Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Sabtu, Ogos 29, 2009

Tuntutan Elaun Pakaian Panas

Sejak ramadhan bermula, tiada entri baru yang sempat saya tulis dan kongsikan bersama pembaca. Namun pagi 8 Ramadhan ni, teringin pula nak berkongsi satu isu yang menjadi perbincangan saya bersama beberapa orang guru & pegawai di jabatan pelajaran di beberapa buah negeri berkaitan hal tuntutan elaun baju panas.

Sudah Lebih kurang tiga bulan saya dan peserta-peserta kursus bahasa Arab di Oman selamat kembali dari Oman setelah tamat kursus di sana pada akhir Mei lalu. Namun, banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya masih belum selesai. Selain bahan-bahan kursus yang diperolehi di sana ibarat masih tergantung tanpa penyelarasan dan pemurnian selanjutnya, tuntutan elaun baju panas juga menjadi salah satu urusan yang masih belum selesai dikalangan kami sehingga ke hari ini. Mujurlan tuntutan perjalanan dan harian sudah lama diterima. Alhamdulillah.

Sebelum cuti pertengahan penggal kedua bermula, saya telah diberitahu oleh kerani kewangan di sekolah bahawa borang kewangan 8 saya berkenaan tuntutan elaun baju panas tersebut telah diluluskan di peringkat jabatan. Saya pun menarik nafas lega. Namun pada hari semalam, saya telah dihubungi oleh kerani kewangan yang sama memaklumkan saya perlu menyertakan resit bayaran baju panas tersebut atas arahan pihak tertentu diperingkat daerah.

Hairan! Kenapa elaun pun perlu ada resit? Adakah tuntutan elaun baju panas ini berupa "tuntutan bayaran" (claim) atau pun ianya berupa elaun? Kalau ianya adalah claim, kenapa namanya tuntutan elaun? Dan kalau benar ianya claim, saya juga maklum mesti disertakan resit bayaran dalam tuntutan tersebut. Namun yang dinyatakan di borang ialah tuntutan elaun. Mengapa perlu sertakan resit? Kalau begitu, elaun rumah juga perlu ada resit bayaran rumah. Elaun PPSMI juga perlu ada resit bayaran tusyen guru yang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Bukankah antara sebab elaun PPSMI itu dibayar adalah kerana guru PPSMI perlu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris? Hairan!?

Setelah saya persoalkan kepada kerani kewangan sekolah saya tu tentang kewajaran resit tersebut, beliau hanya berkata, "ikutkan ajelah ustad! Pergilah cari mana-mana kedai yang boleh buatkan resit baju panas tu".

Masalah nak cari resit tak susah pun. Namun tindakannya adakah betul mengikut prosedur? Setelah saya bertanyakan kepada Ustaz Ahmad Lutfi (Penolong Pengarah j-QAF Jabatan Pelajaran Negeri Perak) yang sama-sama bersama saya ke Oman dulu tentang kewajaran resit tersebut, beliau juga menyatakan bahawa tidak perlu menyediakan resit berkenaan. See?

Seterusnya, untuk menjadikannya lebih berfakta, saya pun mencari pekeliling JPA berkenaan prosedur permohonan tuntutan elaun baju panas di internet. Nah! memang terang lagi bersuluh. Prosedur yang dinyatakan dalam muka surat 6 pekeliling tersebut tidak menyatakan resit bayaran baju pans perlu disertakan. Apa yang perlu untuk melayakkan permohonan ini adalah cukup dengan surat tawaran ke luar negeri dan borang permohonan elaun tersebut.

Untuk melihat pekeliling berkenaan tuntutan elaun baju panas ini, anda boleh layari di alamat sesawang berikut ;

Read More......

Rabu, Ogos 19, 2009

1 Majlis, 2 Sempena.

18 Ogos 2009, Selasa.
Satu majlis bersejarah telah diadakan dengan dua sempenanya di SK Taman Suria semalam. Majlis yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang itu adalah bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan 2009 dan sekaligus meraikan konvokesyen puan guru besar (Puan Yos Fatimah binti Selamat) yang telah diadakan di UTM, Skudai sehari sebelumnya (17 Ogos 2009).

Dikesempatan dan ruangan yang ada ini, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada jawatankuasa majlis sambutan bulan kemerdekaan tersebut yang telah berjaya melaksanakan majlis dengan penuh dramatik dan gilang gemilang. Begitu juga ucapan tahniah diucapkan istimewa untuk Puan Yos Fatimah binti Selamat, Guru Besar SK Taman Suria, yang telah berjaya menamatkan pengajian ijazahnya di Universiti Teknologi Malaysia UTM, Kampus Skudai sebelum ini.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan.

Ketibaan Puan Yos Fatimah


Persembahan Silat Dari Wakil Sekolah, Daerah & Negeri

Lakonan Kemerdekaan Oleh Murid-Murid Tahun 5



Nyanyian Lagu Negaraku.. Penuh Penghayatan...

Doa Kemerdekaan Dibacakan Oleh Ustaz Rafiq Ngadiman

Penyelaras Majlis, Puan Zuraini Awang

Ucapan Dan Amanat Puan Yos Fatimah

Kompang Perasmian

Perasmian Kemerdekaan Yang Mengejutkan

Melepaskan Burung Tekukur Sewaktu Perasmian

Nyanyian Lagu Patriotik







Candid : Khusyuk betul 'kawan' ni mengambil gambar... :)
(jangan marah ye tuan punya badan!)

Read More......

Sabtu, Ogos 15, 2009

Majlis Solat Hajat UPSR

13 Ogos 2009, Khamis.
Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Solat Hajat UPSR 2009 yang bertempat di dewan terbuka (foyer bangunan baru sekolah) bagi murid-murid UPSR sekolah ini. Seawal jam 6 petang lagi telah ramai ibu bapa dan penjaga murid yang hadir untuk bersama-sama menyertai majlis yang penuh barakah ini.
Majlis dimulai dengan tasbih dan zikir kifarah, solat Maghrib berjamaah, bacaan surah Yaasin dan tahlil, tazkirah, solat Isyak berjamaah dan solat hajat. Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Subhan (salah seorang bapa kepada murid tahun 6) sebagai ustaz jemputan dan penceramah. Mudah-mudahan segala hajat yang telah dihimpun dan dipohonkan ke hadrat Allah SWT diterima dan dimakbulkan Allah. Semoga amalan ini juga diredhai dan diberkati olehNya.





Read More......

Rabu, Ogos 12, 2009

Kursus Mentoring utk Guru Pembimbing j-QAF

11 Ogos 2009
Dewan MPC, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Oleh kerana di sekolah saya terdapat seorang guru j-QAF bahasa Arab (baru) ambilan Januari 2009, maka sudah pasti sayalah orangnya yang patut hadir ke kursus mentoring guru pembimbing j-QAF untuk praktikumnya yang bermula Januari 2010 tahun hadapan. Jika sebelum ini, guru j-QAF baru yang masuk ke sekolah ini adalah dari opsyen Pendidikan Islam, maka saya tidak perlu menyibukkan diri untuk menjadi guru pembimbingnya. Berbanding kali ini, saya terpaksa menjadi pilihan tunggal pihak pentadbiran sekolah untuk dilantik menjadi guru pembimbing bagi Ustaz Rafiq, kerana hanya kami berdua sahaja yang opsyennya bahasa Arab di sekolah ini.


Kursus mentoring yang bermula tepat jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang itu banyak memberi input-input baru selain refreshing maklumat-maklumat penting berkenaan sesi praktikum. Memandangkan ini merupakan kali pertama saya menjadi guru pembimbing, sudah pasti banyak perkara perlu saya ambil perhatian dan menjadikannya sebagai ilmu pembimbing/mentoring yang baik. Saya percaya seperti kata penceramah-penceramah kursus ini yang terdiri dari kalangan pensyarah-pensyarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim bahawa, "seorang mentor yang baik akan menghasilkan bakal mentor yang lebih baik pada masa yang akan datang".

Doa dan harapan saya, mudah-mudahan Ustaz Rafiq dan pelatih-pelatih guru praktikum tahun hadapan akan berjaya dengan cemerlang dalam sesi praktikum yang bakal dihadapi nanti, dan seterusnya bakal menjadi seorang mentor yang lebih baik dari mentor anda disaat anda pula yang menjadi mentor. Saya dan guru-guru pembimbing yang lain juga akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam bimbingan-bimbingan klinikal praktikum itu nanti. Kita akan sama-sama mencungkil bakat-bakat yang terpendam dan menggilapnya menjadi satu aset berharga dalam bidang pendidikan ini. Saya juga akan berkongsi segala pengalaman dan bahan-bahan yang ada untuk memantapkan kaedah p&p sedia ada. Semoga juga sumbangan ini nanti menjadi antara penyumbang dalam pembentukan profesion ini menjadi satu profesion yang lebih profesional, insyaAllah. Amin.

p/s : Maklumat-maklumat kursus mentoring ini akan dimuatkan di sini apabila ianya akan berjalan nanti.




Read More......

Isnin, Ogos 10, 2009

Rekaan murid-murid


Sabtu yang lalu adalah merupakan hari Karnival Kokurikulum bagi sekolah saya SK Taman Suria, Johor Bahru.
Antara acara yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan memasak, membina gajet, mencari harta karun, bantuan kecemasan, mencipta kad ucapan kemerdekaan dan juga pertandingan membina mini replika mercu tanda di Malaysia.

Beberapa unit beruniform dan persatuan telah bertanding di dalam karnival ini iaitu Pengakap, PBSMM, Puteri Islam, Silat, Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan..



Mercu tanda apa ni?



Setelah tamat karnival pada jam 12 tengah hari, kesemua guru-guru yang hadir terus menuju ke rumah salah seorang guru SK Taman Suria iaitu Pn. Fadzilah Abdul Hamid bagi memenuhi undangan majlis perkahwinannya pada hari yang sama di Kg. Melayu, Johor Bahru.

Tahniah diucapkan kepada Pn. Fadzilah,
Selamat Pengantin Baru
Semoga berkekalan sehingga ke Akhirat...

Read More......

Sabtu, Ogos 08, 2009

Hadis Palsu Rejab & Sya'ban - Dr. Asri


(Walaupun Sya'ban semakin meninggalkan kita, namun masih belum terlambat untuk saya berkongsi artikel Dr. Asri Zainul Abidin berkenaan hadis-hadis palsu berkenaan bulan Rejab & Sya'ban yang sering menjadi panduan dan ikutan kebanyakan negeri orang Islam di Malaysia terutamanya. Moga-moga seperti katanya, kita tidak tergolong dalam kumpulan yang melakukan pembohongan terhadap nabi yang dijanjikan neraka baginya, Na'uzubillah...)

untuk artikel sebenar Dr. Asri, klik sini, dan antara perenggan yang ingin saya kongsikan...

"Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).

Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

.............................

Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

.............................

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.

Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.

Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.

Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”

Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.

Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.

Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w."

Read More......

Khamis, Ogos 06, 2009

Analisa E-Pelaporan j-QAF Johor Bahru Jun 2009

Kepada semua guru-guru j-QAF di Johor Bahru...
Inilah hasil yang boleh kita sama-sama lihat daripada apa yang telah kita sama-sama usahakan sepanjang 6 bulan pertama tahun ini terhadap kerja kita j-QAF di Johor Bahru. Lihat dan nilaikan sendiri. Tahniah kepada yang bersungguh-sungguh, dan semoga terus maju juga kepada yang masih leka dan lalai. Oktober 2010 semakin menghampiri kita untuk menentukan kejayaan program j-QAF kita ini. Allah pasti senantiasa bersama usaha murni kita ini. Teruskan usaha kita bersama.

CARTA ANALISA EPELAPORAN j-QAF
DAERAH JOHOR BAHRU
JUN 2009
-------------------------------------------------------------








Read More......

Rabu, Ogos 05, 2009

Kursus Pendedahan & Pembelajaran Bahasa Arab SRAB




3 - 5 Ogos 2009,
Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor.

Kursus Pendedahan & Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Negeri Johor, 2009

Jurulatih Utama
1. Ustaz Mohd Nizam bin Noh - Makharijul Huruf
2. Ustaz Nazihar bin Sisak - Sukatan & Huraian Sukatan Bahasa Arab
3. Ustaz Mior Syazril bin Mohamed Sapawi - Penulisan Rancangan Pengajaran Harian
4. Ustazah Maizathul Sazila binti Othman - Penggunakan Buku Teks Bahasa Arab

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk bersama dan berkenalan dengan guru-guru bahasa Arab SRAB yang ramah dan pemurah dengan senyuman. Semoga pertemuan ini bukanlah pertemuan yang pertama dan terakhir. Doa saya juga, agar pertemuan ini akan menjadi titik tolak perjuangan kita bersama dalam memartabatkan bahasa al-Quran dan bahasa Syurga ini.










Read More......

Selasa, Ogos 04, 2009

Tangisan dalam Ketawa


Bagi saya, guru-guru saya dan anak-anak murid kalam jamaie saya, tajuk di atas itulah ungkapan terbaik yang sesuai digambarkan untuk Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2009 ini.

Mungkin ada yang bertanya mengapa? Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Yang pasti entri tentang perkara yang sama telah pun tamat siarannya semalam tanpa menjanjikan siaran ulangannya lagi walau di mana-mana, KECUALI, ianya berulang lagi pada tahun yang akan datang. AWAS! Bagi pengunjung yang sempat membacanya, pasti tahu jawapannya. :)

Apa yang penting, bersama-samalah kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa. Semua manusia melakukan kesilapan dan kesalahan. Belajarlah dari kesilapan dan kesalahan kerana itu adalah guru terbaik untuk kita. Wallahu'alam.

Read More......

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu