Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Sabtu, Mei 29, 2010

Anugerah Ilahi..

Alhamdulillah...

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, Tuhan Yang Memiliki Segala Kekuatan, Kelebihan dan Kekayaan. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Diri ini merasa semakin kerdil di hadapanNya. Namun pun begitu, diri ini merasa pula semakin besar bebanan tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang telah diletakkan pada diri ini. Walauapapun, semua ini anugerah Allah yang wajib disyukuri dan bukannya dikufuri. Daya juang dan usaha perlu ditingkatkan di atas anugerah ini.

Hari ini (27 Mei 2010) merupakan kali ke ketiga dalam tempoh enam bulan kebelakang saya menerima anugerah yang berkaitan dengan perkhidmatan saya. Bermula pada akhir Disember 2009 yang lalu, saya telah merasa terlalu kerdil untuk menerima Anugerah Kualiti Khas Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Pada bulan Mac yang lalu pula, pihak sekolah telah menganugerahkan kepada saya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009, dan hari ini Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Johor Bahru 2010, telah menganugerahkan kepada saya Anugerah Guru Aktif bagi Kategori Guru Aktif Sekolah Rendah.


Keikhlasan dalam bekerja menjadi kunci utama saya dalam memajukan diri, menjayakan misi, seterusnya menjadikan matlamat kita tercapai. Semakin kita ikhlas, semakin tinggi komitmen yang akan kita berikan terhadap tugas. Semakin kita ikhlas, semakin banyak ilham dan anugerah pemikiran yang Allah berikan kepada kita. Kerana itu apabila kita mengajar dengan ikhlas, Allah akan sentiasa mengilhamkan kita pelbagai cara, teknik dan kaedah yang lebih berkesan untuk menjadikan anak didik kita lebih berjaya.


Itulah intipati kata-kata seorang guru cemerlang yang pernah bertanyakan kepada saya tentang bagaimana saya mendapat ilham pada teknik-teknik pengajaran yang cuba saya praktikan. Jawab saya hanya kerana minat yang tinggi dalam bidang pendidikan membuatkan saya terfikir untuk mencipta dan memberikan sesuatu yang lebih baik kepada kerjaya dan anak didik saya. Sangka saya itulah jawapan yang paling tepat yang terfikir oleh saya. Namun, jawapan itu telah disangkal oleh beliau dengan menyatakan bahawa, ilham yang datang dalam diri saya adalah kerana keikhlasan saya terhadap tugas dan amanah. Semakin saya ikhlas, semakin banyak Allah ilhamkan kebaikan dalam diri kita. Allahu Akbar, saya tertunduk malu kerana kealpaan saya terhadapNya.


Oleh itu, menjadikan tugas dan tanggungjawab kita sebagai salah satu ibadah kepadaNya dengan disusuli niat yang ikhlas keranaNya, insyaAllah pelbagai kebaikan akan dikurniakan Allah untuk kita.


Bekerjalah sebagai ibadah, dan bekerjalah dengan ikhlas. Semoga kita tidak lari jauh dariNya. Semoga kita tidak lari dari matlamat, misi dan visi hidup kita. Iaitu hanya untuk bertemu dengan Nya.

3 comments:

SALAM..

WAAHH....SANGAT MENGAGUMKAN..
TAHNIAH DARI SAYA..
MOGA TERUS MENJADI INSAN PENDIDIK YANG AKTIF DAN BERJIWA KENTAL..

SYABAS SEKALI LAGI..
MAJU JQAF..

Alhamdulillah. Anta dah tunjukkan kecemerlangan guru-guru j-QAF. Ada hikmahnya kenapa anta direzekikan untuk berada di bumi johor bukan pahang. Di pahang tak perlula ana ceritakan. Tenaga diperah tapi..... ops sori cikgu kena ikhlas. SYABAS DAN TAHNIAH ANA UCAPKAN.
Amir Izzuddin.

Assalam..

Baru je explore blok ustaz...Tahniah dgn komitmen yg mantop utk jQAF.Semoga jQaf mampu bertahan berkat keikhlasan dan kerja kuat para guru jQaf semua..
Dengan kecemerlangan tugas yg ust tunjukan mampu memberi inspirasi kpd yg lain utk lebih inovatif dan kratif.
Success!!!

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu