Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Isnin, April 13, 2009

Lagu Tema : Mari Rakan j-QAF

DOWNLOAD MP3 LAGU TEMA

LIRIK LAGU TEMA : MARI RAKAN j-QAF
Mari rakan-rakan semua
Kita perkasa agama
Menuntut ilmu dari asasnya
Membina pekerti mulia

JAWI khazanah berharga
Warisan bangsa kita
Al-Quran penyuluh hidup
Cahaya sepanjang zaman

Hikmah berbahasa al-Quran
Menjana kecerdasan
Ilmu memberi cahaya
Petunjuk setiap insan

Setiap kebaikan
Pasti ada ganjaran
Memupuk semangat iman
Ikhlas kepada Tuhan


Terima kasih, jazakallah wa barakallah untuk tuan punya lagu dan pencipta lagu ini iaitu
Ustaz Zikri
SK BAGAN, Batu Pahat, Johor Bahru

Lagu ini amat sesuai dinyanyikan bersama-sama murid ketika kem atau bila-bila masa yang sesuai ketika menjalankan aktiviti-aktiviti j-QAF atau Pendidikan Islam. Semoga lagu ini akan dapat menaikkan semangat dan keseronokkan murid-murid ketika menjalankan aktiviti tersebut.

Lagu asal ini yang saya perolehi sendiri dari Ustaz Zikri (ketika kursus pada tahun 2007) belum lagi dirakamkan oleh sesiapa. Yang ada hanya suara demo (mungkin suara Ustaz Zikri sendiri). Maka saya telah mengambil inisiatif untuk menyanyikan semula dan memasukkan harmoni dan beberapa elemen lain agar ianya lebih sedap didengar. Maaf di atas segala kekurangan dan... semoga terhibur!

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu