Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Khamis, September 10, 2009

Kepantasan saya menaip..

Sebelum ini saya tidak pernah tahu dan tidak pernah menguji kepantasan saya menaip. Biarpun sejak selepas tingkatan 5 lagi saya sudah ada sijil menaip, namun sijil itu dianugerahkan ketika saya hanya berkemahiran menaip menggunakan dua jari sahaja.

Kemahiran menaip menggunakan sepuluh jari (tanpa melihat papan kekunci) yang Allah kurniakan ini saya perolehi ketika saya menjadi pelajar persendirian di Jordan. Akibat sering ketiadaan wang belanja, saya selalu mengambil upah menaip assignment dan tesis bahasa Arab kawan-kawan. Beratus-ratus assignment dan graduation thesis dan beberapa masters thesis yang telah saya taip selama beberapa tahun saya belajar di sana. Ada yang masih dalam simpanan dan banyak juga yang telah luput dalam cd-cd yang telah rosak dan tidak boleh dibuka lagi. Kepayahan saya ketika itu telah mengurniakan saya satu kemahiran yang bukan semua orang dengan mudah memperolehinya. Alhamdulillah..

Hari ini saya telah terjumpa satu aplikasi internet yang boleh menguji kepantasan kita menaip dalam satu laman blog j-QAF iaitu

Blog j-QAF SK Sungai Rengit Pengerang Johor, dan inilah hasil keputusan ujian tersebut.

76 perkataan

Speed test





Haza min fadhli rabbi...

Jom uji kepantasan kita menaip.. :)

5 comments:

saya pun boleh menaip kepantasan 100 wpm..sbb saya dah ada diploma menaip sejak taun 2000 heheheh nak challenge ke?

wah! hebat tu.. takut la nak lawan org hebat mcm anda.. hehehe.. Tahniah!

lajunya menaip.... perggghhhh

pergh.. memang laju laju laju!

senang je nak blajar, mula2 taip asdf jkl; taip je benda yg sama sampai mahir...insyallah boleh la menaip 10 jari dengan lancar hehhehehe

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu