Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Rabu, April 28, 2010

PROMO

(klik untuk besarkan)

NANTIKAN KEMUNCULANNYA
3 MEI 2010

Read More......

Isnin, April 19, 2010

BBM Interaktif B.Arab Tahun 1 (2010 sahaja)


Bahan ini saya perolehi ketika mesyuarat bersama BPK pada tahun lepas (2009). Bahan yang berupa perisian interaktif bagi mata pelajaran bahasa Arab tahun 1 ini sangat baik untuk digunakan bersama murid. Bahan ini sebenarnya dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk kegunaan guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Namun entah di mana silapnya, bahan tersebut masih belum dapat diedarkan kepada guru-guru untuk digunapakai di sekolah sehingga ke hari ini.

Memandangkan transformasi kurikulum bahasa Arab akan berlaku pada tahun hadapan (2011) iaitu KBSR kepada KSSR, maka bahan ini sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan seiring dengan pelaksanaan KSSR itu nanti. Ini kerana banyak perubahan akan berlaku dalam mata pelajaran ini daripada pelbagai aspek seperti mufradaat, íbaraat, dan sebagainya. Maka, amat malang sekali kerana bahan yang telah siap dibina ini akan menjadi sesuatu yang langsung tidak pernah digunapakai di sekolah.
Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif sendiri untuk memuat-naikkannya di sini supaya ia dapat dimuat-turun oleh guru-guru bahasa Arab yang mengajar mata pelajaran ini di tahun 1, dan seterusnya dapat digunakan untuk tempoh lebih kurang 6 bulan sahaja lagi dari sekarang sebelum berakhirnya sesi pembelajaran bagi tahun 2011 ini. Setelah itu, bahan ini sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan dalam transformasi bahasa Arab pada tahun hadapan.
Saya merasa amat rugi dan malang sekali kerana guru-guru praktikum ambilan Januari 2009 baru sahaja menamatkan tempoh praktikum mereka. Seandainya saya bertindak lebih awal untuk memuat-naikkannya di sini, sudah tentu lebih ramai guru-guru praktikum dapat menggunakannya sebagai bahan pengajaran mereka ketika diselia di sekolah. Namun begitu, ada juga di kalangan mereka yang sempat "menyedut" dan menggunakan bahan-bahan p&p termasuk perisian interaktif ini daripada saya pada awal tahun 2010 yang lalu.

Bahan ini merupakan hak kerajaan yang sepatutnya diedarkan secara percuma ke semua sekolah-sekolah kementerian. Oleh itu, saya berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas bahan yang telah dihasilkan ini dengan mengaut keuntungan daripadanya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

SILA KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BAHAN

Arahan Install..

1. Sekiranya anda belum mempunyai perisian WINRAR, sila muat turun perisian tersebut terlebih dahulu dan installkan dalam komputer anda.
2. Sekiranya ada juga belum mempunyai perisian HJSPLIT, sila muat turun perisian tersebut di sini dan simpan di mana-mana bahagian dalam komputer anda (cth : desktop)
2. Muat-turun kesemua fail CD Interaktif.rar.001 hingga ke fail CD Interaktif.rar.017.
3. Setelah memuat-turun kesemua fail di atas, buka perisian HJSPLIT dan pilih menu Join
4. Tekan pada menu Input File dan browse fail yang telah anda muat turun tadi. Pilih fail pertama (CD Interaktif.rar.001).
5. Setelah proses join selesai, satu fail baru CD Interaktif.rar akan terbentuk. Gunakan perisian WINRAR dan extract fail tersebut. Caranya, klik kanan pada fail CD Interaktif tersebut dan pilih menu Extract to CD Interaktif\
6. Satu folder baru akan terbentuk, buka folder tersebut.
7. Klik pada icon Start atau Bahasa Arab, dan anda boleh terus menggunakan perisian interaktif ini.

Selamat Mencuba!

Read More......

Jumaat, April 16, 2010

Mesyuarat Transformasi Bahasa Arab

13-15 April 2010 baru-baru ini, saya telah menghadiri jemputan mesyuarat untuk transformasi bahasa Arab di Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) di Putrajaya. Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari ini terbahagi kepada beberapa kumpulan perbincangan. Seperti biasa saya ditugaskan sebagai setiausaha kepada perbincangan mengenai penilaian bahasa Arab dan PKSR bahasa Arab. Ketua bagi perbincangan ini iaitu Ustaz Ahmad Lutfi bin Abu Bakar (Penolong Pengarah Bahasa Arab JPN Perak) hanya dapat hadir pada petang hari kedua perbincangan kerana sebab-sebab tertentu. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana semua perbincangan telah berjalan dengan amat lancar dan telah mencapai target mesyuarat serta berjaya menghasilkan satu hasil kerja yang telahpun disepakati dan dimurnikan bersama.

Read More......

Isnin, April 12, 2010

Tahniah kepada calon rentasan praktikum

Agak lama juga saya tidak menulis apa-apa dalam blog ni. Alasan biasa bagi blogger-blogger seperti saya apabila blog tidak dikemaskini dengan sebarang entri terbaru. Sibuk. Ya, memang agak sibuk dan bukan kerana sudah hilang mood atau apa-apa yang seumpama dengannya.

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon rentasan praktikum j-QAF ambilan Januari 2009. Tahniah juga kepada mereka yang telah berjaya menamatkan praktikum mereka walaupun tidak direntas. Jangan putus semangat! Perjuangan bukan hanya terletak kepada sesiapa yang direntas atau tidak, tetapi ianya kepada kejayaan kita mendidik anak-anak murid kita di sekolah sehingga mereka boleh menguasai apa yang diajarkan kepada mereka. Itu lebih penting.

Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat memberi maklum balas atas beberapa email yang saya terima berkenaan panduan rentasan praktikum lantaran masa lapang yang sukar menjelma dalam diari hidup saya seharian. Untuk itu, serba ringkas sedikit panduan yang mungkin boleh membantu adik-adik/sahabat-sahabat dalam menempuh rentasan praktikum dan mungkin juga boleh digunakan bagi mereka yang belum diselia kali terakhir oleh pensyarah dan guru pembimbing masing-masing.

Read More......

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu