Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Rabu, April 15, 2009

Travelog Oman 2009 - episod 2: Putik harapan

11 - 13 JUN 2008
Kursus Pemantapan Pedagogi
Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO), Batu Pahat Johor.

Di sinilah kali pertama saya mendengar tentang projek Kementerian Pelajaran untuk Kursus Bahasa Arab di Oman ini. Ustaz Zakuan yang telah memberitahu saya dan beberapa JLU serta peserta-peserta kursus yang terlibat (lebih kurang seramai hampir 30 orang) tentang hal ini. Kami semua teruja tatkala mendengarnya. Tetapi kami juga difahamkan (atau mungkin saya salah faham) bahawa mungkin kursus itu bukan untuk kami. Mungkin untuk pegawai PPD atau JPN. Mungkin juga untuk guru-guru cemerlang. Mungkin juga untuk penggubal-penggubal kurikulum dan sukatan. Maka sudah tentu bukan saya. Saya bukan pegawai PPD malah JPN. Saya bukan juga guru cemerlang. Apalagi sebagai panel penggubal kurikulum dan sukatan kementerian. Saya hanya seorang guru biasa. Guru j-QAF Bahasa Arab yang diamanahkan sebagai JLU BA sekolah rendah Negeri Johor. Seorang guru yang tandatangan pengesahannya juga masih belum kering. Uhuhuu..

#######

24 - 27 JUN 2008
Kursus Jurulatih Utama Pemantapan Guru-Guru Pendidikan Islam Program j-QAF Tahun 2008
Hotel Goldcouse, Klang Selangor

Di sini, sekali lagi saya mendengar orang bercakap tentang program ke Oman ini. 

Dalam kursus JLU peringkat kebangsaan ni, saya telah dilantik menjadi penghulu kursus ketika sesi taklimat pada malam pertama yang dikendalikan oleh Ustaz Nahwiyuddin selaku pengurus projek kursus tersebut. Rasa cuak juga! Maklumlah, saya bukan orang yang hebat untuk menjadi ketua kepada JLU2 yang sangat hebat dari seluruh negara. Tapi mahu atau tidak, saya terpaksa menerimanya dan menjadikannya sebagai cabaran yang perlu ditempuhi.

Ketika slot Bahasa Arab yang disampaikan oleh mantan Boss Bahasa Arab j-QAF (Ustaz Arman bin Rusoff - kini bertugas sebagai atase di kedutaan Malaysia, Amman Jordan), beliau beberapa kali menyentuh tentang mesyuarat kursus di Oman yang akan diadakan bersama pegawai-pegawai j-QAF negeri sejurus selepas sesi slotnya hari itu. Dan seperti yang di katakan, setelah slotnya itu berakhir, pegawai-pegawai j-QAF setiap negeri berkumpul dalam satu bilik khas di hotel tersebut untuk bermesyuarat akan perkara seperti yang dikatakan. Pada waktu itu tiada apapun yang terlintas di fikiran saya tentang perkara ini. Bagi saya ia tiada kena mengena dengan saya dan biarlah mereka menguruskan urusan mereka dan saya meneruskan slot-slot kursus yang dihidangkan kepada kami JLU2 negeri untuk dibentangkan kembali di negeri masing-masing kelak.

Dengan tidak semena-mena, ketika berlangsungnya mesyuarat pegawai-pegawai j-QAF tersebut sementara kami pula sedang tekun di dewan mendengar slot yang seterusnya, tiba-tiba telefon bimbit saya menerima satu pesanan dari pegawai j-QAF JPN Johor, Ustaz Mohd Kahar bin Bachok. Mesej ringkas dari Ustaz Kahar itu meminta saya menghantar kepadanya nama penuh saya, nombor kad pengenalan, tahun pengalaman mengajar dan tahun pengalaman sebagai JLU. Bila ditanya-tanya pada rakan-rakan JLU yang lain dari Johor, tidak pula mereka mendapat mesej tersebut. Dan bila ditanya pula pada rakan-rakan JLU dari negeri yang lain, betullah hanya seorang sahaja setiap negeri yang ditanya oleh pegawai j-QAF negeri masing-masing tentang butiran tersebut.

Maka bermula dari situ... Berputiklah doa dan harapan dalam diri saya untuk dapat menyertai kursus ke Oman ini... :)

#######

Hampir 7 bulan selepas itu... perkhabaran tentang kursus di Oman ini hanya sepi tanpa berita.

#######

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu