Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Isnin, April 19, 2010

BBM Interaktif B.Arab Tahun 1 (2010 sahaja)


Bahan ini saya perolehi ketika mesyuarat bersama BPK pada tahun lepas (2009). Bahan yang berupa perisian interaktif bagi mata pelajaran bahasa Arab tahun 1 ini sangat baik untuk digunakan bersama murid. Bahan ini sebenarnya dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk kegunaan guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Namun entah di mana silapnya, bahan tersebut masih belum dapat diedarkan kepada guru-guru untuk digunapakai di sekolah sehingga ke hari ini.

Memandangkan transformasi kurikulum bahasa Arab akan berlaku pada tahun hadapan (2011) iaitu KBSR kepada KSSR, maka bahan ini sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan seiring dengan pelaksanaan KSSR itu nanti. Ini kerana banyak perubahan akan berlaku dalam mata pelajaran ini daripada pelbagai aspek seperti mufradaat, íbaraat, dan sebagainya. Maka, amat malang sekali kerana bahan yang telah siap dibina ini akan menjadi sesuatu yang langsung tidak pernah digunapakai di sekolah.
Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif sendiri untuk memuat-naikkannya di sini supaya ia dapat dimuat-turun oleh guru-guru bahasa Arab yang mengajar mata pelajaran ini di tahun 1, dan seterusnya dapat digunakan untuk tempoh lebih kurang 6 bulan sahaja lagi dari sekarang sebelum berakhirnya sesi pembelajaran bagi tahun 2011 ini. Setelah itu, bahan ini sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan dalam transformasi bahasa Arab pada tahun hadapan.
Saya merasa amat rugi dan malang sekali kerana guru-guru praktikum ambilan Januari 2009 baru sahaja menamatkan tempoh praktikum mereka. Seandainya saya bertindak lebih awal untuk memuat-naikkannya di sini, sudah tentu lebih ramai guru-guru praktikum dapat menggunakannya sebagai bahan pengajaran mereka ketika diselia di sekolah. Namun begitu, ada juga di kalangan mereka yang sempat "menyedut" dan menggunakan bahan-bahan p&p termasuk perisian interaktif ini daripada saya pada awal tahun 2010 yang lalu.

Bahan ini merupakan hak kerajaan yang sepatutnya diedarkan secara percuma ke semua sekolah-sekolah kementerian. Oleh itu, saya berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas bahan yang telah dihasilkan ini dengan mengaut keuntungan daripadanya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

SILA KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BAHAN

Arahan Install..

1. Sekiranya anda belum mempunyai perisian WINRAR, sila muat turun perisian tersebut terlebih dahulu dan installkan dalam komputer anda.
2. Sekiranya ada juga belum mempunyai perisian HJSPLIT, sila muat turun perisian tersebut di sini dan simpan di mana-mana bahagian dalam komputer anda (cth : desktop)
2. Muat-turun kesemua fail CD Interaktif.rar.001 hingga ke fail CD Interaktif.rar.017.
3. Setelah memuat-turun kesemua fail di atas, buka perisian HJSPLIT dan pilih menu Join
4. Tekan pada menu Input File dan browse fail yang telah anda muat turun tadi. Pilih fail pertama (CD Interaktif.rar.001).
5. Setelah proses join selesai, satu fail baru CD Interaktif.rar akan terbentuk. Gunakan perisian WINRAR dan extract fail tersebut. Caranya, klik kanan pada fail CD Interaktif tersebut dan pilih menu Extract to CD Interaktif\
6. Satu folder baru akan terbentuk, buka folder tersebut.
7. Klik pada icon Start atau Bahasa Arab, dan anda boleh terus menggunakan perisian interaktif ini.

Selamat Mencuba!

5 comments:

Ada orang tanya saya, "berapa bab yang ada?".

Untuk makluman, bahan ini lengkap dari bab 1 hingga bab 10.

Semoga masih ada kesempatan untuk memanfaatkan bahan ini bersama.

Salam, akhi, kalau di sabah, majoritinya adalah murid kristian, sesuai tak aplikasi ini?syukran

agak bimbang dengan transformasi baru bahasa arab, memandangkan sy perintis di sekolah, perintis juga untuk 5 waktu,harap ianya bersesuaian dengan kaadaan semasa di sabah khususnya di pedalaman yg berbagai latar belakang ini...syukran lg 1x.

Salam.

Tinta Murabbi ;

Bahan ni sesuai utk murid2 non-muslim sptmana asalnya.

Berkenaan transformasi pula sebenarnya ia dirangka utk cadangan 5 waktu seminggu. 2 waktu wajib dalam jadual, dan 3 waktu pilihan di luar jadual. Apa2pun, tunggu kursus akhir tahun ni utk pendedahan lanjut.

Ι'm amazed, I must say. Rarely do I come across a blog that's bоth equally educаtive and enteгtаining, аnԁ withοut а
doubt, уou hаve hit the naіl on thе heаԁ.
Τhe iѕsue is something that tоo
few men аnd wοmen are sрeaking intelligently about.
Noω i'm very happy that I came across this during my hunt for something concerning this.

Here is my web blog CD Kopyalama
Also see my web site: Serigrafi Baskı

Ηі thеrе to аll, thе contents еxisting at thіs wеb sitе
аre in fact аmazіng fоr ρеοрle exρeriеncе, well, keep
up the good ωork fellows.

Feеl free tο surf to my blog: ps3

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu