Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Khamis, September 25, 2008

Tahniah Kepada Peserta Khatam Al-Quran j-QAF
































Read More......

Isnin, September 22, 2008

UJIAN PKSR Bahasa Arab Akhir Tahun - Kertas 2

Pada hari ini, 22 September 2008, semua sekolah j-QAF kohot 2005 perlu menjalankan Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Bahasa Arab Tahun 4 untuk kertas yang kedua. Kertas ini mempunyai 70 markah. Baki 30 markah lagi ialah kertas satu yang sepatutnya telah selesai dijalankan pada minggu lepas dari tarikh 15 hingga 19 September 2008. Waktu yang dicadangkan di dalam surat edaran BPI untuk ujian kertas dua ini ialah pada jam 8.00 - 9.00 pagi.

Read More......

Sabtu, September 20, 2008

Maafkan Saya Kerana Tidak Hadir...

Kepada pihak pentadbiran, guru-guru dan kakitangan SK Taman Suria, saya memohon maaf kerana tidak hadir ke Majlis Berbuka Puasa di sekolah pada hari semalam, jumaat (19 September 2008 / 19 Ramadhan 1429H).

Sebenarnya, saya agak kurang berminat untuk menyertai majlis-majlis berbuka puasa dalam bulan Ramadhan. Pengalaman lalu, cukup membuatkan saya beringat apabila saya menghadiri majlis-majlis seumpama itu dalam bulan ini, peratusan untuk menghadirkan diri berjemaah terawih di masjid pula sudah semakin menurun. Peratusan untuk beribadat malam itu juga semakin susut!

PENGALAMAN TAHUN LEPAS

Tahun lepas majlis seumpama ini juga diadakan di sekolah dalam bulan puasa. Bezanya tahun lepas dan tahun ini ialah, solat terawih berjemaah dimasukkan dalam tentatif program. Namun tahun ini atas permintaan saya dan dibincangkan dalam mesyuarat ahli Panitia Pendidikan Islam, keputusannya sepakat bahawa acara solat terawih itu perlu dimansuhkan dalam majlis seumpama itu. Majlis berbuka hari semalam akan berakhir pada jam 8 malam iaitu sebelum waktu Isyak. Guru-guru boleh pulang dan berjemaah sendiri di rumah atau di masjid. (Namun.., berapa ramaikah?)

Keputusan memansuhkan acara solat terawih tersebut dibuat berdasarkan sambutan guru-guru yang tidak langsung berminat untuk menyertainya pada tahun lepas dan tahun sebelumnya. Sewaktu berbuka dan solat Maghrib pada waktu tu, surau SKTS penuh dengan guru-guru, kakitangan dan juga ajk PIBG. Namun selepas berbuka dan tiba untuk solat isyak dan terawih, yang tinggal hanya dua orang ustaz dan seorang guru sains dan muzik. Dan bakinya dalam 5 atau 6 orang lagi adalah ajk PIBG. Saf perempuan pula yang tinggal hanya ustazah-ustazah dan dua tiga orang ajk PIBG. Aduh, Alangkah sedihnya!

Namun saya yang dilantik menjadi imam terawih pada waktu tu terus mengimami solat terawih sehingga selesai witir. Sesudah witir saya pun menjemput ajk-ajk PIBG yang setia bersama bersolat terawih ke kantin untuk moreh. Sememangnya acara moreh ada ditulis di dalam tentatif program. Ketika itu tekak saya juga terasa kering dan perit setelah selesai menjadi iman terawih dan witir. Memang mengharapkan sangat titisan-titisan air sejuk dapat membasahi tekak yang kering ni.

Malangnya setiba kami di kantin, sudah tidak ada apa lagi yang boleh dimakan atau diminum. Kesemuanya telah dibungkus oleh guru-guru yang tidak menyertai solat terawih dan pulang ke rumah. Terasa malu pada ajk PIBG yang ada. Dan terasa sedih juga dengan tindakan ajk yang menyelaraskan program. Bagaimana makanan untuk moreh sudah habis dibungkus oleh orang yang tidak bersolat terawih bersama kami di sekolah? Kami pun terus pulang ke rumah masing-masing, dan saya juga harus bersabar sehingga sampai di rumah untuk membasahi tekak yang kering sedari tadi.

Memang sedih dengan keadaan masa tu. Oleh kerana itu, saya sendiri yang mencadangkan di dalam mesyuarat Panitia Agama, agar majlis seumpama itu tidak perlu diadakan lagi di sekolah.

TARBIYAH RAMADHAN

Sebab kedua mengapa saya tidak hadir ke majlis berbuka semalam adalah kerana pengisiannya kosong! Tidak salah kalau saya katakan ianya lebih bersifat kepada pesta makan sewaktu berbuka di bulan Ramadhan.

Cuba kita lihat senarai menu yang saya terima untuk juadah Majlis Berbuka Puasa di sekolah hari semalam :

1. Soto
2. Nasi Kerabu
3. Nasi Dagang
4. Laksa Penang
5. Roti Jala dan Kuah Kari
6. Kuih-muih (4, 5 jenis)
7. Minuman (2, 3 jenis)
8. Pencuci mulut dan sebagainya.

Cuba kita lihat pula aktiviti pengisian untuk tarbiyah Ramadhan yang boleh memberi manfaat yang banyak kepada kita dibulan yang mulia ni :
1. -
2. -
.....

Kosong!.. Tiada.. Itulah pada awalnya. Namun minggu lepas, saya juga yang mencadangkan dalam mesyuarat tergempar ahli Panitia Pendidikan Islam berkenaan khatam, supaya dibuat tadarrus guru-guru dan khatam sekali dalam majlis berbuka puasa tersebut. Walaupun kita ada tadarrus bersama murid, tidak salah kalau kita bertadarrus sesama guru juga! Bukankah kita dituntut memperbanyakkan bacaan al-Quran! Apalah salahnya kalau dimulakan majlis seawal selepas asar atau pukul 5 petang. Bahagikan kumpulan dan juzuk, kita khatam sama-sama. Sekurang-kurangnya adalah juga pengisian tarbiyah Ramdhan dalam majlis tersebut. Dan alhamdulillah.. pada awalnya cadangan saya itu diterima baik.

Namun, dua tiga hari sebelum majlis semalam, kedengaran sok sek sok sek guru-guru mengatakan mereka tak boleh nak bertadarus sebab sibuk memasak. Memandangkan majlis berbuka puasa tersebut bukanlah catering atau tempahan makanan dari restoran, tetapi guru-guru sendiri yang memasak di sekolah, maka sudah tentu guru-guru akan sibuk menyediakan juadah berbuka! So, macammana dengan tadarrusnya?

Maka tercetuslah pula idea dari yang lain supaya tadarrus tersebut hanya sekadar tadarrus tanpa majlis khatam al-Quran. Ok lah tu dari tak ada pengisian langsung..! Tapi saya tak pasti sejauh mana berjalannya tadarrus semalam. Harap-harap ok lah! Tahun depan saya joint.

Akhirnya...,

Sekali lagi saya memohon ribuan maaf kepada semua ajk, guru-guru dan kakitangan sekolah kerana tidak hadir ke majlis tersebut semalam. Bagi saya, majlis itu sangat baik kerana dapat mengeratkan tali silaturrahim dikalangan kita dan keluarga. Tapi bagi saya juga, adalah lebih baik sekiranya majlis tersebut bersederhana dalam hidangan, tetapi berlebihan dalam pengisian tarbiyah Ramadhan.

Memandangkan malam tadi bermulanya 10 malam terakhir Ramadhan, saya dan isteri telah berjanji untuk sama-sama menggandakan ibadah di malam 10 terakhir ini. Manalah tahu sekiranya ini merupakan Ramadhan terakhir kami. Biarlah kami berbuka di rumah dengan juadah ala kadar seperti hari-hari yang lain dalam Ramadhan ni. Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Sememangnya kami lebih berjimat dalam berbelanja waktu berbuka tahun ni. Ke Bazar Ramadhan pun tak habis RM10. Itupun bukan setiap hari ke bazar.

HARAPAN SAYA,

Semoga pada tahun-tahun yang akan datang, majlis seumpama ini dapat diadakan dengan lebih baik lagi. Bukan hanya berfokus kepada juadah makanan sewaktu berbuka, tetapi fokuslah kepada tarbiyah diri di bulan Ramdhan ini. Yang mana aktiviti tarbiyah Ramadhan itu janganlah hanya dihadiri oleh guru-guru agama sahaja yang sudah sepatutnya mempunyai tarbiyah diri yang lebih baik dari guru-guru yang bukan mengajar subjek agama. Waktu inilah keberfungsian guru agama sebagai pendakwah perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah.

Bulan Ramadhan hanya setahun sekali. Hanya 30 hari dan 30 malam sahaja kita berpeluang untuk merebut dan mengumpul pahala dengan sebanyak-banyaknya. Gunakanlah peluang yang Allah kurniakan ini dengan sebaiknya.

Sekiranya kita hanya fokus kepada makanan, maka kita akan malas beribadah. Dan mungkin yang lebih baik sedikit, fokus kepada program mengeratkan tali silaturrahim, kita masih berpeluang melakukannya di bulan-bulan yang lain. Bulan Syawal juga bakal menjelang. Sememangnya bulan itulah waktu sebaiknya kita gunakan untuk aktiviti-aktiviti yang seumpamanya.

Bulan Ramadhan, bulan yang Allah lebarkan peluang untuk kita lebih mengukuhkan hablum minAllah (pertalian kita dengan Allah). dan bulan Syawal nanti, kita gunakan pula peluang yang dikurniakanNYA untuk lebih mengeratkan pula hablum minanNaas (pertalian sesama manusia).

Wallahu'alam.

Salam kemaafan.
Mior Syazril bin Mohamed Sapawi
Guru Bahasa Arab SKTS.

Read More......

Khamis, September 18, 2008

Modul Ujian Bulanan PKSR Bahasa Arab

Ramai yang tanya saya "bila nak keluar modul soalan PKSR Bahasa Arab yang dilaksanakan dalam slot bengkel pada Kursus Pemantapan j-QAF di IPTHO bulan Jun lalu?"

Hmm.. jawapannya ialah.. sekarang ni modul berkenaan telah siap dimurnikan dan dikawal mutu oleh panel-panel yang dilantik. Minggu lepas saya dah serahkan pada bos kita ust. Zakuan di JPNJ. Sekarang ni mungkin tengah nak cetak lah kut.. Menurut katanya.. modul berkenaan akan diedarkan sewaktu Kursus Pendedahan HSP Bahasa Arab Tahun 2 yang baru, selepas raya nanti. Ada 5 siri kursus tu. InsyaAllah, saya akan menyampaikan slot berkenaan dalam 2 siri, di Hotel Seri Malaysia di Mersing dan di Klebang Melaka. Di sana juga saya akan menerangkan manual penggunaan modul tersebut. Kita jumpa di sana lah ye!


Cover cadangan untuk Modul Ujian Bulanan PKSR Bahasa Arab

Read More......

MESYUARAT JAWATANKUASA BAHASA ARAB DAERAH JOHOR BAHRU

Ruj. Kami : PPDJB/KUR/01/10/02/ Jld ( )

Tarikh : 18 SEPTEMBER 2008

Guru Besar,

Sekolah yang berkenaan

Johor Bahru

(Sila Rujuk Lampiran)

Tuan / Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA BAHASA ARAB DAERAH JOHOR BAHRU

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 SEPTEMBER 2008 (RABU)

Tempat : BILIK MESYUARAT SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU

Masa : 2.00 – 4.00 PETANG

Agenda

1. Ucapan Pengerusi

2. Pembentangan kertas kerja Kem Bina Juara & Mukhayyam Bahasa Arab

3. Agihan tugas

4. Hal-hal lain

Pengerusi Mesyuarat : Pn. Yos Fatimah binti Selamat

Urusetia Mesyuarat : Mior Syazril bin Mohamed Sapawi

2. Sehubungan itu, seorang daripada guru sekolah tuan/puan telah dipilih sebagai jawatankuasa tersebut (sila rujuk lampiran). Mohon kerjasama tuan/puan memberi pelepasan kepada pegawai yang dilantik untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

3. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Ustazah Mariah binti Mansor ditalian 0197169404 atau Ustaz Mior Syazril bin Mohamed Sapawi (Setiausaha Panitia Bahasa Arab Johor Bahru) ditalian 0127890039.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(AB. HAFITH BIN ISMAIL)

b.p Pegawai Pelajaran Daerah

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru


LAMPIRAN

SENARAI JAWATANKUASA BAHASA ARAB DAERAH JOHOR BAHRU

ZON BANDAR SELATAN

1. ANI BINTI AHMAD - SK NONG CHIK

2. MAIZATHUL SAZILA BINTI OTHMAN - SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1

ZON BANDAR UTARA

1. FADHILAH BINTI ISMAIL - SK KAMPUNG PASIR

2. KHAIRUL NIZAM BIN ISHAK - SK TAMAN CEMPAKA

ZON MAJIDI

2. HAZLIA BINTI MIDON - SK TANJUNG PUTERI

3. MOHD KHAIRISHAH RIZAL BIN MOHD YAAKOB - SK KEMPAS

ZON GELANG PATAH

1. RUHAIZAH BINTI MUJAHIDAH - SK GELANG PATAH

2. ZAITUN BINTI MAMAT - SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR

ZON SKUDAI

1. AZITA BINTI MAT ASHRI - SK SRI SKUDAI

2. NASARUDIN BIN RAUDZAN - SK TAMAN DAMAI JAYA

Read More......

Ujian PKSR Bahasa Arab Tahun 4 - Akhir Tahun

Alhamdulillah.. hari ni saya dah selamat menjalankan ujian PKSR Bahasa Arab Tahun 4 untuk akhir tahun 2008 di sekolah saya.

Mengikut surat edaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI dulunya JAPIM) dan diikuti dengan Sektor Pendidikan Islam (dulunya Sektor Pendidikan Islam Dan Moral), Jabatan Pelajaran Johor dan PPD Johor Bahru, tarikh kertas satu untuk ujian PKSR itu mestilah bermula dari 15 - 19hb September 2008. Manakala kertas dua pula mestilah dijalankan pada 22hb September 2008 (Isnin depan).

Setakat ni, kertas satu di sekolah saya semua dah selesai.. dah mula menanda pun. Cuma yang tinggal murid-murid yang tidak hadir je yang saya perlu laksanakan kemudian. Memandangkan ini adalah ujian PKSR, maka semua murid mesti menduduki ujian tersebut. Kalau tak hadir tak boleh nak beri markah kosong. Mestilah dilaksanakan kemudian apabila dia hadir ke sekolah nanti.

Berkenaan ujian PKSR Bahasa Arab akhir tahun ni, banyak persoalan yang timbul dikalangan guru-guru Bahasa Arab j-QAF, yang sampai ke pengetahuan saya. Antaranya...

"Susahlah!"
"Banyak yang budak masih belum belajar lagi".
"Macammana nak jalankan ujian. Soalan masuk sampai bab 10".
"Dalam buku panduan kata bulan 10. Tapi kenapa bulan 9 dah kena jalankan ujian ni?"
"Sekarang ni sekolah sedang laksanakan ujian formatif 4, periksa akhir tahun bulan 10 nanti.. Macammana nak buat?"

Dan berbagai-bagai soalan lagi yang sampai ke telinga saya.

Bagi saya, semua persoalan tu kalau kita anggap masalah, memang dia akan jadi masalah. Tapi kalau setiap masalah itu kita jadikan cabaran, sudah tentu paling tidak kita akan berjaya menghampiri natijah yang kita mahukan. Wallahu'alam.

Saya sendiri pun mengaku baru sempat mengajar sampai bab 9. Kesibukan saya dengan tugas-tugas lain di sekolah mahupun di luar, sedikit sebanyak menyekat aktiviti P&P tambahan saya di sekolah. Hanya mengharapkan waktu P&P wajib saya sahaja untuk menghabiskan sukatan.

Namun, sejak minggu lepas.. saya sudah mula melancarkan 'gerak cepat' dalam P&P saya untuk tahun 4 ini. Memandangkan minggu ini ujian PKSR sudah mesti dijalankan, saya telah menyediakan sehelai nota (A4 depan belakang) untuk murid-murid saya mengulangkaji. Nota tersebut saya masukkan perkara-perkara penting, yang murid-murid saya mesti tahu. Samada dari segi mufradat (perkataan-perkataan) ataupun dari segi ayat-ayat yang perlu murid tahu dan faham, agar mereka boleh menjawab soalan-soalan kefahaman dan perbualan nanti.

Dengan nota tersebut, saya gunakan untuk perbincangan di kelas. Murid-murid membaca, menulis dan mengeluarkan pendapat mereka dalam perbincangan tersebut. Dengan cara ini, mereka akan mendapat pengalaman dan sekaligus memudahkan mereka untuk mengingat perkataan-perkataan yang perlu mereka ingati. Wallahu'alam.

UJIAN BERTINDIH

Berkenaan masalah ujian bertindih dengan ujian formatif yang dijalankan di sekolah, bagi saya, guru-guru Bahasa Arab j-QAF perlu mengutamakan ujian PKSR ini terlebih dahulu dari ujian yang dijalankan oleh pihak sekolah tersebut. Memandangkan ujian PKSR ini adalah bertaraf ujian setara kebangsaan, maka ianya dilihat lebih penting dari ujian formatif sekolah tersebut. Berbincanglah dengan baik dengan pihak pentadbiran dan setiausaha peperiksaan di sekolah untuk menyelesaikan masalah ini. Wallahu'alam.

Read More......

Rabu, September 17, 2008

Menghapus Sawang..

Aduhai.. lama dah tak jenguk blog sendiri.. dah bersawang-sawang rupanya.. :)
Ok.. kali ni nak jaga betul2 blog ni. Sayang kalau dibiarkan ia berkulat. Sebab sebenarnya di sini kalau dijaga dan sentiasa di update.. byk manfaat yang boleh dikongsi bersama dengan guru-guru j-QAF yang lain khasnya guru2 Bahasa Arab..

Kesibukan dengan tugas yang tak henti-henti itulah punca blog ni bersawang-sawang. Tak de back up author.. Siapa ek yg nak kongsi tulis entri dalam blog ni? Kalaulah ada.. amatlah dialu-alukan.. Kena tukar nama blog pun tak pe.. Asalkan manfaatnya kita dapat kongsi bersama.. Bukan kita2 je.. Tapi dengan siapa2 je yang mahukan manfaatnya..

Oklah.. semoga lepas ni saya akan cuba juga untuk mencuri masa menulis sepatah dua kata yang mungkin kita boleh kongsi bersama.. berdiskusi dan bertukar-tukar pendapat.. InsyaAllah..

Read More......

Selasa, September 09, 2008

Selamat Menduduki UPSR 2008

Ucapan "Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR" untuk semua murid-murid tahun 6 di seluruh negara, khususnya untuk murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Suria, yang akan menjalani peperiksaan tersebut bermula pada hari ini, 9 September 2008 / 9 Ramadhan 1429H.

Semoga bulan Ramadhan yang barakah ini melimpahkan kerahmatannya buat semua murid-murid tahun 6 untuk dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan ini.

Semoga anda tenang menjawab semua soalan. Jawablah dengan bersungguh-sungguh. Jangan terburu-buru. Gunakanlah masa yang diberikan dengan sebaiknya.

Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan pertolongan, dibukakan pintu hati, dilapangkan fikiran, dimudahkan menjawab soalan, seterusnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Amin.

Selamat Maju Jaya dari saya.

Read More......

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu