Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Selasa, Jun 23, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Ihtifal j-QAF 2009 Peringkat Daerah Johor Bahru

Petang tadi telah berlangsung satu mesyuarat jawatankuasa Ihtifal j-QAF 2009 peringkat daerah Johor Bahru yang dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai setiausaha Panitia Bahasa Arab daerah Johor Bahru, mewakili pengerusinya (iaitu guru besar saya, Pn. Yos Fatimah binti Selamat) yang terpaksa menguruskan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan LDP di sekolah pada petang ini tadi. Mesyuarat yang bertempat di bilik mesyuarat SK Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR1) dihadiri oleh semua jawatankuasa 15 buah sekolah yang terlibat. Kehadiran pegawai-pegawai PPD yang baru iaitu Penolong PPD Johor Bahru Unit Pendidikan Islam (UPI) Ustaz Norzaidi dan pembantunya (Penyelia Agama UPI) Ustazah Norhashimah, menjadikan mesyuarat ini tadi merupakan mesyuarat pertama bagi mereka berdua bersama guru-guru j-QAF Johor Bahru sejak lantikan mereka pada April dan Mei yang lalu.

IHTIFAL j-QAF 2009 satu TRANSFORMASI
Pada tahun ini, Ihtifal j-QAF peringkat daerah Johor Bahru akan mengalami sedikit transformasi apabila ianya akan diadakan dalam bentuk rakaman video bagi menggantikan pertandingan pada peringkat zon.

Memandangkan 91 buah sekolah j-QAF di daerah Johor Bahru akan layak menyertai ihtifal ini, maka cara yang sedemikian (pertandingan melalui rakaman video) difikirkan dapat menyelesaikan masalah kesuntukan masa bagi memilih kumpulan dikir barat dan kalam jamaie yang terbaik sebagai wakil daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri Johor pada 31 Julai ini nanti.

Setiap sekolah akan mendapat surat edaran makluman berkenaan pertandingan ini dalam minggu ini juga. 10 JULAI 2009 adalah merupakan tarikh akhir penghantaran hasil rakaman video persembahan oleh sekolah yang ingin menyertai. Rakaman akan dinilai oleh juri luar yang akan dilantik oleh pihak UPI PPDJB. Hanya 5 kumpulan terbaik dikir barat dan 5 kumpulan terbaik kalam jamaie sahaja yang akan terpilih untuk bertanding secara langsung pada peringkat daerah nanti iaitu pada 25 JULAI 2009 (seminggu sebelum pertandingan peringkat Negeri Johor).

Berikut adalah pelan tindakan panitia BA JB dan UPI PPD JB untuk menjayakan Ihtifal j-QAF Johor Bahru pada tahun ini ;*

23/06/09 - Mesyuarat pertama jawatankuasa
24/06/09 - Surat edaran makluman pertandingan diedarkan
10/07/09 - Tarikh akhir penyerahan rakaman video ke PPD
13/07/09 - Penghakiman oleh juri
15/07/09 - Keputusan diumumkan melalui telefon dan surat
20/07/09 - Mesyuarat kedua jawatankuasa
25/07/09 - Pertandingan peringkat daerah JB
31/07/09 - Pertandingan peringkat Negeri Johor.

*tertakluk pada perubahan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Syarat-syarat dan undang-undang pertandingan ini masih terpakai sepertimana yang telah digunakan pada tahun-tahun lepas. (Sila rujuk panduan Ihtifal j-QAF).

Namun begitu, untuk transformasi yang berlaku dalam ihtifal pada tahun ini di peringkat daerah Johor Bahru, sedikit syarat tambahan telah dipersetujui, iaitu;

1. Rakaman mestilah jelas dengan menggunakan perakam gambar yang bersesuaian seperti camera digital atau sebagainya. (Rakaman melalui telefon bimbit yang kabur atau tersekat-sekat dan suara yang tidak jelas akan ditolak)

2. Rakaman boleh disediakan dalam apa juga jenis perisian seperti mpeg, avi, dvd atau sebagainya.

3. Rakaman persembahan boleh dipotong dan disambung-sambung, tetapi hendaklah lengkap dari mula hingga akhir.

4. Sila sertakan senarai lengkap nama peserta dan lirik/skrip persembahan dalam format Microsoft Word di dalam CD yang hendak dihantar ke PPD.

5. Rakaman yang hendak dihantar mestilah dimasukkan dalam CD yang bertulis nama sekolah, nama guru dan nombor telefon guru.

6. Rakaman mestilah sampai ke PPD sebelum atau pada 10 Julai 2009.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi ;
Ustaz Norzaidi PPDJB
Ustazah Hashimah PPDJB
Ustaz Mior Syazril SK Taman Suria
Ustazah Maizathul Sazila SK TAR1

3 comments:

Alhamdulillah, dan tahniah ana ucapkan...

satu pembaharuan. mungkin boleh dipraktikkan... kami kat klang nih belum ada apa2 arahan lagik... tak tau bila... huhu.

tapi sambil2 miting dengan pegwai kanan jqaf kat sini, ada dimaklumkan JPS akan tukar daripada Ihtifal kepada Mahrajan (Festival)...

Mahrajan j-QAF Negeri Selangor...

Nak tanya, takde masalah ke sekolah2 nak submit cd/dvd ke PPD? kalau sekolah takde camera or video camana yer??? huhu, tapi mungkin masalah picisan je kan?

apa apa hal, ana respect la perubahan dan trasformasi JB buat. mungkin akan ada 'followers' nnt tuh...

selamat ber'ihtifal'...

p/s: Ikmal kim salam :)

Kami pun dah fikirkan juga masalah-masalah yang akan timbul di pihak guru-guru seperti ketiadaan alat rakaman. Tapi, bila fikir2 balik, tak kan dalam satu sekolah tu tak de camera digital? Betul tak? Jadi, dengan persetujuan ahli mesyuarat, kami semua bersetuju untuk mencuba cara begini tahun ni.

Sebenarnya idea ini bukanlah datang dari idea kami sendiri, dan ianya bukanlah kali pertama dilaksanakan. Setahu kami, jawatankuasa ihtifal j-QAF daerah Kota Tinggi yang mula-mula laksanakan cara begini pada tahun lepas dan diikuti tahun ini. Nampaknya ada kejayaan lah tu. So, kenapa tidak kami mencubanya? Sedangkan ia lebih mudah dan menjimatkan... Betul tak? :)

Hmm... betul betul betul...

Lum cuba lum tau

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu