Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Ahad, Mac 22, 2009

Kenapa semuanya last minute..?

Kenapa ya tahun 2009 ni nampak semua pengurusan seperti kelam kabut? Tak tahu di mana salah dan silapnya hinggakan banyak perkara terpaksa dilaksanakan tergesa-gesa. Tak tahu jugalah kalau di tempat lain tak pula rasa seperti apa yang saya rasa di sini. Atau mungkin ini hanya sekadar perasaan saya je. Wallahu 'alam..

Banyak perkara yang menyebabkan saya mengatakan demikian. Antara perkara-perkara yang menyerabutkan kepala saya baru-baru ni adalah berkenaan Festival Nashid peringkat Zon Majidi Johor Bahru yang akan berlangsung pada 28 MAC ini (5 hari selepas naik sekolah esok). Yang paling tidak logiknya, mesyuarat berkenaan festival tersebut (yang akan digabungkan dengan pertandingan kompang selawat) baru dipanggil pada petang Jumaat 13 MAC, hari akhir sebelum cuti pertenggahan penggal yang lalu.

Amatlah memeningkan kepala bagi saya yang akan melatih budak-budak nashid dalam tempoh 5 hari tersebut bermula petang esok. Sudahlah temanya pun berubah, maka lagu juga perlu dicipta baru mengikut tema yang baru ni. Melatih lagu baru sudah tentu juga akan memakan masa untuk menjadikan persembahan mereka betul-betul mantap. Seandainya mesyuarat festival berkenaan dipanggil awal sehari dari tarikh 13 Mac tu, sudah tentu saya boleh mengaturkan latihan murid sepanjang cuti sekolah seminggu yang baru ni. Nampak gayanya saya terpaksa mengadakan latihan pada setiap petang sepanjang 5 hari ni bermula esok (Isnin). Budak-budak terpaksa di beri surat cuti sekolah agama untuk menghadiri latihan tersebut.

Elok-elok saya merancang latihan nashid pada setiap petang yang akan bermula pada hari esok, zaujah pula mengingatkan saya bahawa minggu depan ini adalah minggu ujian untuk sekolah agama. MashaAllah!... Sudah tentu penjaga tidak akan membenarkan anak-anak mereka menghadiri latihan nashid tersebut dan mengabaikan ujian sekolah agama. Fuh!.. apa nak buat? Nampak gayanya terpaksalah mengganggu masa belajar murid di kelas pada waktu pagi. Itupun kalau pentadbir benar-benar ingin kami menyertai festival tu tahun ni. Kalau mereka redha pada tahun ni sekolah tak menghantar wakil, habis cerita! Tapi, bayaran tetap kena bayar RM50 walaupun tak hantar wakil! So, fikir-fikirkanlah samada baik hantar ataupun tidak.

Kalau nak hantar juga, memang terpaksa korbankan masa belajar murid di kelas untuk buat latihan. Masalahnya, kelas saya sendiri juga akan terkorban. Sedangkan saya dah merancang untuk buat ujian lisan bahasa Arab (PKSR) untuk tahun 3 bermula hari esok. Isk isk isk.. Macammana ni?

Sebenarnya dari awal tahun lagi saya dah nyatakan pada ketua panitia yang saya tidak mahu melatih nashid pada tahun ni. Beri peluang pada orang lain pula dan saya nak beri tumpuan pada kumpulan kalam jamaie dan dikir barat bahasa Arab. Tetapi nampak gayanya memang saya terpaksa involve lagi dalam nashid pada tahun ni. Memandangkan semuanya berlaku secara tiba-tiba dan terdesak, so saya tidak ada pilihan lain. Saya kena bantu juga kumpulan nashid tu untuk kesekian kalinya.

Dua buah lagu telah saya cipta sepanjang seminggu cuti sekolah ni. Biasanya saya yang buat lirik, dan saya juga yang cipta lagu. Tapi kali ni saya buat lirik, tetapi lagunya saya minta sentuhan pakar nashid Ust. Khir Mohd Amin dari Kota Tinggi. Iramanya sedap di dengar. Mudah-mudahan jika latihan murid-murid cukup, sekolah kami bakal johan lagi dalam festival nashid tahun ni, dan berjaya ke peringkat daerah dan negeri seperti beberapa tahun yang lalu. InsyaAllah.

Hmm.. kelam kabut ni.. rupa-rupanya bukan Unit Pendidikan Islam sahaja yang mengalami kejutan-kejutan program seperti tu, Bahasa Melayu juga pun sama! Seorang kakak guru Bahasa Melayu di sekolah tu pun ada cerita pada saya. Mereka lagi dashat! Hari Isnin baru mesyuarat zon kali pertama untuk diadakan pertandingannya pada hari Rabu. Betul-betul terdesak dan tersedak dibuatnya!

Dan yang terkini, malam tadi. Sedang molek saya merancang-rancang untuk melaksanakan PKSR Bahasa Arab di sekolah di samping mengadakan latihan nashid minggu ni, tiba-tiba satu sms saya terima pada pukul 10.20 malam. Mesej yang telah membuatkan saya tak tidur malam! Berdebar dan tercabar... Mesejnya berbunyi...

"Assalamu'alaikum, ana Idris Abd Rahim, Bahagian pendidikan Islam ingin memaklumkan anda terpilih untuk kursus ke Oman. Kita dijadualkan berkumpul di Concorde Inn pada 1 April dan bertolak ke Oman pada 2 April. Sila buat passport dan akan dikumpulkan pada hari selasa dan rabu di pusat-pusat yang akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih. Segala kesulitan amat dikesali"

MashaAllah.. Satu lagi kejutan last minute yang perlu saya hadapi. Walaupun ianya satu kejutan, tapi sebenarnya ianya juga satu cabaran yang perlu saya hadapi dan tempuhi. Semoga segalanya akan berjalan lancar dan berjaya. Doakan saya! :)

4 comments:

wah...banyak cabaran enta yer, takpe la, hadapi dengan tenang dan zikrullah. Ana doakan emua urusan enta kan dipermudahkan.

Mabruk sekali lagi kerana terpilih ke Oman, bukan calang-calang orang tuh. Moga semua urusan buat passport gak berjalan lancar.

Ma'a taufiq wan najah...

Terima kasih sahabat! Bukan calang-calang orang ke diorang salah orang!? Anyhow, ana bersyukur diberi peluang untuk menimba pengalaman yg lebih besar dan mencabar di sana. Doa antum semua yg saya harapkan. :)

tahniah dapat gi oman..mantap!

salam mior... sambung citer lagi.

Macam yg ana tulis kat entry sebelum ni, ana dah malas dan tak kuasa nak latih budak rentetan birokrasi dan sikap double standard pentadbir.

So, ana amik langkah, buat tak tau utk MTQ baru nih. Tgk2 dari jauh je. Dah mmg takleh nak pujuk dah.

Abih tu, bila dah dapat masuk peringkat daerah, ana kesian tgk bdk2 tu. So, ana cubalah tolong compose 2 lagu baru. Demi utk tgk budak2 tu gembira.

Yg masuk tu, murid tahun 6. Mmg ana tak layan pun sebelum nih. Masa KP ana tanya GPK, boleh ke kalu amik budak tahun 6? Cikgu2 tak bising ke? Dia jawab... amik je, takpe. So, bila dah jadi cam ni, rasa menggelegak. Sebab kalu ikut plan asal, mmg ana nak amik budak thn 4 dan 5 je.

Oleh sebab ana tak terlibat dari awal, so, ana takleh nak wat pape. Yg jadi mangsa sekarang ni, bdk2 tu la.

Tak tau la camana 28hb nih. Mungkin 2 tahun ana nak boikot join MTQ...tunggu GB pencen dulu. pastu baru join balik.... penat syeikh....penat....

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu