Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Jumaat, Ogos 08, 2008

Mengapa Saya Tidak Mampu Habiskan Sukatan Bahasa Arab? Bah. Akhir

Bertemu kembali..

Kegagalan guru menghabiskan sukatan pelajaran Bahasa Arab bila tiba dipenghujung tahun adalah berpunca dari kegagalan guru merancang P&P dengan berpandukan sukatan itu sendiri.

Disini, saya akan berkongsi beberapa contoh langkah mudah yang mungkin boleh dipraktikkan oleh guru Bahasa Arab dalam usaha menghabiskan sukatan pelajaran.

LANGKAH 1
Sebelum guru memulakan sesuatu bab pengajaran, guru perlu menyemak huraian sukatan (HSP) tajuk berkenaan itu terlebih dahulu, dan bukannya helaian-helaian di dalam buku teks Bahasa Arab tersebut.

Guru perlu meneliti di dalam HSP...
1) apakah objektif yang ingin dicapai dalam bab berkenaan?
2) Perkataan apakah yang perlu diberi penekanan dalam bab berkenaan?
3) Kaedah apakah yang akan kita aplikasikan dalam melatih 4 kemahiran asas Bahasa Arab Komunikasi iaitu (mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
3) Kaedah nahu apakah yang perlu diberi tumpuan dalam bab tersebut? dan sebagainya.

LANGKAH 2
Setelah meneliti dan memahami HSP tersebut, guru perlu berfikir dan merangka bentuk pengajaran yang akan guru praktikan untuk mengajar bab berkenaan mengikut kesesuaian tajuk. Pada waktu ini, perlunya seorang guru yang kreatif untuk membayangkan atau tidak keterlaluan saya mengatakan bahawa guru perlu berangan-angan melaksanakan satu P&P yang menarik dan berjaya nanti.

Rancanglah mengikut kemampuan masing-masing. Semua manusia dianugerahkan Allah akal yang sangat baik. Gunakanlah ia untuk membentuk sebuah generasi yang berjaya dalam kelas kita nanti. Amat besarlah ganjarannya di sisi Allah SWT.

Sekiranya guru kebuntuan.. bingung.. tidak ada idea.. Rujuklah buku panduan guru atau rancangan pengajaran yang dibekalkan. Kerana didalamnya terdapat berbagai-bagai cadangan aktiviti yang boleh kita lakukan untuk bab tersebut. Jadi, kita boleh kembangkan lagi idea tersebut dengan menggabungkan idea-idea kita yang muncul selepas itu.

LANGKAH 3
Setelah guru berjaya merangka dan merancang satu P&P. Rujuklah kembali hasil pembelajarannya agar guru tidak terpesong terlalu jauh dari sukatan yang telah ditetapkan.

LANGKAH 4
Laksanakanlah P&P yang telah dirancang itu di dalam kelas mengikut aturan satu persatu.

Gunakan bahan bantu mengajar mendahului buku teks. Kerana penggunaan buku teks akan melumpuhkan penggunaan bahan bantu mengajar yang sebenarnya lebih menarik minat murid dalam P&P.

Guru hanya perlu menggunakan buku teks di dalam kelas sebagai rujukan sahaja ketika P&P berlangsung.

CONTOH
Guru ingin mengajar tajuk anggota badan. Maka di awal P&P guru telah memulakan set induksi dengan nyanyian, atau pameran gambar dan perkataan atau sebagainya yang bersesuai dengan tajuk. Kaitkan set induksi dengan tajuk.

Kemudian, guru boleh menggunakan kaedah latih tubi menyebut. Gunakan pendekatan dua hala. Iaitu bacaan contoh boleh juga dibaca oleh murid sendiri selain guru.

Setelah murid mengulang sebut perkataan-perkataan anggota badan itu berulang kali hingga hampir hafal dalam kepalanya. Maka di sini baru guru mula menggunakan sumber P&P seperti buku teks, akhbar, majalah, video cd dan sebagainya.

Sebagai contoh, murid akan jumpa perkataan yang disebutnya sebentar tadi di dalam buku teks. Atau guru menyuruh murid mencari perkataan tersebut. Atau mencari gambar anggota badan dalam akhbar dan menyebutnya di dalam bahasa arab. Menggunting dan menampal, dan sebagainya.

Dengan cara ini, murid lebih memahami tajuk yang diajar kerana guru telah melibatkan semua murid dalam proses P&P ini.

APA YANG BOLEH KITA LIHAT DI SINI.. GURU MENGAJAR TIDAK BERFOKUS KEPADA BUKU TEKS. TETAPI MENJADIKANNYA BAHAN SUMBER PEMBELAJARAN.

SECARA TIDAK LANGSUNG, GURU TIDAK TERIKAT DENGAN HELAIAN-HELAIAN BUKU TEKS. BAHKAN, KEMUNGKINAN GURU TELAH MERANCANG DAN MELAKSANAKAN P&P YANG MELEBIHI SATU ATAU DUA JUMLAH MUKA SURAT DI DALAM BUKU TEKS. MAKA HASILNYA, GURU TELAH MENJIMATKAN MASA PENGAJARAN SESUATU TAJUK DAN AKHIRNYA SEMUA SUKATAN TAHUN BERKENAAN DAPAT DIHABISKAN.


Wallahu'alam..

@ Mior Syazril

0 comments:

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu