Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Selasa, Jun 30, 2009

Ahlan wa Sahlan ila j-QAF ambiln Jun 2009

Ahlan wa Sahlan, wa marhaban bikum... untuk semua pelatih j-QAF ambilan Jun 2009 di seluruh negara, dan khususnya untuk pelatih-pelatih di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim IPTI Johor bahru.


Kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih pada Ustaz Suhaimi (Penyelaras j-QAF ambilan Jun 2009, di IPTI) yang sudi menjemput saya untuk berkongsi dalam menyampaikan taklimat berkenaan "Persediaan Melangkah Ke Sekolah" bagi memenuhi sesi minggu pengurusan pelajar baru di IPTI petang tadi.

Terima kasih saya juga kepada semua pelatih-pelatih j-QAF yang dapat memberikan penumpuan terbaik sewaktu penyampaian saya itu tadi. Semoga apa yang telah saya sampaikan dan kongsikan tadi, dapat dijadikan sedikit panduan sebelum melangkah buat pertama kalinya ke sekolah dengan title seorang guru j-QAF.

Seperti yang telah saya katakan petang tadi, saya diundang hari ini ke IPTI mungkin kerana saya adalah bekas pelatih j-QAF terbaik IPTI untuk kohort 2005 yang merupakan kumpulan j-QAF pertama. Namun, saya tidak akan mengharapkan anda semua menjadi sebaik saya untuk menjadi guru j-QAF terbaik di maktab. Malah apa yang saya harapkan adalah, anda semua bakal dan akan menjadi pelatih j-QAF yang jauh lebih baik daripada saya dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang j-QAF ini.

Walau pelbagai cabaran dan dugaan akan anda hadapi.. ingatlah.. Niat.. Minat.. Itulah kunci kejayaan saya sehingga terpilih sebagai pelatih j-QAF terbaik ketika itu.. Niat yang betul dan ikhlas, akan memandu kita kepada kejayaan dan diberkati Allah. Minat yang kuat dan mendalam, akan membawa kita kepada juhud yang tak berkesudahan untuk terus mencapai kejayaan samada untuk diri kita sendiri, mahupun anak bangsa agama kita sendiri.

Selamat maju jaya...

Read More......

Khamis, Jun 25, 2009

Kursus Pendek Kelolaan IPG - Kaedah Dalam P&P Bahasa Arab untuk guru-guru j-QAF Daerah Johor Bahru


24 & 25 Jun 2009 adalah dua hari saya bersama 49 orang guru-guru j-QAF bahasa Arab daerah Johor Bahru dan Kulai berkursus di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan PLGDP di Bandar Tenggara Kulai. Kursus pendek anjuran IPG ini telah disampaikan sepenuhnya oleh Dr. Noorhayati, pensyarah bahasa Arab dari Institut Perguruan Temenggong Ibrahim IPTI, Johor Bahru.

Kursus yang menekankan aspek teknik pengajaran melalui bahan ICT ini dimulai dengan slot mengenalpasti masalah guru dalam P&P, masalah murid, masalah yang berkaitan dengan sukatan, buku teks dan juga yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar BBM. Namun sedikit kelemahan yang berlaku di sini ialah masalah dan isu-isu yang telah diutarakan oleh peserta hanya tinggal senarai masalah yang dipaparkan di LCD, tanpa perkongsian dan perbincangan bagi mengeluarkan pendapat untuk mengatasinya.

Dr Noorhayati juga telah memberikan pendapatnya berkenaan istilah "BBM" yang kerap kita gunakan di sekolah. Baginya penggunaan istilah BBM (bahan bantu mengajar) tidak sesuai digunakan. Alasan yang diberikan adalah guru tidak perlu kepada bahan bantuan dalam pengajaran kerana guru merupakan insan yang sepatutnya cukup persediaan untuk mengajar dari segi ilmu dan teknik. Sebaliknya murid-murid di kelas yang tidak mempunyai ilmu dan persediaan itulah yang sebenarnya perlukan kepada bahan bantuan untuk mereka belajar di kelas. Oleh itu istilah BBM perlu ditukar kepada istilah BBB iaitu membawa maksud Bahan Bantu Belajar.

Di dalam kursus ini juga, Dr. Noorhayati banyak memaparkan hasil bahan bantu belajar yang telah dihasilkannya melalui perisian Microsoft Power Point. Memang tidak dinafikan bahawa beliau sememangnya mempunyai kepakaran dan idea yang sangat kreatif dalam mencipta bahan-bahan seperti itu. Malangnya bagi kami kerana tidak mendapat keizinannya walau setelah dirayu untuk meng'copy' bahan-bahan yang telah dihasilkannya itu. Walaupun begitu, beberapa teknik telah diajarkan dan dikongsikan kepada kami di dalam bengkel untuk kami menghasilkan sendiri bahan-bahan bantu belajar murid di sekolah seperti yang telah dihasilkannya.


Alangkah seronoknya apabila dapat bertemu rakan-rakan semaktab dulu.
Macam-macam cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama.

Read More......

Selasa, Jun 23, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Ihtifal j-QAF 2009 Peringkat Daerah Johor Bahru

Petang tadi telah berlangsung satu mesyuarat jawatankuasa Ihtifal j-QAF 2009 peringkat daerah Johor Bahru yang dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai setiausaha Panitia Bahasa Arab daerah Johor Bahru, mewakili pengerusinya (iaitu guru besar saya, Pn. Yos Fatimah binti Selamat) yang terpaksa menguruskan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan LDP di sekolah pada petang ini tadi. Mesyuarat yang bertempat di bilik mesyuarat SK Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR1) dihadiri oleh semua jawatankuasa 15 buah sekolah yang terlibat. Kehadiran pegawai-pegawai PPD yang baru iaitu Penolong PPD Johor Bahru Unit Pendidikan Islam (UPI) Ustaz Norzaidi dan pembantunya (Penyelia Agama UPI) Ustazah Norhashimah, menjadikan mesyuarat ini tadi merupakan mesyuarat pertama bagi mereka berdua bersama guru-guru j-QAF Johor Bahru sejak lantikan mereka pada April dan Mei yang lalu.

IHTIFAL j-QAF 2009 satu TRANSFORMASI
Pada tahun ini, Ihtifal j-QAF peringkat daerah Johor Bahru akan mengalami sedikit transformasi apabila ianya akan diadakan dalam bentuk rakaman video bagi menggantikan pertandingan pada peringkat zon.

Memandangkan 91 buah sekolah j-QAF di daerah Johor Bahru akan layak menyertai ihtifal ini, maka cara yang sedemikian (pertandingan melalui rakaman video) difikirkan dapat menyelesaikan masalah kesuntukan masa bagi memilih kumpulan dikir barat dan kalam jamaie yang terbaik sebagai wakil daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri Johor pada 31 Julai ini nanti.

Setiap sekolah akan mendapat surat edaran makluman berkenaan pertandingan ini dalam minggu ini juga. 10 JULAI 2009 adalah merupakan tarikh akhir penghantaran hasil rakaman video persembahan oleh sekolah yang ingin menyertai. Rakaman akan dinilai oleh juri luar yang akan dilantik oleh pihak UPI PPDJB. Hanya 5 kumpulan terbaik dikir barat dan 5 kumpulan terbaik kalam jamaie sahaja yang akan terpilih untuk bertanding secara langsung pada peringkat daerah nanti iaitu pada 25 JULAI 2009 (seminggu sebelum pertandingan peringkat Negeri Johor).

Berikut adalah pelan tindakan panitia BA JB dan UPI PPD JB untuk menjayakan Ihtifal j-QAF Johor Bahru pada tahun ini ;*

23/06/09 - Mesyuarat pertama jawatankuasa
24/06/09 - Surat edaran makluman pertandingan diedarkan
10/07/09 - Tarikh akhir penyerahan rakaman video ke PPD
13/07/09 - Penghakiman oleh juri
15/07/09 - Keputusan diumumkan melalui telefon dan surat
20/07/09 - Mesyuarat kedua jawatankuasa
25/07/09 - Pertandingan peringkat daerah JB
31/07/09 - Pertandingan peringkat Negeri Johor.

*tertakluk pada perubahan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Syarat-syarat dan undang-undang pertandingan ini masih terpakai sepertimana yang telah digunakan pada tahun-tahun lepas. (Sila rujuk panduan Ihtifal j-QAF).

Namun begitu, untuk transformasi yang berlaku dalam ihtifal pada tahun ini di peringkat daerah Johor Bahru, sedikit syarat tambahan telah dipersetujui, iaitu;

1. Rakaman mestilah jelas dengan menggunakan perakam gambar yang bersesuaian seperti camera digital atau sebagainya. (Rakaman melalui telefon bimbit yang kabur atau tersekat-sekat dan suara yang tidak jelas akan ditolak)

2. Rakaman boleh disediakan dalam apa juga jenis perisian seperti mpeg, avi, dvd atau sebagainya.

3. Rakaman persembahan boleh dipotong dan disambung-sambung, tetapi hendaklah lengkap dari mula hingga akhir.

4. Sila sertakan senarai lengkap nama peserta dan lirik/skrip persembahan dalam format Microsoft Word di dalam CD yang hendak dihantar ke PPD.

5. Rakaman yang hendak dihantar mestilah dimasukkan dalam CD yang bertulis nama sekolah, nama guru dan nombor telefon guru.

6. Rakaman mestilah sampai ke PPD sebelum atau pada 10 Julai 2009.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi ;
Ustaz Norzaidi PPDJB
Ustazah Hashimah PPDJB
Ustaz Mior Syazril SK Taman Suria
Ustazah Maizathul Sazila SK TAR1

Read More......

Ahad, Jun 21, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform SK Taman Suria

19 - 21 Jun 2009 merupakan hari perkhemahan unit beruniform bagi peringkat sekolah saya aitu Sekolah Kebangsaan Taman Suria, JB. Perkhemahan pada kali ini bertempat di Pusat Kokurikulum JPN Johor yang lengkap, menarik dan selesa dengan pelbagai kemudahan yang tersedia. Perkhemahan kali ini juga melibatkan seramai 101 orang murid serta semua guru SKTS yang telah memberikan kerjasama mereka sepanjang program ini sekaligus menjadikan perkhemahan ini begitu seronok dan bermakna. Banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti flying fox, repelling, merentas desa, berenang dan berkayak serta pelbagai pertandingan dan acara lain yang menarik lagi. Kesemua murid dan guru sangat gembira menyertai program ini. Semoga ianya akan diadakan lagi pada tahun hadapan.











Read More......

Selasa, Jun 09, 2009

Penangan kembali dari Oman...

Mesyuarat Penyediaan Laporan Pasca Kurus Bahasa Arab di Oman
2-4 Jun 2009
Hotel Naza, Melaka

Dah seminggu pun mesyuarat tu berlalu, namun kisahnya baru hendak ditulis. Begitulah penangan balik dari Oman...

Ada beberapa perkara yang menyebabkan blog ini tidak dikemaskini sekembali saya dari Oman. Antaranya ;

Penangan Rindu
Siapa yang tidak rindu pada yang tersayang setelah genap sebulan meninggalkannya bersama anak-anak penghibur hati. Kesemua 26 peserta kursus Oman tidak dapat lagi sembunyikan rasa rindu masing-masing sejak kami di Oman lagi. Dek rindu dendam inilah yang menyebabkan saya membiarkan sahaja blog ini tidak dikemaskini seperti kebiasaan.


Penangan Bil Telefon & Broadband!
Memang tidak terkejut bila bil bulan lepas mencecah lebih lapan ratus ringgit. Biasalah bila perkhidmatan roaming sentiasa digunakan selama berada di Oman. Lebih memeranjatkan apabila baru-baru ni unbilled amount diperiksa menunjukkan bil bulan ini akan mencecah lebih seribu ringgit (tidak termasuk bil bulan lepas). Fuh!... Hampir dua ribu bil (untuk 2 talian telefon dan broadband). Akhirnya talian terpaksa disekat oleh pembekal kerana telah melebihi had kredit RM1250. Terpaksalah pula saya menjelaskan hampir seribu ringgit untuk membolehkan kedua-dua talian telefon saya dan isteri serta broadband di rumah dapat berfungsi seperti biasa. Jangan terkejut kerana ini bukan kali pertama saya menerima bil telefon lebih dari seribu ringgit. :) Tapi semuanya selesai samada dengan perbincangan dan diskaun dari pihak pembekal atau saya terpaksa melunaskan bil tersebut tanpa sebarang diskaun. (Kita cerita lain lah..)

Penangan Kerja
Sejak balik, dirasakan kerja tak akan habis. Di sekolah sudah pasti, terfikir pula perancangan-perancangan aktiviti peringkat daerah yang telah diatur sebelum ke Oman. Semuanya perlu difikirkan kembali. Ditambah lagi dengan mesyuarat tindakan susulan sekembali dari Oman. Fuh!... Di sini perlunya pengurusan masa yang baik. Masalah kecil yang mengganggu pengurusan masa saya... menyesuaikan mata dengan masa di Malaysia setelah sebulan di Timur Tengah. 

Dalam mesyuarat di Melaka baru-baru ini, kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk bermesyuarat bagi membincangkan laporan-laporan dan tindakan susulan agar bahan-bahan mentah yang kami bawa balik dari Oman itu dapat dimanfaatkan oleh semua murid dan guru bahasa Arab di seluruh negara. Mungkin pertemuan demi pertemuan akan berlaku setiap bulan bagi kesemua peserta kursus Oman bermula dari bulan ini di beberapa tempat yang berbeza.

Apapun mesyuarat tersebut sebenarnya tidak pun disangka akan berlaku dalam waktu yang singkat setelah kami kembali dari Oman. Walaupun terdapat sedikit tekanan, namun pertemuan dengan JU-JU yang sama-sama ke Oman dulu telah membuatkan hati kami betul-betul gembira.

Sesi mesyuarat hari kedua pada sebelah petang dibatalkan oleh penganjur untuk memberi peluang kepada semua peserta menikmati keindahan dan keunikan Banda Hilir Melaka.


Hasil perbincangan pihak penganjur mesyuarat dan hotel, makan malam hari kedua berpindah dari hotel ke Restoran Terapung di Umbai.  Kesemua peserta seronok menjamah ikan bakar Umbai.

Read More......

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu