Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Isnin, April 27, 2009

Travelog Oman - episod 9 : Keberangkatan

23 APRIL 2009 - KHAMIS
ALLSON KLANA HOTEL, BANDAR BARU NILAI

Selepas mendengar taklimat keberangkatan yang disampaikan oleh penganjur (BPI) dan ketua dan penyelaras rombongan (Ustaz Mohd Khir & Ustaz Ideris) dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahhari, kami semua berkesempatan mengambil gambar kenang-kenangan bersama pegawai-pegawai dari pihak penganjur dan peserta yang terlibat dalam Kursus Bahasa Arab di Oman ini.

Sementara menanti jam 8.00 malam (waktu untuk check out dan bergerak ke KLIA), kami semua dibenarkan melakukan aktiviti bebas. Saya dan peserta-peserta yang lain masing-masing sibuk mencari beberapa keperluan lain di Pasaraya Giant yang terdapat berhadapan dengan Hotel Allson Klana.


20:00
Kesemua peserta kursus telah bersiap sedia untuk check out hotel dan menaiki bas hotel menuju ke KLIA yang mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Setelah selesai urusan check in barang dan boarding pass diperolehi lebih kurang hampir jam 23:00, doa musafir dibacakan oleh Ustaz Affandy (wakil Negeri Sembilan) memohon keberkatan dan keselamatan dalam perjalanan kursus ke Oman kali ini.

Sebelum berlepas, kami terpaksa melepasi beberapa tapisan keselamatan di KLIA yang agak menyusahkan. Ramai diantara peserta yang terpaksa kehilangan minyak wangi dan minyak rambut kerana melebihi 150 liter seperti yang dibenarkan. Begitu juga dengan gunting misai dan janggut juga turut dirampas oleh pengawal keselamatan tersebut. Saya sendiri hanya kehilangan dua batang pemutar skru yang sememangnya terdapat di dalam beg komputer riba saya. Selain itu, agak lebih menyukarkan kami juga apabila terpaksa mengeluarkan komputer riba masing-masing dari dalam beg sewaktu di imbas kali terakhir sebelum memasuki pintu kapal terbang MAS MH156. Lebih kurang pada jam 00:00, kesemua kami selamat berlepas ke Dubai untuk bertukar kapal terbang di sana bagi meneruskan perjalanan menuju ke Oman.


0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu