Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Selasa, Julai 14, 2009

Perempuan Berkalung Sorban

Setelah membaca entri terbaru Kalam Murabbi berkenaan perkongsiannya tentang cerita Laskar Pelangi yang ditontonnya, saya juga terfikir untuk mengajak pembaca berkongsi pendapat dan pengalaman tentang sebuah filem Indonesia yang baru saya tonton pada hujung minggu lepas.


"Perempuan Berkalung Sorban", itulah judul cerita yang telah saya muat turunnya dari sebuah laman sesawang yang bersepah di alam cyber sebelum dapat saya menontonnya. Filem yang dibintangi oleh pelakon Indonesia yang cukup popular di Malaysia dalam drama bersiri "Bawang Putih Bawang Merah" iaitu Revalina S Temat (Bawang Putih) cukup berkesan dan boleh dipuji.

Kisahnya berkisar tentang sekolah pondok di Pesantren Indonesia. Pemberontakan jiwa seorang wanita (anak pengetua Pesantren) yang rasa terkongkong dengan undang-undang ketat Pesantren mengenai Islam dan cuba mencari kebebasan dengan menongkah arus dan membuat satu perubahan di Pesantren tersebut.

Tak perlu saya mengulas panjang berkenaan cerita tersebut, kerana pelbagai pandangan dari pelbagai sudut boleh diberikan oleh sesiapa (yang pasti berbeda) apabila sedang atau selesai menonton filem yang banyak menggunakan bahasa Arab ketika di Pesantren ini.

Bagi yang berminat untuk menonton filem ini, anda boleh memuat turunnya melalui link-link di bawah.


Arahan ; download kesemua file terlebih dahulu sebelum mengextractnya menggunakan perisian winrar.

Selamat menonton!
p/s : Bagi yang telah menontonnya... anda bebas memberi apa sahaja pendapat anda berkenaan filem ini di sini.

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu