Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Rabu, Ogos 12, 2009

Kursus Mentoring utk Guru Pembimbing j-QAF

11 Ogos 2009
Dewan MPC, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Oleh kerana di sekolah saya terdapat seorang guru j-QAF bahasa Arab (baru) ambilan Januari 2009, maka sudah pasti sayalah orangnya yang patut hadir ke kursus mentoring guru pembimbing j-QAF untuk praktikumnya yang bermula Januari 2010 tahun hadapan. Jika sebelum ini, guru j-QAF baru yang masuk ke sekolah ini adalah dari opsyen Pendidikan Islam, maka saya tidak perlu menyibukkan diri untuk menjadi guru pembimbingnya. Berbanding kali ini, saya terpaksa menjadi pilihan tunggal pihak pentadbiran sekolah untuk dilantik menjadi guru pembimbing bagi Ustaz Rafiq, kerana hanya kami berdua sahaja yang opsyennya bahasa Arab di sekolah ini.


Kursus mentoring yang bermula tepat jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang itu banyak memberi input-input baru selain refreshing maklumat-maklumat penting berkenaan sesi praktikum. Memandangkan ini merupakan kali pertama saya menjadi guru pembimbing, sudah pasti banyak perkara perlu saya ambil perhatian dan menjadikannya sebagai ilmu pembimbing/mentoring yang baik. Saya percaya seperti kata penceramah-penceramah kursus ini yang terdiri dari kalangan pensyarah-pensyarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim bahawa, "seorang mentor yang baik akan menghasilkan bakal mentor yang lebih baik pada masa yang akan datang".

Doa dan harapan saya, mudah-mudahan Ustaz Rafiq dan pelatih-pelatih guru praktikum tahun hadapan akan berjaya dengan cemerlang dalam sesi praktikum yang bakal dihadapi nanti, dan seterusnya bakal menjadi seorang mentor yang lebih baik dari mentor anda disaat anda pula yang menjadi mentor. Saya dan guru-guru pembimbing yang lain juga akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam bimbingan-bimbingan klinikal praktikum itu nanti. Kita akan sama-sama mencungkil bakat-bakat yang terpendam dan menggilapnya menjadi satu aset berharga dalam bidang pendidikan ini. Saya juga akan berkongsi segala pengalaman dan bahan-bahan yang ada untuk memantapkan kaedah p&p sedia ada. Semoga juga sumbangan ini nanti menjadi antara penyumbang dalam pembentukan profesion ini menjadi satu profesion yang lebih profesional, insyaAllah. Amin.

p/s : Maklumat-maklumat kursus mentoring ini akan dimuatkan di sini apabila ianya akan berjalan nanti.




1 comments:

missouri auto insurance Heya i got to your site by mistake when i was searching bing for something off topic here but i do have say your site is really helpful, like the theme and the content on here…so thanks for me procrastinating from my previous task, lol Erica , texas auto insurance

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu