Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Rabu, Julai 08, 2009

Terpaksa berehat..

Sejak lepas waktu rehat semalam, saya terpaksa pulang ke rumah dan dikuarantin di rumah dan di bilik. Tak boleh bertemu orang lain termasuk anak sendiri. Aduhai..

Mata saya tiba-tiba pedih, digosok-gosok namun ada pula selaput kerak-kerak kuning kehijauan yang melekat pada bulu-bulu mata. Sejak bangun tidur pagi selasa, mata kiri saya terus-terusan gatal dan pedih. Kelopak mata atas dan bawah menjadi bengkak dan merah. Begitu juga dengan mata putih.

Namun memikirkan minggu ini adalah minggu ujian PKSR BA untuk bulan Jun yang telah saya rancang pada minggu lepas, penuh semangat saya bangkit dan hadir juga ke sekolah. Tambahan pula selepas waktu rehat saya sudah tidak ada kelas lagi. Setiap hari Selasa kelas saya berlonggok di sebelah pagi. Padat! Manakala selepas waktu rehat saya cuma ada setengah jam sahaja kelas BA Tahun 5. Selebihnya kosong. Jadi, inilah waktu yang paling sesuai memanggil murid seorang demi seorang untuk menguji kemahiran qira'ah dan kalamnya mengikut soalan PKSR BA Jun yang telah tersedia.

Hari ini juga (Rabu) saya ada banyak masa kosong. Sebelum rehat saya langsung tidak ada kelas. Hanya selepas rehat yang bersusun masanya sehingga ke waktu balik. Maka dari minggu lepas lagi saya juga sudah berangan-angan ingin menggunakan dua hari tersebut untuk melangsaikan semua ujian PKSR BA bulan Jun untuk tahun 3 - 5. Namun apakan daya, semuanya hampa...

Esok (Khamis) insyaAllah saya akan hadir juga ke sekolah untuk menyambung tanggungjawab ini...

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu