Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Isnin, Julai 20, 2009

Ulasan Jemaah Hakim





18 Julai 2009 (Sabtu) saya telah diundang menjadi pengerusi jemaah hakim di Karnival j-QAF peringkat Daerah Pasir Gudang dalam pertandingan dikir barat bahasa Arab dan kalam jamaie.

dikesempatan dan ruang yang ada, saya ingin mengulangi kembali dan berkongsi beberapa ulasan para jemaah hakim tentang persembahan yang telah dilakukan oleh peserta-peserta dari sekolah yang bertanding. Mudah-mudahan ulasan ini boleh dijadikan panduan dalam membuat persediaan bagi kumpulan yang akan bertanding di peringkat Negeri Johor pada 31 dan 1 haribulan yang akan datang ini.

Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab
Secara keseluruhan kesemua kumpulan telah mempamirkan persembahan yang membanggakan. Namun masih banyak yang boleh diperbaiki lagi.

1. Kebanyakan peserta tidak menunjukkan persembahan yang meyakinkan. Memek muka yang tidak ceria, asyik memandang gerak tari rakan di sebelah dan mulut yang sentiasa mengira langkah-langkah gerak tari dikir barat tersebut. Seharusnya perkara-perkara ini tidak perlu dilakukan. Peserta (awak-awak) perlu menunjukkan reaksi muka yang meyakinkan, tersenyum dan membuka suara bagi menghasilkan suara awak-awak yang lebih jelas dan bersemangat.

2. Masih terdapat kumpulan yang tidak mempersembahkan gaya tari tersendiri ketika bergerak masuk ke tengah pentas. Sebaik-baiknya persembahan dimulakan dengan menarik perhatian semua bermula daripada pemain-pemain alat muzik masuk ke tengah pentas sehinggalah pergerakan masuk peserta awak-awak selepasnya. Semuanya mestilah teratur, menarik dan memukau pandangan pertama para juri dan penonton.

3. Pakaian peserta mestilah selesa untuk membuat persembahan. Terdapat peserta dikir barat yang nampak tidak selesa dengan pakaian yang dikenakan apabila ianya terlalu longgar atau ketat sehingga mengganggu kelancaran gerakan dan mencacatkan persembahan.

4. Kebanyakan lagu yang dipersembahkan tidak mempunyai variasi dan agak melompat-lompat dari satu lagu ke satu lagu. Terdapat juga persembahan lagu yang tidak mengikut rentak dan tempo selain lagu yang tidak sesuai dijadikan lagu dikir barat.

5. Suara solo mestilah yang mempunyai lenggok dan burdah yang baik. Tidak terlalu mendatar dan bersahaja tetapi mestilah mempunyai tarikan yang tersendiri.

6. Penggunaan istilah-istilah atau bunyian suara loghat melayu juga merupakan kesalahan yang akan ditolak markahnya.

Pertandingan Kalam Jamaie
Secara keseluruhan persembahan kalam jamaie telah mempamirkan persembahan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Namun begitu masih terdapat kesalahan-kesalahan besar yang terus diulangi lagi pada tahun ini.

1. Konduktor yang berdiri dihadapan tidak boleh mengeluarkan kata-kata walau sepatah pun ketika persembahan berlangsung. Tugas konduktor hanya memberi isyarat kepada peserta yang lain dengan menggunakan kedua tangannya.

2. Seperti yang semua sedia maklum, pergerakan dalam persembahan kalam jamaie adalah sangat terbatas iaitu dari aras pinggang ke atas. Peserta haruslah memberi tumpuan kepada kalam yang ingin disampaikan sahaja dan bukannya gaya yang amat keterlaluan. Gaya yang tidak dibenarkan adalah seperti menggerakkan kaki atau lutut. Mengangkat tangan sehingga siku lebih tinggi dari aras bahu dan menggayakan tangan pada setiap perkataan yang disampaikan sehingga persembahan lebih kepada gaya daripada ucapan yang ingin disampaikan.

3. Ketiadaan tema atau tajuk juga merupakan satu kesalahan apabila penyampaian melompat-lompat dari satu tajuk ke satu tajuk yang lain.

4. Kesalahan tatabahasa seharusnya diperhatikan sebaiknya oleh para guru sebelum pertandingan berlangsung.


Semoga peserta-peserta yang menang dan akan mewakili Daerah Pasir Gudang ke peringkat Negeri Johor pada minggu hadapan dapat memperbaiki kesalahan masing-masing dan membuat persediaan dengan lebih mantap. Semoga berjaya.

5 comments:

Salamullahi`alaikum jami`an.
Ulasan yang baik tentang dua pertandingan tersebut. Sememangnya semua perkara yang dicatat adalah lazim berlaku saban tahun. Perkara ini daha lama ana perhatikan semenjak mula pertandingan j-QAF diadakan. Dan ana dah suarakan kepada penyelia kanan PI PPD Kuantan. Akibatnya tak ada kerja dapat kerja. Ana kena buat kertas kerja untuk seminar penghakiman pertandingan j-QAF daerah kuantan. Setakat ni dalam proses pembikinan. Bukannya apa, ana tengok selalu sesama sahabat bertelagah selepas selesai pertandingan. Ada yang tidak puas hati. Secara kasar ana nampak 2 masalah utama. Pertama, jurulatih yang tidak mengikut buku peraturan. Kedua, hakim yang kadang-kadang tidak arif dalam penghakiman. Sebagai contoh cara meletak markah pemula. Ada kes yang meletakkan marakah pemulanya 24/25. Terkejut juga nengoknya. Tapi nak komen sahabat sendiri.
Satu kes lain tentang kefahaman apakah yang dimaksudkan dengan dikir barat. Setakat yang ana faham dikir barat memerlukan tok juara dan tukang karut. Tetapi dalam pemarkahan, tiada markah untuk tukang karut. Dan terjadi sekolah yang tiada tukang karut menjadi johan. Lalu sekolah yang betul-betul mengikut kaedah dikir barat melenting.
Ada juga kes dalam kalam jamai yang ketua hakimnya meletakkan markah untuk pakaian. Jadi sekolah yang tidak bersedia dalam hal tersebut merasa terkejut. Dalam kes ini ana rasa kita masih belum ada satu ketetapan khusus. Kalau mengikut choral speaking yang diadakan di peringkat negeri pahang pun, peserta hendaklah berpakaian sekolah tanpa ada satu pun pengenalan sekolah seperti lencana.
Banyak sebenarnya yang perlu diperhalusi lagi tentang pertandingan j-QAF ini. Kaedah menentukan pemulaan masa juga selalu menjadi pertikaian. Bilakah masa mula dikira dalam dikir barat. Ada yang kata gong pertama, ada yang kata bila mula tepuk. Tapi setakat pengalaman ana ketika sekolah ana dipertanggungjawabkan menjadi urusetia penghakiman pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan anjuran AADK 2007 (ana jadi pengerusi majlis), masa dikira selepas habis bertabuh. Oleh itu apa yang dilakukan sebelum bertabuh markah tidak diambil kira.
Seminar ini juga akan mengambil kira karnival PI. Di mana guru-guru j-QAF dah diberi tanggungjawab menjadi hakim. Takut nanti buat masalah dalam karnival tu, buruk pula nama guru-guru j-QAF.
Macam melepaskan perasaan la pulak. Terima kasih kerana sudi baca hehehe. Anyway PPD kuantan dah bagi tanggungjawab kenala ana buat. Harap-harap lepas ni tak adala lagi yang dok mengadu, USTAZ, APA LAGI KURANGNYA SEKOLAH SAYA. KAN KE DALAM BUKU TULIS CAMNI CAMTU. KENAPA HAKIM BUAT LAIN LAK?
Ok, ma`as salamah.
Untuk mior, tak pohon HLP ke? Ramai sahabat jordan dok pohon HLP. Kalau sudi joinla albayt9499groups.
Amir Izzuddin.

best cadangan ustaz tuh... memang perlu sangat buat seminar penghakiman tuh, kalau boleh biar hakim betul2 jelas dan faham dengan peranan mereka...

kat sini masa post moterm tahun lepas, ada dicadangkan agar dibuat satu kursus penghakiman... namun disebabkan kesuntukan masa, masih belum sempat melaksanakannya...

ke arah yang lebih baik...

Amir Izzuddin..
Wah hebat enta! kagum ana membaca ulasan enta.
Memang tidak dinafikan lagi bahawa terlalu banyak kelemahan dalam proses penghakiman Ihtifal j-QAF dikalangan guru-guru j-QAF sendiri.
Nampaknya enta kena berkongsi pengalaman berharga enta waktu tu untuk kita sama-sama guru j-QAF dapat meningkatkan lagi mutu penghakiman kita dalam ihtifal j-QAF.

Betul tak Hamidi?

Betul...betul...betul....ana pun sgt setuju dgn ape yg tlh sahabat2 sekalian ulaskn.Kita perlu selaraskn semula ketetapan2 yg difikirkn perlu dlm proses penghakiman.Byk sgt mslh yg timbul setiap kali slps pertandingan.Harapan ana agar kita akan terus diberi peluang juga ruang utk berusaha memartabatkn j-QAF tanpa gagal.

salam....ptama kali komen kat sini....ingat kat Mersing je ada kontrovesi....huhu, pepe pun, jom kita cari jalan pyelesaian terbaik...

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu