Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Sabtu, Mac 14, 2009

PTK! Sudahkah anda bersedia?

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecepakan PTK akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Maka tibalah pula masanya untuk guru-guru sibuk membaca buku mengulangkaji apa yang perlu diulangkaji. Ramailah guru-guru yang akan bertungkus lumus membaca buku perintah-perintah am kerajaan dan soalan-soalan PTK sebagai persedian menghadapi peperiksaan tersebut.

Begitu juga dengan saya dan isteri. Kami juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini. Sememangnya penilaian sebegini amat berguna kepada kita sebagai kakitangan kerajaan untuk lebih mengetahui dan memahami perintah-perintah am dan pekeliling yang ada dalam perkhidmatan kerajaan.

Bagi saya, penialaian atau PTK ini merupakan salah satu wasilah untuk kita mengetahui dan mengingati apa yang telah kita lupa dan belum pun kita ketahui berkenaan perkara-perkara penting dalam perkhidmatan. Tidaklah kita dikatakan bekerja membabi buta tanpa menyedari terkadang sesuatu tindakan yang kita lakukan ketika bertugas telah menyalahi etika, peraturan dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Selain itu penilaian sebegini juga amat penting dalam menjadikan kita sebagai seorang kakitangan awam yang profesional dan sebagai hamba Allah yang mencari keredhaan Allah dalam rezeki yang kita perolehi daripada tugas yang kita laksanakan.

Pautan untuk soalan-soalan latihan PTK UMUM dan Pengurusan P&P ada saya sediakan di ruangan Soalan PTK di dalam blog ini.

Selamat menempuh peperiksaan PTK.
Semoga berjaya!... Dunia dan Akhirat.

4 comments:

salam... huh, ni kali kedua amik PTK. Thn lepas tak baca sgt... sbuk la katakan...jawbnya, main dam dim dum dalam dewan...

dapat pun 3 berbalas 3 jer... huhu.. tgk la kalu rajin... baca la buku yg ada... hmmm

Insya Allah kita buat yang terbaik.

Oh lupa, Mior masuklah facebook ramai member jordan dalam tu. tq

hmm.. ana baca soalan je laaa.. nak baca buku cepat mengantuk.. tapi kalau baca soalan kat laptop ni.. tak lah cepat boring.. kan!?

akh khairi..
tak reti lah nak masuk facebook.. pernah cuba.. tapi tak tahu nak buat cam ne..

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu