guru, pihak BPK juga telah melonggarkan pelaksanaannya dengan kaedah-kaedah penilaian yang lain (selain skala kadar) tetapi mestilah mematuhi ciri-ciri PKSR itu sendiri seperti guru mestilah menilai empat kemahiran yang ditekankan dalam pengajaran bahasa Arab di kelas. Kaedah alternatif ini telahpun dilaksanakan di negeri Johor sejak tahun 2009 lagi dan hasil maklum balas, ramai guru-guru lebih berkemampuan untuk melaksanakan PKSR bahasa Arab bagi tahun-tahun yang berkenaan. Walaubagaimanapun, guru-guru yang tidak mempunyai halangan dan bebanan untuk melaksanakan kaedah skala kadar (seperti guru di sekolah kuran murid), perlulah melaksanakan PKSR dengan menggunakan kaedah tersebut kerana ianya lebih baik dari kaedah alternatif yang lain.

Walaupun penilaian PKSR tahun 1 dan 2 dilaksanakan setiap bulan, tidaklah menjadi kesalahan besar apabila guru/sekolah terbabit dengan sengaja melakukan ujian (dua bulan sekali atau seumpamanya) dan peperiksaan seperti mata pelajaran lain sebagai tambahan kepada ujian bulanan yang telah dilaksanakan. Ini bererti, ujian PKSR setiap bulan bagi tahun satu dan dua adalah wajib dilaksanakan, manakala ujian sekolah dan peperiksaan adalah terpulang kepada guru dan sekolah terbabit untuk melaksanakannya.

PKSR TAHUN 3

Untuk tahun 2010 sahaja, pelaksanaan PKSR bagi tahun 3 adalah 4 kali setahun sahaja sepertimana yang telah dibentangkan dalam kursus-kursus pendedahan sukatan tahun 3 pada akhir tahun lepas di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di seluruh negara. Soalan dan borang pemarkahannya juga telah disediakan oleh BPK. Tinggal perlu dilaksanakan sahaja di sekolah mengikut cara yang betul. Namun konsep PKSR 4 kali setahun ini hanya boleh diguna pakai pada tahun ini sahaja. Alasannya adalah kerana Ini merupakan salah satu percubaan untuk merubah konsep PKSR kepada yang lebih mudah. Kerana itu ianya hanya dilaksanakan untuk tahun 2010 sahaja. Pada tahun hadapan (2011), Satu konsep baru PKSR yang telah pun disepakati dan dimurnikan di peringkat kebangsaan akan dibentangkan dalam kursus jurulatih utama peringkat kebangsaan pada Julai ini.

PKSR TAHUN 4, 5 & 6

Penilaian PKSR tahun 4, 5 dan 6 yang ditekankan di peringkat kementerian adalah PKSR yang dilaksanakan pada pertengahan dan akhir tahun, sepertimana yang diminta dalam epelaporan. Guru-guru bahasa Arab tidak perlu menyediakan soalan pertengahan dan akhir tahun bagi ketiga-tiga aliran tersebut kerana semuanya telah disediakan oleh BPK.

Merujuk kepada komen salah seorang jurulatih daripada utara yang mempersoalkan ketelitian penggubal soalan PKSR bahasa Arab tahun 6 pertengahan tahun 2010. Saya dan pihak BPK telahpun bermesyuarat pada minggu lalu dan di sana kami telah menyemak kembali soalan tersebut dan ternyata, terdapat beberapa kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku seperti kehendak soalan yang tidak menepati kehendak huraian sukatan pelajaran yang telah ditentukan. Untuk makluman juga, soalan tersebut bukanlah digubal oleh kumpulan PKSR kebangsaan yang saya sertai sekarang.

Namunpun begitu, pihak BPK telahpun mengarahkan kami untuk menyemak kembali kesemua soalan-soalan tahun 4, 5 dan 6 yang telah digubal. Hasilnya, kesemua soalan-soalan tersebut telah dimurnikan dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran daripada isi kandungannya (perkataan & ungkapan yang terdapat dalam hsp sahaja yang akan ditanya) dan kehendak huraian sukatan itu sendiri berkenaan kemahiran-kemahiran yang diajar. Untuk itu, penilaian akhir tahun ini bagi tahun 4, 5 dan 6 bakal menyaksikan murid-murid kita dinilai dengan instrument yang lebih menepati kehendak kurikulum bahasa Arab itu sendiri.

Selamat Maju Jaya

Read More......

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru!


Saya ingin mengucapkan
 Selamat Hari Guru
kepada semua guru di seluruh negara.

Semoga kita semua menjadi pembina negara bangsa yang lebih berjaya dan bertamadun, kehadapan, kreatif dan inovatif, cemerlang, gemilang dan terbilang, dan apa yang lebih penting, kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah sepanjang masa daripada ilmu yang kita sampaikan sebagai amal jariah yang tidak berkesudahan.

.............................................

BERITA BAIK!

HADIAH HARI GURU DARI MIORjQAF.

Bersempena hari guru ini, MIORjQAF dengan rasa berbesar hati akan memberi hadiah percuma berupa 3 lagu bonus (lagu dalam buku teks bahasa Arab tahun 5) kepada semua pembeli lagu bahasa Arab tahun 3 sejak ianya dilancarkan sehingga 21 MEI ini. Penghantaran akan dibuat mulai 24 MEI. Cepat, jangan lepaskan peluang!

Read More......

Isnin, Mei 03, 2010

Lagu Bahasa Arab Tahun 3

MIORjQAF
blogspot.com

dengan penuh kesyukuran
mempersembahkan


Album lagu bahasa Arab tahun 3*

*60 buah track lagu dari 10 buah lagu


Album lagu Bahasa Arab Tahun 3 ini mengandungi 10 buah lagu sepertimana yang terdapat dalam buku teks bahasa Arab tahun 3. (1 lagu dalam setiap bab). 


Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan kepada anda.
SETIAP LAGU MEMPUNYAI 6 TRACK BERIKUT ;
PAKEJ & HARGA
RM20
RM10
RM10
RM10
A
B
C
D
1. Nyanyian MIORjQAF diiringi perkusi
ü
ü
ü
û
2. Nyanyian Geng Anak Tupai diiringi perkusi
ü
û
ü
û
3. Nyanyian MIORjQAF & Geng Anak Tupai diiringi perkusi
ü
û
ü
ü
4. Nyanyian MIORjQAF tanpa perkusi (akapela)
ü
ü
û
ü
5. Nyanyian Geng Anak Tupai diiringi perkusi (akapela)
ü
û
û
ü
6. Perkusi tanpa nyanyian (minus one)
ü
ü
û
û
JUMLAH TRACK LAGU
60
30
30
30

DAPATKANNYA HARI INI!!!

BAGAIMANA?

Ikuti 3 langkah mudah berikut :

1. PEMBAYARAN ke akaun berikut
    AKAUN : MAYBANK
    NO. AKAUN : 16422 133 9877
    NAMA : MIOR SYAZRIL BIN MOHAMED SAPAWI

    - Anda boleh membuat pembayaran melalui perbankan internet Maybank2u atau lain-lain perbankan internet yang lain seperti Ambank Online dan sebagainya.

    - Harus diingatkan bahawa sekiranya anda menggunakan perbankan internet selain dari Maybank2u, saya perlu menunggu pengesahan transaksi yang mungkin mengambil masa sehingga 3 hari bekerja sebelum ianya dapat dihantar kepada anda.

    - SELAIN PERBANKAN INTERNET anda juga boleh membuat pembayaran melalui auto teller machine (ATM) melalui menu pindahan ke pihak ketiga (third party transfer) atau melalui CASH DEPOSIT ATM.

2. Setelah pembayaran dibuat, sila emailkan kepada saya butiran berikut (sepertimana yang terdapat dalam resit transaksi) ke alamat (miorjqaf@gmail.com) ;

    i) Tarikh Transaksi : (HH/BB/TTTT)
      Contoh : 03/05/2010

    ii) Masa Transaksi : (JJ:MM:SS)
      Contoh : 11:25:30

    iii) Jumlah Transaksi : RMXX
      Contoh : RM20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)

    iv) Transaction Reference No.
      (Sepertimana yang terdapat dalam resit transaksi)

    v) Pakej yang dipilih : 
      Contoh : PAKEJ A

3. Tunggu balasan email daripada saya yang mengandungi pakej lagu-lagu yang anda pilih. Anda boleh terus memuat turunnya daripada attachment files yang terdapat dalam email anda tersebut.

Untuk Pakej A, 6 email akan dihantar kepada anda. Manakala bagi Pakej B dan D, 2 email akan dihantar dan Pakej C, 3 email akan dihantar yang mengandungi kesemua lagu mengikut pakej yang anda pilih. Kesemua email ini akan dihantar berturutan secara serentak pada satu masa. Sekiranya anda menghadapi masalah menerima kesemua email tersebut (mengikut pakej yang anda pilih), Sila maklumkan kepada saya melalui email untuk penghantaran semula (resending) ke alamat email anda YANG SAMA.

Selamat berhibur... seterusnya mengajar dan menghiburkan anak-anak murid anda!

...............................................................
FAQ
...............................................................

1. Bolehkah lagu-lagu ini dihantar terus ke alamat Pos dalam bentuk CD?
Jawapan : Boleh, tetapi sila buat bayaran tambahan sebanyak RM5 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) untuk kos penghantaran Pos Laju. Sila beri nama penerima dan alamat yang lengkap.

2. Adakah jual beli ini mempunyai resit?
Jawapan : Ya. Jual beli ini akan disertakan resit pembelian melalui email anda sekiranya diminta. Anda boleh mencetaknya untuk tujuan tuntutan bayaran kepada pihak yang berkenaan seperti sekolah. Sila maklumkan samada anda memerlukan resit atau tidak dalam email butiran transaksi anda.

3. Adakah lagu-lagu ini terjamin boleh dimainkan?
Jawapan : Ya. Lagu-lagu ini dijamin boleh dimainkan oleh semua pemain mp3.

4. Bolehkah lagu-lagu ini diulang cetak dan dijual semula?
Jawapan : Kesemua lagu-lagu ini adahal hak peribadi MIORjQAF. Sekiranya ada telah membeli lagu-lagu ini di sini, lagu-lagu tersebut hanyalah untuk anda dan kegunaan anda sahaja. Oleh yang demikian, sebarang cetakan semula bagi tujuan keuntungan mahupun tidak, maka anda hendaklah mendapatkan persetujuan daripada MIORjQAF melalui email miorjqaf@gmail.com.


...............................................................

PERHATIAN
...............................................................

SEKIRANYA ANDA TELAH MEMBUAT TRANSAKSI BAGI TUJUAN PEMBELIAN INI, BERERTI ANDA TELAH BERSETUJU UNTUK JUJUR DAN AMANAH ATAS HASIL KARYA INI DENGAN TIDAK MENGULANG CETAK BAGI TUJUAN KEUNTUNGAN ATAU SEUMPAMANYA (BUKAN KEUNTUNGAN) TANPA KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA. HASIL YANG ANDA BELI INI ADALAH BAGI TUJUAN KEGUNAAN ANDA SENDIRI. SEMOGA KITA SEMUA BERADA DI DALAM KERAHMATAN ALLAH SELALU.
TERIMA KASIH.



...............................................................
TESTIMONI
...............................................................

Izan, Johor Bahru ;
"Tahniah! Sesuatu yang berbeza dari biasa! Lagu-lagu ini sangat sesuai dimainkan di dalam kelas sebagai set induksi, penutup mahupun sebagai aktiviti tambahan kerana durasi setiap lagunya tidak panjang. Tambahan pula senikatanya adalah bertepatan dengan senikata yang terdapat di dalam buku teks bahasa Arab tahun 3. Murid-murid tentu ceria! Walaupun saya tak ajar bahasa Arab tahun 3, tapi bila dengar lagu-lagu ni, saya pula yang excited nak ajar".

Rafiq, Johor Bahru
"Best! Ada pelbagai pilihan untuk dimainkan. Samada suara Ustaz Mior atau suara Geng Anak Tupai yang mencuit hati! Atau kedua-duanya di dalam satu lagu! Ada pula pilihan samada lagu-lagu tersebut dinyanyikan dengan diiringi perkusi ataupun tanpa perkusi. Tanpa perkusi sebutannya lebih jelas dan lebih mudah untuk melatih murid menyanyi!".

Khir, Kota Tinggi
"Ok!... ok!... dan ok!... Sangat sedap didengar dan sesuai untuk diperdengarkan kepada murid. Sesiapa yang mengajar jQAF, belilah album ni. Sedap, boleh buat bantu Mengajar. Nak harapkan korang nyanyi... mmm.... berarak mendung kelabu la jawabnyerrr... huhu".

Fatimah, Saujana Utama, Selangor.
"Satu bahan yang ditunggu-tunggu bagi membantu menceriakan lagi pengajaran bahasa Arab di sekolah khasnya untuk tahun 3. Teruskan usaha bagi tahun-tahun yang lain".

Deq ja
"Pakej A siri 1 telah diterima dan didownload. Terima kasih.. tak sabar utk dengar lagu yg seterusnya..=)"


Ustaz Ahmad Zakuan, Penolong Pengarah Bahasa Arab BPK, Putrajaya.

Saya amat konsisten dalam memperkatakan perlunya guru mengajar bahasa melalui nyanyian sebagai salah satu pendekatan pnp kepada murid. Ia amat berkesan untuk menajamkan kemahiran pendengaran, memperbaiki lisan dan menambah minat murid kepada bahasa Arab. Lagu-lagu nyanyian sahabat saya, Ustaz Mior Syazril sangat sesuai untuk memenuhi aspek pengajaran bahasa dan saya percaya selepas kita mencuba nyanyian lagu-lagu tersebut, murid akan tertunggu-tunggu kelas bahasa Arab! Sangat berbaloi...  

..............................................................................
TERIMA KASIH
..............................................................................

Read More......

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu