Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Khamis, September 18, 2008

Ujian PKSR Bahasa Arab Tahun 4 - Akhir Tahun

Alhamdulillah.. hari ni saya dah selamat menjalankan ujian PKSR Bahasa Arab Tahun 4 untuk akhir tahun 2008 di sekolah saya.

Mengikut surat edaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI dulunya JAPIM) dan diikuti dengan Sektor Pendidikan Islam (dulunya Sektor Pendidikan Islam Dan Moral), Jabatan Pelajaran Johor dan PPD Johor Bahru, tarikh kertas satu untuk ujian PKSR itu mestilah bermula dari 15 - 19hb September 2008. Manakala kertas dua pula mestilah dijalankan pada 22hb September 2008 (Isnin depan).

Setakat ni, kertas satu di sekolah saya semua dah selesai.. dah mula menanda pun. Cuma yang tinggal murid-murid yang tidak hadir je yang saya perlu laksanakan kemudian. Memandangkan ini adalah ujian PKSR, maka semua murid mesti menduduki ujian tersebut. Kalau tak hadir tak boleh nak beri markah kosong. Mestilah dilaksanakan kemudian apabila dia hadir ke sekolah nanti.

Berkenaan ujian PKSR Bahasa Arab akhir tahun ni, banyak persoalan yang timbul dikalangan guru-guru Bahasa Arab j-QAF, yang sampai ke pengetahuan saya. Antaranya...

"Susahlah!"
"Banyak yang budak masih belum belajar lagi".
"Macammana nak jalankan ujian. Soalan masuk sampai bab 10".
"Dalam buku panduan kata bulan 10. Tapi kenapa bulan 9 dah kena jalankan ujian ni?"
"Sekarang ni sekolah sedang laksanakan ujian formatif 4, periksa akhir tahun bulan 10 nanti.. Macammana nak buat?"

Dan berbagai-bagai soalan lagi yang sampai ke telinga saya.

Bagi saya, semua persoalan tu kalau kita anggap masalah, memang dia akan jadi masalah. Tapi kalau setiap masalah itu kita jadikan cabaran, sudah tentu paling tidak kita akan berjaya menghampiri natijah yang kita mahukan. Wallahu'alam.

Saya sendiri pun mengaku baru sempat mengajar sampai bab 9. Kesibukan saya dengan tugas-tugas lain di sekolah mahupun di luar, sedikit sebanyak menyekat aktiviti P&P tambahan saya di sekolah. Hanya mengharapkan waktu P&P wajib saya sahaja untuk menghabiskan sukatan.

Namun, sejak minggu lepas.. saya sudah mula melancarkan 'gerak cepat' dalam P&P saya untuk tahun 4 ini. Memandangkan minggu ini ujian PKSR sudah mesti dijalankan, saya telah menyediakan sehelai nota (A4 depan belakang) untuk murid-murid saya mengulangkaji. Nota tersebut saya masukkan perkara-perkara penting, yang murid-murid saya mesti tahu. Samada dari segi mufradat (perkataan-perkataan) ataupun dari segi ayat-ayat yang perlu murid tahu dan faham, agar mereka boleh menjawab soalan-soalan kefahaman dan perbualan nanti.

Dengan nota tersebut, saya gunakan untuk perbincangan di kelas. Murid-murid membaca, menulis dan mengeluarkan pendapat mereka dalam perbincangan tersebut. Dengan cara ini, mereka akan mendapat pengalaman dan sekaligus memudahkan mereka untuk mengingat perkataan-perkataan yang perlu mereka ingati. Wallahu'alam.

UJIAN BERTINDIH

Berkenaan masalah ujian bertindih dengan ujian formatif yang dijalankan di sekolah, bagi saya, guru-guru Bahasa Arab j-QAF perlu mengutamakan ujian PKSR ini terlebih dahulu dari ujian yang dijalankan oleh pihak sekolah tersebut. Memandangkan ujian PKSR ini adalah bertaraf ujian setara kebangsaan, maka ianya dilihat lebih penting dari ujian formatif sekolah tersebut. Berbincanglah dengan baik dengan pihak pentadbiran dan setiausaha peperiksaan di sekolah untuk menyelesaikan masalah ini. Wallahu'alam.

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu