Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Isnin, April 12, 2010

Tahniah kepada calon rentasan praktikum

Agak lama juga saya tidak menulis apa-apa dalam blog ni. Alasan biasa bagi blogger-blogger seperti saya apabila blog tidak dikemaskini dengan sebarang entri terbaru. Sibuk. Ya, memang agak sibuk dan bukan kerana sudah hilang mood atau apa-apa yang seumpama dengannya.

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon rentasan praktikum j-QAF ambilan Januari 2009. Tahniah juga kepada mereka yang telah berjaya menamatkan praktikum mereka walaupun tidak direntas. Jangan putus semangat! Perjuangan bukan hanya terletak kepada sesiapa yang direntas atau tidak, tetapi ianya kepada kejayaan kita mendidik anak-anak murid kita di sekolah sehingga mereka boleh menguasai apa yang diajarkan kepada mereka. Itu lebih penting.

Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat memberi maklum balas atas beberapa email yang saya terima berkenaan panduan rentasan praktikum lantaran masa lapang yang sukar menjelma dalam diari hidup saya seharian. Untuk itu, serba ringkas sedikit panduan yang mungkin boleh membantu adik-adik/sahabat-sahabat dalam menempuh rentasan praktikum dan mungkin juga boleh digunakan bagi mereka yang belum diselia kali terakhir oleh pensyarah dan guru pembimbing masing-masing.

Persiapan Buku Rekod Mengajar
Buku rekod mengajar hendaklah dikemaskini dengan baik. Segala refleksi ditulis bagi setiap kelas yang telah lalu tanpa membiarkan ianya kosong. Tulislah refleksi yang positif dan membina.

Kemaskini Portfolio
Fail portfolio hendaklah yang terkini dan paling mutakhir. Pastikan semuanya disusun kemas dan bersih. Mudah dirujuk dan bahagian-bahagian penting seperti tandatangan hendaklah lengkap. Data-data murid seperti markah ujian dan penilaian mestilah ada di samping contoh-contoh latihan yang pernah diberikan sepanjang tempoh praktikum ada di dalamnya.

Kesediaan Murid
Murid yang dipilih untuk diselia akhir atau rentasan seharusnya bersedia menerima tetamu terakhir untuk tempoh praktikum ini. Nasihat dan tunjuk ajar perlu diberikan kepada mereka agar mereka dapat memberikan kerjasama yang baik sewaktu anda diselia nanti. Jika sesuai, gunakan tajuk yang pernah diajar agar tindak balas mereka lebih positif berbanding kita mengajar tajuk baru yang pasti akan kurang menunjukkan responsif murid itu nanti.

Kesediaan Guru
Guru juga hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau masalah yang berlaku di saat akhir sebelum anda diselia. Kesediaan ini akan menjadikan anda lebih profesional sebagai seorang guru dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Kesediaan Bilik Darjah
Bilik darjah juga mestilah kondusif dan selesa setiap masa. Namun apa yang paling penting adalah bahan-bahan pengajaran yang diajar mestilah ada ditampal di ruangan mata pelajaran di dalam kelas tersebut untuk rujukan murid selepas sesi pembelajaran mereka bersama guru. Ini menjadikan guru sentiasa bersedia membantu murid untuk mereka memahami sesuatu tajuk yang diajarkan kepada mereka.

Penambahbaikan Dalam Tindakan
Kumpul segala teguran dan nasihat yang diperolehi sepanjang tempoh praktikum samada ianya datang dari pensyarah atau guru pembimbing itu sendiri. Kaji dan cuba laksanakan seluruh teguran dan nasihat serta panduan itu dengan baik ketika proses penyeliaan berlangsung. Tunjukkan anda boleh menerima semua teguran dengan positif dan membina.

Wallahuálam...

SELAMAT MAJU JAYA
IKHLAS DARI SAYA

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu