Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Khamis, Julai 16, 2009

Makmal j-QAF Baru

(klik gambar untuk besarkan)

Setelah lebih dari setahun setengah proses pembinaan bangunan baru sekolah setinggi 4 tingkat yang berbentuk "T" dibina, akhirnya yang tinggal kini tarikh penyerahan rasmi bangunan tersebut kepada pihak sekolah. Lebih kurang 90% prosesnya telahpun selesai. Banyak perabut-perabut termasuk penghawa dingin telahpun siap dimasukkan.

Amat bertuah sekali j-QAF sekolah ini kerana mendapat peruntukan kerajaan berupa Makmal j-QAF sebanyak 12 bay yang dibahagi dua. 6 bay pertama (berkarpet merah) terletak di aras 3 bangunan manakala baki lagi 6 bay (berkarpet hijau) terletak di aras 4.

Mengikut perancangan guru-guru j-QAF sekolah ini, aras 3 akan dijadikan bilik j-QAF dan pemulihan jawi, manakala aras 4 pula akan dijadikan makmal bahasa Arab. Dengan adanya bilik ini nanti, kesemua guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF akan berpindah dari bilik guru ke bilik j-QAF ini agar dapat memastikan bilik ini nanti sentiasa bersih, kemas dan berfungsi. Dengan keluasan yang ada, sudah pasti bilik ini akan lebih selesa dan penuh dengan bahan-bahan j-QAF yang selama ini kebanyakkannya terpaksa disimpan di kotak (jika tidak digunakan) kerana masalah ketiadaan ruang untuk dipamirkan.

Dengan adanya kemudahan ini juga nanti, mudah-mudahan j-QAF sekolah ini akan lebih cemerlang dengan pencapaian khatam quran, celik jawi dan mahir bahasa Arab yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

5 comments:

salam ustaz miorjqaf..

waahhh...beruntungnya sekolah tu dapat makmal jqaf ekk..kat sekolah sy ni masih belum ada makmal jqaf, tak tau lah sampai bila nak ada nye ye...

Seronok tgk makmal jqaf tue...sek sy makmal pon takde...brg2 jqaf letak rata tempat tapi insyallah itu semua bukan alasan nak ketepikan amanah Allah mendidik anak bangsa...

Mabruk Syeikh atas bilik jQAF tu. Ada apa-apa lakaran pelan suailetak nak di buat kat dalam bilik tu? Kalau ada nak tgk camna. Kotla boleh dibuat contoh dari yang terbaik kan? Untuk buat makmal bahasa Arab tu memang cadangan yang sangat baik. Tapi keperluan untuk melengkapkan bilik tu dapat mana? JPN sumbangkan? Agaknya makmal jQAF sekolah anta akan dijadikan sebagai benchmark negeri. Kalau ye tahniah dulula yek.
Amir Izzuddin.

to Cik Amy Sensei,
Shukran kathiran.. alhamdulillah.. nanti boleh la mintak idea Cik Amy yang kreatif tu sikit untuk hias bilik tu nanti.. boleh? Macam blog cik amy juga.. ada kos consultant ke? Free je kan..

To Salsabila,
Semoga anda terus jadi guru dan pendidik yang cemerlang. Semoga amalan anda terus diredhai dan diberkati Allah. Amin..

To Bro Amir Izzudin,
Terima kasih menjenguk ke sini..
Setakat ni, kami masih dalam proses berbincang lagi nak buat macammana 2 bilik tu nanti. Sebab besar sangat.. macam2 benda nak buat. Tapi nak kena tengok kos la juga. Setakat ni semua kena guna duit sendiri. Mujurlah bendahari j-QAF kami tu bijak mencari dan menyimpan duit. Boleh tahan jugalah simpanan akaun j-QAF tu. Ribu riban la juga agaknya. Mungkin akan guna duit tu la nanti. Mungkin juga akan cari sponsor dari ibu bapa. InsyaAllah.. bila siap je bilik tu nanti.. ana akan cuba upload cerita untuk kita kongsi bersama..

Mabruk sheh sebab dapat Makmal j-QAF, semoga Pendidikan Islam terus dapat diperkasakan dan dimajukan, khususnya dalam menggunakan pendekatan ICT dalam P&P dan pelbagai aktiviti j-QAF lain.

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu