Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Khamis, April 23, 2009

Travelog Oman - episod 8 : Amanat


22 APRIL 2009 - RABU
Hotel Allson Klana, Bandar Baru Nilai
Taklimat Pra Keberangkatan Kursus Bahasa Arab Di Oman

Amanat dan intipati ucapan Ustaz Tn Hj Abdullah bin Salleh
Timbalan Pengarah (Pengurusan Institusi Pendidikan Agama) Bahagian Pendidikan Islam
OBJEKTIF KURSUS
1. Meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dikalangan peserta kursus.
2. Meningkatkan keyakinan peserta ketika berbahasa Arab.
3. Mendedahkan peserta dengan situasi pembelajaran sebenar bahasa Arab di sekolah rendah di negara Arab.
4. Menghasilkan modul teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan.

AMANAT
1. Ucapan tahniah kepada semua peserta yang terpilih. Hargailah peluang yang ada dengan memanfaatkan sebanyak-banyaknya kesempatan yang telah diberikan untuk mencapai objektif dan harapan kursus.
2. Peserta juga merupakan duta kecil negara. Perkenalkanlah budaya Malaysia dan tunjukkanlah nilai-nilai murni yang mencerminkan ketinggian keperibadian rakyat Malaysia.
3. Setiap seorang peserta kursus merupakan wakil bagi negeri masing-masing. Rebutlah peluang di sana untuk memperkasakan diri sendiri sebelum memperkasakan orang lain. Peserta perlu menjadi model apabila pulang ke negeri masing-masing kelak.
4. Setiap peserta hendaklah mencipta satu inovasi selama tempoh berada dalam kursus di Oman. Inovasi yang dihasilkan akan dilaporkan apabila kembali ke Malaysia kelak.
5. Antara objektif kursus ini adalah menghasilkan ;
- modul guru bagi kegunaan guru-guru bahasa Arab di Malaysia khasnya penggunaan 100% bahasa Arab di kelas. (saya terlibat dalam kumpulan ini)
- modul murid bagi membuat nilai tambah yang lebih menyeronokkan dalam pnp  bahasa Arab di sekolah.
- modul pendidikan guru yang akan dihasilkan oleh 6 orang pensyarah dari institut perguruan Malaysia.
6.
7. Semoga kursus ini bakal membantu usaha kerajaan dalam mewujudkan kecemerlangan pusat pendidikan di rantau ini, dengan menarik lebih ramai warga luar untuk menuntut ilmu di Malaysia.

ANTARA FAKTOR PENGHALANG PENCAPAIAN OBJEKTIF KURSUS
1. Peserta tiada matlamat.
2. Peserta tidak bersemangat.
3. Peserta tiada keinginan.
4. Tidak fokus pada tugas/mempunyai urusan lain.
5. Berada di zon selesa (lalai).
6. Sentiasa mengharapkan orang lain (tidak tahu berdikari).
7. Tidak duduk dalam kondesi sebenar/mengganggu orang lain.

TUJUAN KURSUS SELAIN OBJEKTIF
1. Memberi nilai tambah dalam teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah.
2. Mencipta mercu tanda.
3. Mewujudkan kematangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah.
4. Mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah.

.............
Antara perkara lain yang diberitahu berkenaan program kursus bahasa Arab di Oman ini ialah, program ini merupakan program kerjasama antara kementerian pendidikan Malaysia dan Oman, di mana dalam kursus ini telah berlaku pertukaran kepakaran antara kedua negara ini.
Kursus seperti ini juga telah dirangka untuk 5 kali dengan rombongan ini merupakan rombongan yang pertama. Namun kebarangkalian kursus yang seterusnya adalah bergantung kepada tahap kejayaan kumpulan yang pertama ini.
Harapan saya, doakanlah kejayaan kursus ini agar ianya dapat diteruskan untuk yang kesekian kalinya sekaligus memberi lebih banyak peluang kepada guru-guru bahasa Arab yang lain untuk menyertainya pula.



Penyerahan tiket kapal terbang oleh Ustaz Tn Hj Abdullah bin Salleh
Timbalan Pengarah (Pengurusan Pendidikan Islam)
Institut Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam kepada ketua deligasi Tn. Hj. Mohd. Khir bin Ahmad, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Penyerahan passport antarabangsa oleh Ustaz Khairil bin Mokhtar, Penolong Pengarah Bahasa Arab, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu