Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Sabtu, Mei 30, 2009

Lambaian Tanah Suci...

18 - 26 Mei 2009
Ziarah & Umrah

Alhamdulillah.. saya merasa amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan sebagai tetamu Allah di tanah suci ini buat kali yang kedua.
Keshahduan, kepiluan tak terkata tatkala dapat kembali menjejaki ke tanah suci ini.
Terasa keinsafan penuh dalam hati... Insan berdosa ini masih diberi peluang lagi untuk menjadi tetamuNYA di sini.
Semoga akan ada kali yang berikutnya selepas ini... Amin.

Beberapa keping gambar kenangan...

















Alhamdulillah... Deligas kursus guru-guru bahasa Arab di Oman telah selamat kembali ke tanah air pada 18, 23 dan 26 MEI yang lalu. Kesemua 25 peserta selamat pulang dalam tiga peringkat kecuali seorang peserta (pensyarah IPDA) yang masih berada di tanah suci. 

Ust. Ali bin Ahmad (JU BA Perak) telah pulang sejurus tamat kursus pada 18 mei berikutan isterinya yang akan melahirkan zuriat ke7 nya pada tarikh tersebut. Diikuti dengan kumpulan kedua seramai 12 orang peserta yang sampai ke tanah air pada 23 Mei dan 12 orang peserta berikutnya (termasuk saya) pada 26 Mei. Berbaki seorang yang masih terus mengerjakan umrah di tanah suci dan dijangka pulang pada 2 Jun ini.

Read More......

Isnin, Mei 18, 2009

Travelog Oman - episod 29 : Malam yang sayu...




17 MEI 2009 (AHAD)
SAFEER CONTINENTAL HOTEL

Malam ini merupakan malam yang sedih dan sayu bagi semua peserta kursus bahasa Arab di Oman ini. Manakan tidak kerana malam ini merupakan malam terakhir kami semua di Oman,bilad yang sungguh aman, tenang dan asyik.

Masa berlalu begitu pantas. 24 hari berlalu tanpa disedari. Tiba-tiba kami sudah berada hari terakhir kami di sini. Saya terasa bagai satu kejutan apabila akhirnya saya sudah tiba ke hari terakhir kursus ini.

Setelah tamat kursus pada jam 2.30 petang tadi, saya bersama Azizi (wakil Kedah) menaiki teksi ke pasar Mutrah untuk mencari beberapa barang yang dirasakan perlu dibeli sebelum pulang. Sampai ke hotel lebih kurang jam 5 petang, terus berkemas barang-barang. Jam 7.30 malam kami sudah bersiap sedia di dewan hotel untuk upacara penutupan rasmi kursus ini. Timbalan menteri pelajaran telah hadir untuk bersama-sama kami dalam majlis ini.

Setelah ucapan diberi, kami dianugerahkan sijil tamat kursus bersama cenderamata yang amat berharga buat kami, yang tak mampu kami beli di sini. Seterusnya jamuan makan dan diakhiri dengan acara bersalam-salaman dan berpelukan dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kami selama 25 hari berkursus di sini. Terasa alur kecil akan keluar di celah mata sekiranya pelukan erat ustaz-ustaz dan doktor-doktor itu semakin lama dengan ucapan-ucapan yang amat menyentuh perasaan... 

Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya kami bersama mereka di bumi bertuah ini...
Semoga ini bukanlah pertemuan pertama dan terakhir...







Read More......

Sabtu, Mei 16, 2009

Selamat Hari Guru dari Oman

Read More......

Travelog Oman - episod 28 : Hari berbaki

Ramai sahabat yang menegur saya kerana episod "menghitung hari" begitu lama terletak di topik teratas dalam blog ini. Bererti saya tidak langsung memasukan entri baru selepasnya. Kata saya, "biarlah duk hitung hari.. memang dah tak sampai 3 hari pun sahaja lagi kami semua akan meninggalkan bumi bertuah ini".

Kesempitan masa, penat, "tak de mood" (yang menjadi persoalan), dan berbagai-bagai sebab lain lagi telah menjadi punca saya tidak meng'update' blog ini untuk tempoh seminggu. Dari trafik blog yang ada dalam blog ini, saya dapati sahabat-sahabat dan pengunjung tidak putus-putus keluar masuk ke blog ini untuk mengetahui dan membaca berita-berita terkini dari bumi Oman ini. Maafkan saya kerana keterlewatan ini.

Untuk makluman, kami akan menamatkan tempoh kursus ini awal dua hari dari yang telah dijadualkan iaitu pada 18hb berbanding 20hb sebelum ini. Ini semua adalah berpunca dari beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan berkenaan visa umrah kami yang akan tamat tempoh pada 20hb. Beberapa usaha telah dilakukan untuk menyelesaikannya tetapi menemui jalan buntu. Akhirnya kata sepakat telah diperolehi dari semua pihak untuk mengawalkan tarikh tamat kursus dan sekaligus keberangkatan kami ke umrah akan menjadi lebih awal dan lebih lama tempoh di sana dari yang telah dijadualkan sejak awal-awal lagi.

Berkenaan kursus, semuanya sudah berada di peringkat rumusan dan laporan. Semua modul dan gerak kerja sudah dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. InsyaAllah, kita akan bertemu di tanah air nanti dengan pembentangan hasil kursus dan modul-modul yang telah dihasilkan sepanjang kami berkursus di sini.

Berbaki dua hingga tiga hari saja lagi. Terasa sayu dan pilu kerana akhirnya masa itu akan tiba juga. Pasti kami semua akan merindui ketenangan Oman ini. Uhuhuhu...

14 MEI 2009 (Khamis)
Rehlah..

Tengok gambar jelah ye... Lain kali cerita... :)
















Apa agaknya yang menarik dalam gambar ini ya? 

Read More......

Sabtu, Mei 09, 2009

Travelog Oman - episod 27 : Menghitung Hari

08 MEI 2009 - JUMAAT
Jame' Sultan Qabus

Hari ini merupakan hari yang pertama, minggu yang ke3 saya dan rakan-rakan yang lain berada di bumi Muscat ini. Terasa masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar kami hanya tinggal kurang dari 12 hari saja lagi untuk menyelesaikan misi kami di sini. 13 hari telah berlalu dan banyak maklumat yang telah diperolehi sedang dikemaskini untuk dibawa pulang.

Dalam masa yang sama, kerinduan terhadap keluarga tersayang tidak dapat digambarkan lagi. Lebih-lebih kepada yang tersayang. Ramai yang sudah hampir hilang arah apabila setiap kata-kata yang keluar akan menjurus kepada luahan kerinduan kepada yang tersayang, samada secara langsung atau berjenaka. Ada peserta yang pada mulanya nampak diam dan tidak pandai berlawak, tetapi sejak kebelakangan ini sudah mula berubah sikap dan tutur kata. Usik mengusik sudah menjadi mainan gelak tawa kami sekarang ini.

Hari ini saya dan beberapa orang peserta yang lain menunaikan solat Jumaat di Jame' Sultan Qabus iaitu masjid terbesar dan tercantik di Oman. Senibina yang sangat cantik dan mewah membuatkan siapa yang melihatnya pasti terpegun.











Pada sebelah petang, saya tidak melepaskan peluang untuk keluar bersama rakan-rakan peserta yang lain untuk ke Suoq Mutrah (Pasar Mutrah). Tempat ini pernah kami kunjungi pada awal kedatangan kami ke sini dulu, tetapi pada waktu malam.

Ramai dikalangan kami termasuk saya baru hendak mula membeli barang-barang kenangan dan hadiah kepada yang tersayang untuk dibawa pulang nanti. Tawar menawar itu sudah pasti, untuk mendapatkan barang-barang yang dikehendaki dengan harga yang paling rendah. 





Read More......

Jumaat, Mei 08, 2009

Travelog Oman - episod 26 : Pendalaman

07 MEI 2009 (khamis)

Hari ini merupakan ibarat hari sabtu bagi kita di Malaysia. Cuti hujung minggu kali ini dimanfaatkan dengan memenuhi jadual lawatan yang telah disusun oleh pihak kementerian pelajaran Oman untuk kami.

Kali ini kami akan pergi lebih jauh dari Muscat. Perjalanan mungkin mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Kami akan dibawa ke pendalaman Oman dan tempat-tempat tinggalan sejarah Oman.



Kerana bertolak awal pagi, ramai antara kami yang tidur dahulu dalam bas.
Melawat istana Imam Hasn Jabrin



Senibina yang cantik dan unik




Bas kami memanjat gunung pula untuk naik ke tempat tinggi
sebuah bandar tinggalan sejarah


Mengalas perut, kami diberi kuih tradisional oman.
(bentuk macam dodol, tapi ada kacang fustuk dan ada rasa pelaga)
Seterusnya kami ke Kota Nizwa




Dan bersolat jama' zuhur dan asar di masjid di Kota Nizwa
Seterusnya menuju ke Hotel Golden Tulip untuk santapan makan tengahhari

Penyampaian cenderahati oleh pihak kementerian pelajaran oman kepada ketua deligasi kursus Ust. Mohad Ahir (KS SPI Sarawak)

Read More......

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu