Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Sabtu, Oktober 17, 2009

PKSR Bahasa Arab Tahun 2010

PKSR bahasa Arab sering dipandang remeh oleh kebanyakan guru-guru bahasa Arab itu sendiri khasnya guru-guru bahasa Arab di bawah program j-QAF sejak hampir 5 tahun yang lalu. Ramai yang tidak menyedari bahawa ujian penilaian kendalian sekolah rendah atau lebih dikenali dengan PKSR itu adalah sesuatu yang wajib dan mesti dilaksanakan oleh setiap guru mata pelajaran tersebut.

Memandangkan mata pelajaran bahasa Arab ini merupakan mata pelajaran bahasa asing yang baru diperkenalkan di sekolah rendah, kemahiran asas bahasa tersebut perlu diberi penekanan. Seperti yang sedia maklum, kemahiran mendengar diikuti dengan bertutur, membaca dan menulis adalah empat kemahiran yang perlu sentiasa diperhatikan dan diuji oleh guru mata pelajaran tersebut dari masa ke semasa. Sekiranya PKSR tidak pernah dijalankan melainkan ujian-ujian formatif/peperiksaan yang berbentuk ujian bertulis, maka tidak pernah berlaku jugalah apa-apa penilaian terhadap kemahiran MENDENGAR dan BERTUTUR selain membaca dan menulis yang diuji dalam ujian berbentuk formatif/peperiksaan tersebut.

Alasan pelaksanaannya yang membebankan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita. Rata-rata guru bahasa Arab hatta jurulatih utama (JLU) mata pelajaran ini sendiri pun tidak mampu melaksanakan PKSR seperti yang dituntut di dalam buku panduan pelaksanaan j-QAF oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawapan yang biasa kedengaran adalan kekangan masa dengan jumlah murid yang ramai dalam sesebuah kelas. Sememangnya itulah realiti yang terjadi di sekolah. Pelaksanaan PKSR yang tercatat di dalam buku panduan tersebut hanya indah pada teorinya sahaja. Pelaksanaannya tidak pernah menjadi realiti yang menepati panduan tersebut oleh ramai guru-guru bahasa Arab j-QAF di seluruh Malaysia.

Banyak percubaan daripada JLU-JLU dan ahli pemikir akedemik untuk menyelesaikan masalah pelaksanaan PKSR ini. Negeri Johor juga tidak terkecuali dengan percubaan berbentuk alternatif bagi melaksanakan PKSR ini dengan telus dan berkesan. Namun masih terdapat banyak lagi kelemahan dan kekosongan yang masih tidak dapat dielakkan dari melaksanakan PKSR ini dengan telus dan berkesan.

Satu jawatankuasa PKSR Bahasa Arab j-QAF peringkat kebangsaan telah dibentuk di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya juga telah dilantik menjadi setiausahanya. 20hb Oktober ini satu lagi mesyuarat akan diadakan di Kuala Lumpur selama 3 hari bersama BPK, bagi menyambung lagi perbincangan berkenaan pelaksanaan PKSR ini. Namun sebenarnya sejak Julai yang lalu lagi saya dan beberapa orang JLU dan pensyarah yang berkenaan telah dipanggil bermesyuarat di BPK untuk mengubah dasar pelaksanaan PKSR ini. Beberapa siri pertemuan dan mesyuarat telah diadakan untuk mendapat kata putus bagi menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, setakat ini satu kata putus diperingkat jawatankuasa kecil telah pun disepakati seperti berikut bagi tujuan pelaksanaan PKSR tahun 2010 ;

- PKSR dijalankan hanya 4 kali setahun sahaja.
+ MAC - PKSR 1 (bab 1 - 3)
+ MEI - PKSR 2 (bab 4 & 5)
+ JULAI - PKSR 3 (bab 6 & 7)
+ OKTOBER - PKSR 4 (bab 8 - 10)

- Setiap PKSR mengandungi 50 markah
- Markah PKSR 1 dan 2 akan dicampur untuk mendapatkan 100% markah dan seterusnya menjadi markah peperiksaan pertengahan tahun. Begitu juga dengan markah PKSR 3 & 4 akan dicampur dan akan menjadi markah peperiksaan akhir tahun.

- Setiap PKSR mengandungi 2 kertas
+ Kertas 1 - ujian lisan (20 markah)
+ Kertas 2 - ujian penulisan (30 markah)

- Ujian lisan menguji kemahiran ;
+ mendengar
+ bertutur
+ membaca
- Manakala ujian penulisan pula mengandungi ujian kemahiran ;
+ membaca
+ dan menulis sahaja.

Mudah-mudahan dengan perubahan yang berlaku ini akan membolehkan ujian PKSR bahasa Arab ini menjadi satu ujian yang telus dari segi pemarkahan dan apa yang penting memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid-murid di sekolah terhadap mata pelajaran ini dari masa ke semasa.

p/s : Apapun untuk akhir tahun ni, kita kena selesaikan dahulu ujian PKSR cara lama. Tahap 1, gunakan markah PKSR bulan 6 - 10 untuk dijadikan markah peperiksaan akhir tahun dan ditulis dalam buku rekod pelaporan pencapaian murid sebagai makluman ibu bapa. Manakala tahap 2, gunakan kertas soalan PKSR yang dibekalkan oleh BPI bagi tahun 4 dan BPK bagi tahun 5 seperti yang terdapat di dalam cd e-Pelaporan 2009 yang lalu. Selamat menjalankan tugas!

5 comments:

info yang bagus... itu lah yg sedang diwar warkan dalam kursus pemntapan selangor... road show :)

semoga penilaian yg dibuat akan memberi hasil yg baik...

sama2 kita laksanakan tugas dan amanah nih... :)

sybas kepada pasukan thinktank yang bertungkus lumus nak updated PKSR tuh.

Kami kat Selangor, sentiasa di update oleh Ustaz Zubaidi yg turut sama dalam pasukan (team) tersebut...

Tahniah dan syabas

Mabruk syeikh,
Bagi saya, PKSR 2010 tu lebih baik daripada PKSR Kertas 1 dan 2 Tahun 4-5 sekarang ni, dan ia sudah tentu JAUH LEBIH BAIK dari PKSR 'fesyen lama' dalam Buku Panduan j-QAF tu.. hehe

Alhamdulillah...banyak usaha telah dilakukan bagi memantapkan lagi PKSR bahasa Arab untuk tahun 2010. tahniah diucapkan..
andai tidak menjadi kesalahan ingin saya memberikan sedikit pendapat iaitu seandainya boleh...Ujian Lisan bahasa Arab dilaksanakan sepertimana PLBS yang telah dijalankan untuk bahasa Melayu, Inggeris dan Pendidikan Islam. Ini kerana ianya dapat mengelak kekeliruan dikalangan guru bahasa arab untuk menjalankan atau melaksanakan ujian lisan tersebut dan bertujuan untuk mengelak dari alasan kekangan masa.

shukran kepada abu muaz, nazri & hairi atas respon yg diberikan..

Alhamdulillah.. konsep PKSR yg terbaru telah siap dibentuk dan akan dibentangkan dalam mesyuarat kurikulum peringkat kebangsaan di BPK . Setelah mendapat respon daripada ahli mesyuarat kurikulum tersebut, barulah ianya akan dirintis oleh beberapa buah sekolah di setiap negeri sebelum ianya dapat dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah j-QAF bermula tahun 2011. Mudah-mudahan konsep PKSR kali ini lebih baik untuk murid dan guru di sekolah..

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu