Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Ahad, Disember 28, 2008

DEBARAN 2009

Puas bercuti?
Memang puas.. Sampai dah nak berkarat kot kepala otak ni kalau cuti ditambah lagi seminggu. Betul orang kata.. cuti lama-lama ni tak bagus jugak!

Lagi beberapa hari kita akan memasuki tahun baru. Tahun 2009. Lagi beberapa hari juga kita akan memasuki musim persekolahan yang baru. Berdebar rasanya nak melangkah ke musim itu. Apa tidaknya! Hanya tinggal 2 tahun saja lagi penilaian j-QAF akan dinilai keseluruhannya.

Ramai yang terlalu fokus kepada pencapaian al-Quran untuk akhir 2010 nanti, hingga mereka terlupa kepada pencapaian Bahasa Arab itu sendiri, yang mana ia juga satu kompenan dalam j-QAF yang akan dinilai pada akhir 2010 nanti.

Banyak kali saya jumpa dan dengar perbincangan tentang penilaian j-QAF ni. Ada yang marah bila j-QAF dilabel sebagai gagal untuk tempoh setakat ini. Katanya j-QAF belum boleh dinilai selagi belum akhir tahun 2010. Ada juga yang menyokong sebaliknya pula. Namun, bagi saya... Walaupun j-QAF akan dinilai pada akhir 2010, penilaian setiap tahun itu penting juga untuk menentukan tahap pencapaian murid-murid j-QAF setakat ini. Sekiranya kita tidak tahu tahap pencapaian murid untuk setakat ini, bagaimana kita hendak lakukan pelan tindakan dan strategik?

Pelan tindakan dan strategik perlu dirancang oleh guru-guru j-QAF untuk memastikan tahap pencapaian pada akhir 2010 nanti tercapai dengan cemerlang. Namun perancangannya mestilah berpandukan pencapaian sedia ada. Bukan hanya berangan kosong dan merancang sesuatu yang tidak mampu untuk dilaksanakan. Yang akhirnya akan menjadi penyebab kepada kegagalan j-QAF dan Bahasa Arab itu sendiri khasnya.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri...
Sebelum melangkah ke musim yang baru ini, persiapkanlah diri bukan sekadar mental dan fizikal, bahkan jiwa dan raga juga perlu difokuskan kepada matlamat kita. Biar penuh semangat kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada agama, bangsa dan negara ini.

Selamat maju jaya.

Read More......

Rabu, November 26, 2008

Kenangan Mukhayyam Bahasa Arab

Memang agak lama saya tidak update blog ni. Agaknya setelah betul-betul penat bekerja, saya betul-betul rindukan keluarga.. macam lebih seronok menceritakan hal keluarga di blog keluarga saya kasehNYA. Hinggakan dah bersawang lagi blog ni.

Hmm... Ini bukan cerita lama.
Masih baru dalam ingatan. Masih segar dalam fikiran. Hinggakan semalam saya termimpi tentang Mukhayyam Bahasa Arab ni. Mungkin itu yang membuatkan saya ingin menulis tentangnya hari ini.

Mukhayyam Bahasa Arab bagi peringkat daerah Johor Bahru telah sempurna dilaksanakan oleh team saya pada 10 - 12 November yang lalu. Ianya berakhir sehari sebelum ulangtahun kelahiran saya yang ke 31 pada 13 November. Dan bagi saya, kenangan dan pengalaman mengendalikan program itu buat pertama kali sebagai Pengarah Projek.. boleh saya jadikan sebagai hadiah bermakna buat diri saya diawal usia 31 ini.

PRAPROGRAM

Penyerahan Tugas.
Pada awal september yang lalu Ust Omar (Pen. PPD UPIM JB) telah menghadiahkan saya tugas ini. Dengan peruntukan yg turun ke sekolah saya sebanyak RM8480 dan ke sekolah STAR1 sebanyak lebih dari RM15K (Total = lebih dari RM23K utk Daerah Johor Bahru) untuk saya dan team saya mengendalikan program ini, saya dengan rasa bertanggungjawab menerimanya juga walaupun saya tahu terlalu berat tugas itu buat saya, memandangkan saya juga merupakan satu-satunya guru Bahasa Arab di sekolah. Mujur ada sahabat-sahabat yang sedia dan selalu membantu saya, especially Maizathul dan suaminya Nizam, serta sahabat-sahabat yang lain juga. Jazakumullah khayr jazak!

Apa yang perlu saya lakukan hanyalah, setelah mendapat tugas, saya berusaha untuk mengejar sukatan yang perlu dihabiskan pada anak-anak murid saya. Setelah juga berbincang dengan Ust Omar berkenaan tarikh yang boleh kami laksanakan program ini, iaitu pada bulan November (setelah selesai semua jadual tugasan saya dan Ustazah Maizathul sebagai Jurulatih Utama dalam kursus2 sepanjang Oktober). Jadinya sepanjang september dan oktober, saya dan Ustazah Mai hanya berfikir.. berangan.. dan bermimpi bentuk2 program yang akan kami laksanakan.

Beberapa mesyuarat samada secara langsung atau tidak telah kami jalankan untuk membincangkan program ini. Akhirnya, kata sepakat telah diperolehi, dan dipersetujui juga oleh Ust. Omar, bahawa program Mukhayyam Bahasa Arab ini akan digabungkan dengan program Kem Bina Juara dan Khatam al-Quran sekaligus. 3 dalam 1. Ini bagi menjimatkan masa yang telah suntuk dan memudahkan kami untuk melantik AJK dan membahagikan kerja. Ini kerana kesemua program tersebut telah diserahkan oleh Ust. Omar kepada kami untuk kami laksanakan bagi peringkat daerah Johor Bahru ini.

Mesyuarat Praprogram.
Memandangkan program ini dikhaskan kepada sekolah-sekolah j-QAF kohort 2005, maka sebanyak 29 buah sekolah telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat terakhir sebelum pelaksanaannya. Pembahagian kerja, penjelasan tugas dan jadual program dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut yang telah diadakan beberapa hari sebelum program berlangsung. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di bilik mesyuarat STAR1 (SK Temenggong Abdul Rahman 1 - sekolah Ustazah Maizathul).

Alhamdulillah, dari 29 buah sekolah, 28 buah sekolah telah menghantar wakil guru bahasa Arabnya untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Hanya sebuah sekolah sahaja yang tidak hadir dengan alasan tidak mendapat maklumat mesyuarat berkenaan walaupun ianya telah dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolahnya melalui panggilan telefon gerak cepat kesemua 29 buah sekolah tersebut melalui PPDJB.

Belanjawan Program.
Program yang diadakan di Savannah Hill Resort Ulu Tiram ini telah memakan belanja sebanyak hampir RM7500 untuk pakej penginapan 3 hari 2 malam termasuk 6 kali makan sehari, untuk seramai 90 orang murid dan 29 orang fasilitator dari 29 buah sekolah. Penginapan di sana sangat selesa. Guru di tempatkan di banglo (3 orang sebilik) dan murid pula di tempatkan di dorm (20 orang sebilik).

Hampir RM3 ribu ringgit lagi dibelanjakan untuk peralatan-peralatan lain untuk digunakan ketika program seperti :
a) Fail murid sewaktu pendaftaran
b) Alat tulis (pensil 2B, pensil khat, pemadam, pembaris, pengasah pensil dan bekas pensil) -diberi semasa pendaftaran.
c) Buku tulis, kertas kosong, dan kertas lukisan (untuk slot jawi & khat) -diberi semasa pendaftaran.
d) Name tag untuk fasilitator (guru) dan peserta (murid)
e) peralatan keurusetiaan
f) cenderahati dan hadiah (shoping bag yang bercetak "Mukhayyam Bahasa Arab Daerah Johor Bahru 2008, yang berisi komik arab "Mahir", dan buku doa yang ditandatangani oleh penulisnya sendiri, Ustaz Zahazan)
dan sebagainya.

Alhamdulillah.. segala keperluan dapat disempurnakan dengan baik. Fasilitator dan peserta sangat berpuas hati dengan hadiah dan cenderamata yang diberikan.

Baki peruntukan sebanyak hampir RM12 ribu masih disimpan dan surat telah dikeluarkan oleh JPN Johor yang membenarkan peruntukan itu disimpan bagi kegunaan awal tahun hadapan untuk program yang sama.

p/s : saya rasa modul Mukhayyam Bahasa Arab ini lebih sesuai dilaksanakan pada awal tahun. Ini kerana modul ini banyak membantu minat murid untuk meminati subjek bahasa Arab. Sekiranya ia dilaksanakan pada awal tahun persekolahan, besar kemungkinan kesan dari pelaksanaan modul ini akan banyak memberi kesan positif pada murid tersebut kerana adanya kesinambungan pembelajaran di sekolah.

...

PASCAPROGRAM.

Terima kasih sahabat...
Saya merasa sangat berpuas hati dan sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi bekerjasama dengan saya untuk menjayakan program ini. Memang bukan mudah untuk mengarah rakan-rakan dan sahabat sendiri. Siapalah saya untuk memberi arahan. Namun, apa yang saya lakukan adalah dengan menggunakan pendekatan "meminta bantuan". Dengan cara itu, saya tidak menghadapi sebarang masalah komitmen dari sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih sahabat.. Namun, sebagai manusia... saya juga tidak terlepas dari salah tutur kata dan perbuatan. Mungkin ada diluar sedar saya, ada juga tutur kata dan perlakuan saya yang tidak sahabat-sahabat senangi, saya mohon jutaan kemaafan. Tegurlah saya dengan baik.. insyaAllah saya pasti akan menerimanya dengan seribu keinsafan juga.

Tahniah kepada peserta..
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah terpilih dan berjaya menamatkan mukhayyam tersebut hingga ke hari terakhirnya. Rata-rata daripada kalian menyatakan tidak mahu pulang pada hari ketiga tersebut. Semuanya rasa tidak puas untuk terus bermukhayyam di sana. Dan rata-ratanya juga sangat seronok dan ingin datang sekiranya diadakan lagi pada masa-masa yang akan datang.

Tahniah, dan semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang.

Kelemahan..
Pada saya, mungkin hanya ada dua kelemahan saya atau kekecewaan saya yang berlaku sepanjang program itu berlangsung. Iaitu saya gagal untuk menjadikan program Mukhayyam tersebut, satu program yang menjadikan ianya satu zon Bahasa Arab. Walaupun untuk slot Ice Breaking yang saya sendiri sampaikan, saya telah menggunakan 100% bahasa Arab dalam penyampaian saya kepada murid-murid tanpa translate kepada bahasa ibunda. Namun saya berpuas hati kerana hampir 90% murid faham apa yang saya katakan. Penggunaan bahasa badan, ulangan, dan gaya bahasa yang mudah sebenarnya boleh menjadikan bahasa Arab itu boleh difahami oleh murid-murid sekolah rendah. Untuk slot-slot yang lain saya merasa agak kecewa kerana bahasa Arab tidak digunakan sepenuhnya oleh fasilitator-fasilitator yang lain, walaupun ianya telah saya beritahu dalam mesyuarat sebelum program.

Mungkin sebabnya adalah kerana kurang persediaan dan perbincangan sesama fasilitator untuk penggunaan bahasa Arab 100% tersebut. Semoga ianya dapat diperbaiki pada tahun-tahun yang akan datang.

Selain penggunaan bahasa Arab 100% oleh fasilitator, latih tubi perkataan sapaan harian juga kurang dilaksanakan. Ini menjadikan masih ada lebih kurang 10% dari kalangan murid yang masih teragak-agak untuk menjawab kata sapaan harian yang mudah. Semoga pada tahun 2009 mendatang ini, kelemahan ini juga dapat kita perbaiki bersama.

Semoga Mukhayyam Bahasa Arab 2009, akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.





Read More......

Rabu, Oktober 29, 2008

Muhasabah 4 siri kursus Oktober 2008

Alhamdulillah..
24 Oktober 2008 yang lalu adalah hari terakhir saya untuk 4 kursus dalam bulan Oktober tahun ni.


KURSUS YANG DIHADIRI

Kursus 1
Kursus Pemantapan GPI j-QAF Kohort 2007 (siri 3)
12-14 Oktober 2008
Hotel Seri Malaysia, Mersing

Kursus 2
Kursus Pendedahan SP & HSP Tahun 2 Kegunaan Tahun 2009 (siri 2)
16-18 Oktober 2008
Hotel Seri Malaysia, Mersing

Kursus 3
Kursus Pemantapan GPI j-QAF Kohort 2007 (siri 4)
19-21 Oktober 2008
Hotel Selesa, Pasir Gudang

Kursus 4
Kursus Pendedahan SP & HSP Tahun 2 Kegunaan Tahun 2009 (siri 4)
22-24 Oktober 2008
Klebang Beach Resort, Melaka


TAJUK-TAJUK SLOT YANG DISAMPAIKAN
1. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah
2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 2 (baru)
3. Peruntukan PCG Bahasa Arab & Pendidikan Islam Sekolah Rendah
4. Pengurusan Fail & Panitia Bahasa Arab & Jawatankuasa j-QAF
5. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)


MUHASABAH
Kursus kali ini banyak memberi saya pengalaman baru dalam menjalankan tugas sebagai JLU (untuk tahun yang ke2) ketika menyampaikan tajuk-tajuk slot yang diamanahkan oleh jabatan.

Pada tahun lepas, saya hanya memberi tumpuan kepada slot pengurusan fail panitia dan bengkel. Tetapi pada tahun ini, lebih banyak tajuk telah diamanahkan untuk saya sampaikan dalam slot-slot kursus.

Pada saya, saya telah berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan slot-slot yang diamanahkan dengan baik dan jelas. Setiap slot, saya cuba fokus kepada perkongsian maklumat agar peserta dapat faham dengan mudah apa yang ingin saya sampaikan.

Namun saya mengaku, masih terdapat banyak kelemahan pada diri saya samada yang tidak disengajakan mahupun sebaliknya. Dan itu semua tidak melemahkan semangat saya untuk terus memperbaiki diri saya pada masa-masa yang akan datang.

Secara keseluruhan dari borang muhasabah kursus yang diisi oleh peserta untuk slot yang saya sampaikan, banyak yang memberi markah 3 dan 4 (markah penuh 4) kepada saya. Hanya terdapat beberapa individu sahaja yang memberi saya markah 2. Namun begitu, saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan positif kerana saya sendiri menyedari kelemahan-kelemahan yang saya ada.

Apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor terutama Ustaz Ahmad Zakuan & Ustaz Kahar yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan slot-slot yang diamanahkan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.

Ucapan terima kasih juga untuk semua peserta-peserta kursus yang sudi mendengar dengan baik seterusnya memahami apa yang saya sampaikan dalam setiap slot.

Semoga kita semua akan terus saling bantu membantu dalam menaikkan lagi kecemerlangan Bahasa Arab di Negeri Johor khasnya.

Read More......

Isnin, Oktober 20, 2008

Sekitar Kursus Pendedahan SP & HSP Tahun 2 Kegunaan Tahun 2009 di Hotel Seri Malaysia, Mersing, 16 - 18 OKT 2008








Tahniah diucapkan kepada semua (penganjur, fasilitator & peserta) untuk Kursus Pendedahan Sukatan & Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 2 untuk kegunaan 2008, siri yang ke 2 pada 16 - 18 Oktober 2008 di Hotel Seri Malaysia Mersing, Johor.

Semoga manfaat dari kursus ini dapat di

Read More......

Selasa, Oktober 14, 2008

Kursus Pemantapan GPI Program j-QAF 2008 - Siri 3 (Hotel Seri Malaysia, Mersing)






Alhamdulillah, Kursus Pemantapan GPI Program j-QAF 2008 Siri ke3 di Hotel Seri Malaysia, Mersing telah sempurna dilaksanakan.

Tahniah kepada Urusetia-urusetia kursus ;
1. Mohd Hafiz bin Sharif (SK Ayer Baloi, Pontian), selaku ketua urusetia & JLU kursus pemantapan j-QAF siri 3.
2. Mohd Khairudin bin Abd. Rahman (SK Bandar Putra, Segamat).

Dan Tahniah juga kepada JLU2 kursus yang dapat menyampaikan slot dengan mantap.
1. Hamdan bin Abdul (SK Sg. Tiram, Pasir Gudang) - Slot Khatam 6 Bulan, Tasmi', Iqra & Jawi.
2. Zakaria bin Dimon (SK Senggarang, Batu Pahat) - Slot Kem Bestari Solat.
3. Naimi bin Osman (SK Taman Kota Kulai) - Slot Kolaboratif & Koperatif.
4. Mior Syazril bin Mohamed Sapawi (SK Taman Suria, J.Bahru) - SP Bahasa Arab, Pengurusan Panitia, PCG & PKSR.

Tidak lupa juga kepada semua peserta kursus yang telah memberikan komitmen yang sangat cemerlang sepanjang kursus ini berlangsung.

Segala cadangan yang diutarakan oleh peserta dalam borang penilaian telah dinilai dan akan diambil kira untuk diperbaiki dari masa ke semasa. Shukran Jazilan.

Read More......

Rabu, Oktober 08, 2008

Jadual Bulan Oktober & November 2008

*Kemaskini 9 September 2008

Bulan ni nampaknya saya lebih sibuk dari bulan-bulan yang lain. Banyak kursus-kursus akan dijalankan dalam bulan ini. Ditambah lagi dengan kerja-kerja akhir tahun yang perlu dibereskan sebelum mengakhiri sesi persekolahan tahun 2008 ini.


Kepada sahabat-sahabat yang menghubungi saya melalui telefon, saya dahului dengan ribuan ampun dan maaf seandainya saya tidak dapat menjawab panggilan telefon sahabat-sahabat. Mungkin pada ketika itu saya terpaksa menolak semua panggilan yang masuk untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja berat yang saya perlu bereskan. Namun, sekiranya ada masa terluang, saya akan cuba menghubungi sahabat semula melalui rekod panggilan yang ditolak. InsyaAllah.

Aktiviti & Kursus saya sepanjang Oktober & November 2008

1. Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam Program j-QAF Kohort 2007 (Siri-3)
12 - 14 Oktober 2008 (Ahad - Selasa) di Hotel Seri Malaysia, Mersing.
Tajuk slot yang akan disampaikan : SP Bahasa Arab, PCG, PKSR & Pengurusan Fail.

2. Kursus Pendedahan Pelaksanaan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Tahun 2 Kegunaan tahun 2009 (Siri-2)
16 - 18 Oktober 2008 (Khamis - Sabtu) di Hotel Seri Malaysia, Mersing.
Tajuk slot yang akan disampaikan : SP & HSP Bahasa Arab Tahun 2 & Modul PKSR.

3. Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam Program j-QAF Kohort 2007 (Siri-4)
19 - 21 Oktober 2008 (Ahad - Selasa) di Hotel Selesa Pasir Gudang.
Tajuk slot yang akan disampaikan : SP Bahasa Arab, PCG, PKSR & Pengurusan Fail.

4. Kursus Pendedahan Pelaksanaan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Tahun 2 Kegunaan tahun 2009 (Siri-4)
22 - 24 Oktober 2008 (Rabu - Jumaat) di Klebang Beach Resort, Melaka.
Tajuk slot yang akan disampaikan : SP & HSP Bahasa Arab Tahun 2 & Modul PKSR.

5. Mesyuarat Jawatankuasa Bahasa Arab Daerah Johor Bahru & Fasilitator Kem Bina Juara & Mukhayyam Bahasa Arab Peringkat Daerah Johor Bahru.
1 November 2008
(Sabtu) di PPD Johor Bahru.

6. Peperiksaan Akhir Tahun 2008
3 - 6
November 2008 (Isnin - Khamis)

7. Kem Bina Juara Peringkat Daerah Johor Bahru 2008
8 November 2008 (Sabtu) di SK Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1), Johor Bahru
(Pengurus Projek)

8. Mukhayam Bahasa Arab Peringkat Daerah Johor Bahru
10 - 12 November 2008 (Isnin - Rabu) di Savannah Hill, Ulu Tiram.

Read More......

Khamis, September 25, 2008

Tahniah Kepada Peserta Khatam Al-Quran j-QAF
































Read More......

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu